28 June 2012

JoM BeRKaRniVaL...!


Salam semua...
Hari ni Dyh nak promosi tentang Karnival MINDEF yang bakal belangsung hujung minggu ni...

Berikut ialah butir-butirnya:

Karnival MINDEF
Tarikh: 29 Jun - 1 Julai 2012
Tempat: Stadium & Dataran Mersing, Johor

Acara yang bakal berlangsung:

Jumaat (29 Jun 2012) 

1. Senamrobik
2. Gerai pameran
3. Pertunjukan Army Red Warrior
4. Pertunjukan Anjing Perang
5. Pertunjukan Sirah junjungan


Sabtu (30 Jun 2012)

1. Senamrobik
2. Gerai Pameran
3. Tarian Singa
4. Persembahan Silat
5. Pertunjunan Tempoh Tanpa Senjata
6. Pertunjukan Kawat berirama
7. Pertunjukan Payung terjun
8. Pertunjukan Udara Akrobatik Pesawat Krisakti
9. Penampilan Upin & Ipin, Boboboy (Kartun Animasi)
10. Persembahan Battle of The Band Bersama Artis Tempatan:
                        •Azlan & Type Writter
                        •Artis AF9


Ahad (1 Julai 2012)

1. Gerai Pameran
2. Pertandingan bola sepak
3. Pertandingan mewarna
4. Pertandingan bola jaring
5. Pertandingan paintball
6. Persembahan Bola Berbasikal (Dari pagi hingga petang, di atas jalan)
7. Penampilan Upin & Ipin; Boboboy (Kartun Animasi)



Dyh tengok aturcara, kawasan untuk HOT AIR BALLOON pun ada....
Menarik kan...


So, sesiapa yang berminat nak datang, sila-silakanlah yer...
Dyh pun akan jaga PAMERAN KENALI UBAT ANDA kat sana nanti...
Boleh la ramai-ramai serbu booth FARMASI di Karnival MINDEF hujung minggu ni... 
Moh kita...!

 



27 June 2012

WW (WoRdLeSs WeDnEsDaY) #1



WW #1
Tema: Bunga 


To call it a day for Wednesday,
Dyh tetiba nak review bunga 
yang pernah singgah di tangan Dyh...


Sila layan gambar2 ini...

~Handbouquet~Pakej Butik~Akad NikahTaiping,2011~
~ Hadiah dari Mak Abah~Konvo USM, Penang,2010 ~
~ Gift Angah & kak Zaza~Konvo USM, Penang,2010 ~
~ Handbouquet ~ Pakej butik ~ Sanding Taiping, 2011 ~
~ Red Roses ~Pemberian juniors ~ Konvo USM,2010 ~
~Handbouquet ~From My Hubby~Konvo USM,2010~
~Handbouquet~MILtempah~Sanding Putrajaya,2011~


25 June 2012

TuToRiAL - CaRa LeTaK SiGnATUrE Di BaWaH SeTiaP PosT



Kita sambung tutorial tentang signature.
Entry sebelum ni Dyh ada ajar cara nak design signature untuk blog...
Jika anda ketinggalan entry sebelum ni, sila klik SINI...


Sekarang ni, jom kita letak signature tu dalam blog pulak yer...


CARA LETAK SIGNATURE DI BAWAH SETIAP POST

Okey, selepas anda dah dapat ID untuk signature anda:

Step 1:  
Ia terletak di kawasan bawah dari ID signature anda


Step 2:
Klik "Generate HTML Code" seperti ikon di bawah:

Generate HTML code



Step 3:
Klik "Generate a code for my handwritten signature"



Step 4:
Copy code di kotak "Generated HTML Code for Your Signature"



Step 5:
Log In Blog anda.
Klik "View Blog"



Step 6:
Klik "Design"



Step 7:
Klik "Setting"


Step 8:
Klik "Posts and Comments"



Step 9:
Paste kan code HTML 
yang telah dicopy tadi 
 di ruang "Post Template"


Step 10:
Klik "Save Settings"



Okay dah siap...
Cuba tekan "Create New Post"...
Anda akan lihat signature anda ada di situ...
Signature tu akan keluar setiap kali anda create new post...


Mudah kan?
Selamat mencuba yer... (^_^)



TuToRiAL - CaRa DeSigN SigNaTure UnTuK BLog



Dyh nak berkongsi pulak cara untuk design signature untuk blog.
Contoh signature macam yang di atas tu... Tu Dyh punya ler kan...
Kalau anda nak jugak, jom baca ni...


CARA DESIGN SIGNATURE UNTUK BLOG


Step 1: 
Klik di SINI


Step 2: 
Klik butang Proceed.
Seperti dalam ikon di bawah.


Step 3:
Klik ikon seperti ini:
  Using the signature creation wizard


Step 4:
Ikut jer step yang page tu bagi, seperti step 1-5 di bawah:

Step 1. Enter the name

So, anda masukkan nama yang anda mahu.

Klik "Next Step"

Step 2. Select the font

Pilih jer Font yang anda rasa sesuai.

Klik "Next Step"

Step 3. Select the size

Pilih saiz font yang dirasakan sesuai.

Klik "Next Step"

Step 4. Select the color

Pilih warna yang anda suka.
Pilih text colour berdasarkan warna background entry anda la yer..

Kalau background blog gelap, 
lebih baik pilih text colour yang cerah, baru nampak, yer tak...

Pastu, Dyh suka kalau background signature tu transparent, 
so akan nampak matching jer dengan background blog...

Klik "Next Step"

Step 5. Set the slope

Set kecondongan text tu...
terpulang, nak condong, tak nak condong...

Klik "Next Step" 

Kemudian akan keluar macam ni... 

Finished! The signature is ready.

 

Ok, tu maknanya signature anda dah siap...
 Tapi, ada caranya untuk masukkan signature ni dalam blog yer... 
Klik SINI untuk tutorial masukkan signature ke dalam setiap post di blog anda...=)


 

TuToRiAL - CaRa MaSuKkAn HeaDer kE DaLaM BLog


Entry ni, Dyh nak ajar cara masukkan/menukar header ke dalam blog.
Memang mudah, tapi, ni info untuk bloggers yang baru nak belajar...


Cara Masukkan/Menukar Header Ke Dalam Blog

Step 1: 
Pergi ke Dashboard.
Klik "View Blog"

Step 2:  
Klik "Design"

Step 3:  
Klik "Layout" 

Step 4: 
Klik "Edit" di bahagian "Header"

Step 5: 
Klik "Remove Image" di bahagian "Image".

Step 6: 
Klik "Browse" jika Header anda telah disimpan 
di komputer anda 
(Klik SINI untuk tutorial membuat header)

atau
           Paste "URL" jika header anda terus dari web.

Step 7: 
Pilih "Placement" untuk menentukan kedudukan header anda.

Step 8:  
Klik "Save"

Step 9: 
Klik "Preview" di bahagian "Layout" untuk melihat hasilnya di blog anda.

Step 10:  
Klik "Save Arrangement" di bahagian "Layout".


Itu sahaja...
Selamat mencuba yer...





TuToRiaL - CaRa BuAt HeaDeR BLoG YanG SimPLe


Salam semua...
Hari ni rasa nak buat tutorial la...

Ok, entry ni Dyh nak ajar cara buat header/banner blog...
So, are u ready?

Dyh ajar cara Dyh yang kurang pandai ni yer...
Simple jer...

Cara Design Header/Banner yang Simple

Step 1: Cari template header/banner

Dyh cari kat The Cutest Blog of the Block jer...
So, pilih la mana-mana header/banner yang anda suka...

Step 2: Save image di komputer anda

"Save image as" jer header/banner yang telah dipilih.

Step 3: Design header/banner

Bila nak design, klik header/banner yang telah di"save" dalam komputer anda.
Pastu, klik "Open".
Kemudian, klik "Paint"

Dyh guna paint jer sbb senang, Dyh plak tak pandai sgt design canggih2...simple jer.
Then, anda design la sesuka hati anda...nak tambah wording...atau apa2 yang sesuai...

Bila dah abis design, klik "Save" jer...

Ok, untuk masukkan header/banner yang telah di design tu, 
Sila klik SINI yer... (^_^)

NeW HeaDeR & BacKgRounD


 Semalam cemas sekejap sebab tengah nak design blog, 
tetiba background blog hilang, setting semua lari...
Pastu godek-godek setting, nak set balik blog, tak jadi... 
Frust sekejap di situ...


Pagi tadi lepas Hubby gi keje, 
Dyh try nak buat background balik, 
then jumpa la satu background yg Dyh rasa menarik...
Tema pink & black butterfly gitu...
Terus sambar code template tu...

~Jatuh cinta pandang pertama...ohh~!.






 
~Pastu bila dah set background baru, apa lagi, header jugak mahu baru..ngeh..ngeh..~























































































24 June 2012

KeNaLi UbAt AnDa - Antibiotik


Sebagai Pegawai Farmasi, tak lengkap rasanya kalau tak berkongsi maklumat berkenaan ubat-ubatan.


Entry kali ini adalah berkaitan antibiotik.
Saya percaya setiap dari kita pernah makan antibiotik kan...

Anda sedar atau tidak, setiap kali diberi antibiotik, pegawai Farmasi akan berpesan supaya menghabiskan ubat tersebut untuk jangka masa tertentu. 
Anda tahu mengapa? 
Nak tahu lebih lanjut tentang antibiotik?
Ceh...ayat skema sket...hehe...

Jom baca ni:


Antibiotik
Antibiotik adalah bahan yang bertindak sama ada secara menghalang atau membunuh pertumbuhan mikroorganisme.

Ia diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria.

Kumpulan Antibiotik
Ada banyak kumpulan:

1) Penicillins
  • Amoxycillin
  • Cloxacillin
2) Cephalosporins
  • Cephalexin
  • Cefaclor
3) Macrolides
  • Erythromycin
  • Azithromycin
4) Quinolones
  • Ciprofloxacin
  • Ofloxacin
5) Tetracyclines
  • Doxycycline
  • Tetracycline
6) Sulphonamides / Trimetoprim
  • Co-trimoxazole
7) Carbapenem
  • Imipenem
  • Meropenem 
8) Aminoglycosides
  • Gentamicin
  • Neomycin

Akibat Tidak Menghabiskan Antibiotik

1) Kepekatan antibiotik dalam badan kita mungkin tidak cukup untuk bunuh bakteria untuk selang masa tertentu.

2)Kita mungkin lambat sembuh atau takkan sembuh sebab tak semua bakteria dibunuh.

3) Jangkitan akan berulang kembali.

4) Kekebalan bakteria terhadap sesetengah antibiotik akan wujud. Seterusnya, antibiotik tidak akan berkesan untuk membunuh bakteria tersebut.


Jadi, selepas ini, jika Dr. prescribe antibiotik, sila habiskan mengikut dos yang ditetapkan yer...
Ok, entry di atas sebagai pendidikan pengguna...
Jika ada apa2 masalah berkaitan ubat-ubatan, sila consult Dr. atau Pegawai Farmasi anda...

 

Rujukan: 
Pharmacy Education Working Comittee, 
Pharmaceutical Services Division, 
Ministry of Health


23 June 2012

ViDeO - MoRt BeiNg CreEpy


Ni nak share satu trailer dari Madagascar 3....
Mort Being Creepy...
Budak Mort buat lawak kat sini...
Memang besh...lawak giler....
Satu wayang gelak okey... 


~Sumber Youtube~



EuRoPe'S MosT WaNteD!!!


Kalau  tengok tajuk tu, apa yang korang fikir?
Mestilah Madagascar 3 kan..kan...

~Googled...Ni la para pelakon haiwan dalam Madagascar 3~

Malam tadi Dyh dan Hubby gi tengok citer tu kat wayang...
Kitorang tengok kat Leisure Mall...
Giler murah harga tiket, 2 orang RM 14 jer...


Tujuan asal encik suami datang nak tengok kartun Brave....
Hamboi...excited jer dia nak tengok...sekali datang,  tak tayang lagi kat wayang...


So, kitorang beli la tiket citer kartun lain... Madagascar 3 ler...
Mula-mula, kitorang suspek citer ni biasa-biasa jer...
Rupa-rupanya best citer ni... 
Tergelak-gelak kitorang tengok...


Dyh paling suka watak haiwan tecit tu...
Apa nama dia? Mort...
Ada scene Dyh dan Hubby memang gelak sakan la tentang budak Mort ni...

~Ni la Mort... Bosar giler mata dia... 
Gigi pun sebatang jer... Ngeh...ngeh...~

Sesiapa yang tak tengok lagi citer ni, dan sesiapa yang nak ketawa banyak memang dipersilakan tengok.... Tak rugi...
Memang puas tengok...!~
~Tengok mata dia... perasan comel kan...kan...~



22 June 2012

AniSaH & Kek BaTiK


Tajuk entry tu Anisah dan KEK batik yer... bukan Anisah dan KAIN batik okey...
Kenapa dengan Anisah? Kenapa dengan kain kek batik?


Ni nak story la ni..
Malam rabu baru-baru ni, Dyh keluar dinner ngan Anisah...
Sape dia? Anisah...ala, BFF Dyh tu... Dyh selalu panggil dia Sah jer.. 
Kitorang kenal time first year kat USM, pastu sekarang kerja pun tempat yang sama...


~Ni la Sah... Dyh amik dari FB gambar ni... 
Ceria jer dia, suara pun halus jer, secomel orangnya... 
Single lagi ni... Sape-sape yang berminat sila beratur amik borang.... 
Lampirkan sekali slip gaji resume anda yer... hehe~

Asalnya Sah nak jumpa Dyh kat ofis jer, tapi, memandangkan Dyh kena ganti pegawai di Tg Kupang (sila rujuk entry ni Macam2 Hal - Tanjung Kupang), so, tak dapek lah nak jumpa kat ofis...
Sah kata dia beli buat kek batik... nak pulangkan sekali tupperware Dyh...


Disebabkan nak jugak kek batik jumpa Sah, so Dyh pun ajak la keluar dinner...
Rasanya dah berminggu-minggu jugak la kami tak jumpa... (padahal baru jumpa minggu lepas, time meeting)
Time dinner tu macam-macam la yang kami ngumpat sembang...


Time balik Sah pass kek batik dia....
~Ini lah dia hasil tangan Cik Anisah kita.... 
Nyum-nyum... Sodap tau...Sila lap air liur~

~Budak tecit kat depan tu my niece, Hada... 
Ni gambar kami masa konvo USM dulu... 
Dah nak masuk 6 tahun kita kenal dan berkasihan kan Sah... 
(tetiba rasa sebak..huhu)~


Makcik ni pon ada blog... baru start rupanya... haha... 
Jom ramai-ramai serbu blog dia...

MaCaM2 HaL - TaNjUnG KuPaNg



Minggu ni, kalau diikutkan jadual kerja Dyh di Ofis..
Tapi, kena ganti rakan sekerja yang ada operasi di Selangor...
Maka, bertugas lah Dyh di port Tanjung Kupang...


Tanjung Kupang ni jauh sikit je dari JB...
Kena drive jauh sikit je dari biasa...hehe


 Aktiviti sama jugak macam tugas di BSI (Bangunan Sultan Iskandar) hari tu..
Screen borang kastam yang melalui Farmasi...
Kawal pengimportan item Farmasi yang diimport ke Malaysia...
Cuma lori-lori ni masuk dari Singapore melalui Second Link lah...
Kalau kat BSI tu, lori masuk melalui Tambak Johor...


Best jugak keje sini, sebab ofisnya agak tertutup berbanding di BSI...
So, kalau nak bersambil-sambil tu rasa free je...hehe...
 Tandas pun dekat, nak solat pun dalam ofis ni jer...giler best!


Cuma agak terkesima sikit, sebab semalam ada agent dari xTx yang call mengadu...

Me: 
Hello, Farmasi Tanjung Kupang....

Agent: 
Hello, eh ada pulak Farmasi yang angkat call...Sape ni?

Me: 
Saya Hidayah..Nape, sebelum ni takde pegawai yang angkat call ke? 
(pelik)

Agent: 
Sebelum ni langsung tak angkat call, hantar faks pun macam terima tak terima jer ni...

Me: 
Ooo.. sebenarnya memang kita ada problem dengan faks machine ni, tapi, sekarang dah OK..
(nombor faks pejabat ni sama dengan nombor telefon, so kekeliruan memang ada)

Agent: 
Masalahnya dah lama dah jadi macam ni...Berbulan-bulan dah... Bila faks borang tak sampai, bila nak call tanya dah dapat faks ke belum, tak angkat phone.. Check kat kastam, borang tak lepas lagi...Susah la kami macam ni...

Me:
La ye ke... Maaf la encik yer, saya ni pegawai pengganti kat sini, jadi tak tau pulak ada masalah macam ni kat sini... Tapi, baru-baru ni memang ada pegawai sini yang dah bagitau boss tentang masalah ni.. So, boss suruh handle machine faks tu manual untuk terima panggilan atau faks...sebelum ni auto masuk faks...

Agent:
Yang peliknya awak pegawai pengganti pun boleh jer terima faks, terima call... macam mana pegawai yang lain, yang tak jawab call, tak terima faks... Ni actually masalah teknikal atau manpower ni? Kadang-kadang saya kena datang dari XXX ke Tg Kupang untuk releasekan borang. Saya nak call boss awak buat aduan tentang ni...

Me:
Actually boss kita pun dah sedia maklum problem ni... 

Agent:
Saya nak call boss awak jugak. Mana la tahu kalau ada aduan dari luar, problem tu dapat settle segera. Maybe suruh separate kan nombor telefon dan faks... Awak jangan risau, saya tak akan kondem pegawai situ, just aduan untuk selesaikan masalah. Kita pun tak suka nak komen, marah-marah orang.... 

Me:
Ok, nombor ofisnya 0x-xxxxxxx... Maaf yer encik, atas kesukaran yang pihak encik hadapi...


So... aduan tu buat Dyh terfikir...
Hmmm... problem ni dah lama jadi...
Kesian agent tu, susahkan dia dan rakan-rakan dia...
Dyh ni susah nak kesian kat agent tau, tapi, problem ni, memang kesian la kat diorang...


Dyh masa hari pertama jadi pengganti pun, kelam-kabut bila dengar phone bunyi...
Ni bunyi panggilan call ke atau faks sampai?
Jadi, Dyh ambil inisiatif sendiri untuk settle kan hal tu...
Ni dia:


~Cara nak elak kekeliruan semasa angkat call dan terima faks... 
Walaupun kecil je sumbangannya, tapi, 
harap dapat membantu pegawai/pegawai pengganti di sini... 
Sudah selamat ditampal di bahagian memo dekat dengan mesin faks...
Moga tiada kekeliruan lagi lepas ni...~

~Ha, ni la dia telefon dan mesin faksnya... 
disebabkan beliau-beliau ini la, 
keadaan huru-hara sikit...hehe~





DaNgA BaY....HeRe We CoMe...!


Dyh dah beberapa hari tak update blog....
Malas pun ada, takde modal pun yer jugak...

So, hari ni berusaha keras pikir idea untuk cari bahan untuk di "update"...
Semalam godek-godek kamera, terjumpa gambar Hubby and me jalan-jalan di Danga Bay malam Sabtu lepas...

Rupanya banyak atrraction kat sini...
Ada macam fun fair...
Ada gerai-gerai makanan...
Sepanjang selat, boleh nikmati pemandangan yang dipenuhi bot-bot yang mewah....
Boleh berbasikal berdua, berbasikal sekeluarga, sebab ada disediakan perkhidmatan sewa basikal... 
Sesuai datang seisi keluarga.. I Like..!

Apa yang menariknya, Danga Bay ni hidup setiap malam... 
Malam biasa, kurang meriah la..
Cuba pergi time malam minggu, ramainya manusia...!

Jadi, layan je la yer, gambar pemandangan kat bawah ni...

~ Ini antara kawasan makan-makan dan karaoke. 
Tapi, Hubby and me takut nak singgah 
sebab nampak setiap kedai ada jual arak....
So, tak sesuai sangat la untuk muslim makan-makan kawasan ni...
Kalau muslim nak makan, 
ada kawasan makan yang banyak gerai dekat kawasan fun fair tu...
yang situ sesuai...~












~Pemandangan ni cantik okey... Best je tengok dari kawasan jeti... 
Rasa mau jer terbang ke sana... Ewah!.~
~Ni satu lagi attraction kat situ... 
Boleh tengok deretan bot-bot parking di persisiran selat tu... 
Mulalah berangan nak beli satu bot macam tu... #Berangan okey#~