06 November 2012

PuiSi - PeLenGkaP HidUpKu~~




Sepetang di tempat kerja, tiba-tiba terjumpa puisi ni dalam email.
Jom layan puisi ni:

PELENGKAP HIDUP KU

Apabila melihat rumah ku besar tapi kosong
Apabila melihat dapurnya penuh tapi kering
Apabila melihat baju seragam ku megah tapi kotor.
Bukan besar yang ku pinta,
Bukan penuh yang ku mahu,
Bukan megah yang ku julang.

Tetapi ku pinta, mahu dan julang
Seorang sahabat tapi mesra,
Bagai penebat dengan bara,
Acuannya hebat tapi boleh membawa lara,
Di dalamnya halal di luarnya moral.

Sesungguhnya yang halal itu indah,
Kerana tidak semua indah itu halal,
Kerana sesungguhnya insan itu nisyan,
Tetapi tidak semua insan itu pelupa,
Aku masih ingat sempadan dan teladan.

Bumi tidak lengkap tanpa bulan.
Begitu juga dia untuk ku
Kasut tidak lengkap tanpa sarung kaki.
Begitu juga dia untuk ku
Jari tidak lengkap tanpa kuku
Begitu juga dia untuk ku
Ubatan tidak lengkap tanpa perskipsi
Begitu juga dia untuk ku
Perundangan tidak lengkap tanpa pematuhan
Begitu juga dia untuk ku.

Kehidupan ku sedar tidak lengkap.
Mungkinkah sangkaan atau pun tanggapan.
Yang pasti ku belum lengkap tanpa kehadiran dia.

Adakah ku telah menemui dia?

Bidadari ku.

-jazlan-
12-10-2008 @ 6.00ptg @ Taman Bakti,Johor Bahru.

Cuba tengok tarikh tu... 4 tahun lepas okey... 
Puisi dikarang oleh my sweetheart @ my encik Hubby , time tu tengah asyik masyuk bercinta...
Alhamdulillah, dah 4 tahun berlalu, kini dah setahun lebih pun kami bernikah...
Mengimbau kenangan di alam percintaan...ewah...hehe
Tersenyum sorang baca puisi ni...(>_<)

26 September 2012

AdiKku PaNdAi MeNaRi


Sambil bekerja malam-malam ni, sambil melayan perasaan, 
sambil menghidu asap lori, sambil blogwalking....
tetiba disapa Irfan di FB...

~Gambar ambil dari FB ~

Irfan adik ipar Dyh yg sedang belajar di Mesir...
Bertuah dia, umur belasan, dapat ikut mak tinggal di Mesir...
Bertuah dia, umur belasan dah ke oversea, untuk melanjutkan pelajaran...
Bertuah dia, umur belasan, dah ada ramai kawan oversea....
Bertuah dia, umur belasan, dah boleh cakap Arab...

Bertuah dia, dapat kakak ipar macam Dyh...#aik tetiba#
Bertuah dia, kakak ipar buat entry khas dalam blog untuk dia...#muahaha#
Bertuah dia.... #ish-ish-ish#

~Bertuaaaaah badan, dik oiii..~

Irfan suruh tgk video dia.
Menari bersama kawan-kawan.
Release tension agaknya bebudak tu, maklumlah nak dekat exam...


Haha..U make my day lah, Adik... 
Menari terkedek-kedek Oppa Gangnam Style...
Tersengih kak Dyh sorang-sorang kat sini, orang lain tgk akak pun pelik....


Alamak tak dapat copy link video tu la...
Takpe, layan je la gambar Irfan...


Akak nak wish GooD LucK untuk Irfan for the coming exam...
Study rajin2, dapat result cemerlang, bagi Mak Ayah bangga tau...=)


16 September 2012

RiNdu oH RinDu...!


Salam semua...
Lama Dyh tak update blog ni...
Dah bersawang dah...
Alasan tak update? ...takde idea?...takde isu? ...malas? ...hehe

Dyh hidangkan pembaca sekalian dengan gambar terbaru Dyh & hubby bersama pasangan pengantin baru...hehe...

~Makan-makan dengan Abg Dan & Kak Min di Hutan Bandar Bistro, JB~

~Khas untuk tatapan Mak Ayah Syuhada Irfan di Mesir~

~Moga dapat dijadikan bahan untuk melepaskan rindu keluarga di sana...~

13 July 2012

GiVeAwAy 2: CiK BuAyA 1st GiVeAwAy : ChOoSe YoUr PriZe~~



Ni kali kedua Dyh join GiveAway...
Kali ni dari Cik Buaya pula...
Boleh pilih hadiah mana yang berkenan...
menarik kan...(^_^)

GiveAway:

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize~~

Syarat-syaratnya:


1. Follow blog Kisah Klasik Azura 
          I Follooow... 

2. Like Fan Page ---> Cik Buaya (kisah klasik azura) di FB
          I like...!!! =) 

3. Buat entri tajuk :  Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize
          Dah publish...

4. Letakkan banner GA dan link kan ke entri ni




5. Pilih salah satu hadiah di atas 
           Kalau ada rezeki,
           Dyh pilih Miss Rose Make Up Pallete.
              Dyh tak pandai make-up,
           but my elder sister (Yong) is great in it.
           So, this item is belong to her. 
           (if Cik Buaya give me the prize...hehe)

6. Tag 3 orang rakan blogger

          ANISAH
          KAK EYNDA
          KAK ckLAH

7. Pastu komen kat entri Cik Buaya okeh.
          Siap...


Berharap dapat Miss Rose Make Up Pallete tu...
Boleh la belajar make-up dari Yong nanti...=)


GivEaWaY 1: SiMpLe (!!!) GiVeAwAy ~ bY JaJa SutErA



Salam Jumaat semua...
Setelah beberapa hari tak update blog, hari ni Dyh mula start update dengan join GIVEAWAY pertama untuk blog Dyh... =) 

GiveAway: 

Simple (!!!) GiveAway ~ by Jaja Sutera

Syarat-syaratnya:


1. Sah utk BLOGGER MALAYSIA Sahaja
          I'm Malaysian... =) 

2. WAJIB FOLLOW Blog Jaja Sutera
          I Follooow...

3. WAJIB LIKE Page Jaja --> Sutera Online Shoppe
         I like...!!! (^_^)

4. Buat entry bertajuk Simple (!!!) GiveAway ~ by Jaja Sutera
         Siap publish...  

5. Copy banner..letak dalam entry dan link menggunakan link entry Jaja Sutera.




6. Tag sekurang2nya 2 orang blogger

          ANISAH
          ACIK ERNA


7. Akhir sekali copy link entry korang dan post kan di kotak komen
          Siap...


Teringin nak menambahkan koleksi minyak wangi...
Moga ada rezeki... Aamiin...

04 July 2012

WW (WoEdLesS WedNesDay) #2



WW #2
Tema: Swiss Polo

Salam Hari Rabu semua...
Jom kita layan gambar-gambar WW hari ni... 
Our collections...




 


01 July 2012

HapPy BiRtHdAy To...mE...!!


Salam semua...

Semalam, tanggal 30 Jun, genaplah usia Dyh 25 tahun...
So, Happy Birthday to me. =)


~Googled~
 
Rasa tak percaya usia ni menjangkau suku abad...


Setakat usia ni, antara benda yang Dyh dah capai:
1) Sudah menemui my other half; Mr Hubby
2) Mempunyai kerjaya yang stabil

 
Banyak lagi yang belum Dyh capai dalam hidup seperti:

1) Memiliki cahaya mata
2) Hantar Mak Abah menunaikan Haji
3) Menunaikan Haji bersama insan tersayang
4) Membantu golongan susah
5) Belajar berenang (nak Mr Hubby ajar...hehe)
6) Membentuk keluarga yang sihat luaran dan dalaman
7) Memiliki perniagaan sendiri (masih dalam perancangan)
8) Bercuti bersama family
9) Honeymoon banyak kali dengan Hubby


dan baaaaaaaanyaaaaak lagi perkara-perkara lain....
Moga impian Dyh tercapai.


Sempena usia yang sudah bertambah ni, 
Dyh doakan agar Dyh diberikan kesihatan yang terbaik 
untuk Dyh menjaga dan mengembirakan insan-insan tersayang di sekeliling Dyh. 
Juga agar Dyh mampu memberikan kebaikan kepada alam keliling Dyh. 
Aamiin...





28 June 2012

JoM BeRKaRniVaL...!


Salam semua...
Hari ni Dyh nak promosi tentang Karnival MINDEF yang bakal belangsung hujung minggu ni...

Berikut ialah butir-butirnya:

Karnival MINDEF
Tarikh: 29 Jun - 1 Julai 2012
Tempat: Stadium & Dataran Mersing, Johor

Acara yang bakal berlangsung:

Jumaat (29 Jun 2012) 

1. Senamrobik
2. Gerai pameran
3. Pertunjukan Army Red Warrior
4. Pertunjukan Anjing Perang
5. Pertunjukan Sirah junjungan


Sabtu (30 Jun 2012)

1. Senamrobik
2. Gerai Pameran
3. Tarian Singa
4. Persembahan Silat
5. Pertunjunan Tempoh Tanpa Senjata
6. Pertunjukan Kawat berirama
7. Pertunjukan Payung terjun
8. Pertunjukan Udara Akrobatik Pesawat Krisakti
9. Penampilan Upin & Ipin, Boboboy (Kartun Animasi)
10. Persembahan Battle of The Band Bersama Artis Tempatan:
                        •Azlan & Type Writter
                        •Artis AF9


Ahad (1 Julai 2012)

1. Gerai Pameran
2. Pertandingan bola sepak
3. Pertandingan mewarna
4. Pertandingan bola jaring
5. Pertandingan paintball
6. Persembahan Bola Berbasikal (Dari pagi hingga petang, di atas jalan)
7. Penampilan Upin & Ipin; Boboboy (Kartun Animasi)



Dyh tengok aturcara, kawasan untuk HOT AIR BALLOON pun ada....
Menarik kan...


So, sesiapa yang berminat nak datang, sila-silakanlah yer...
Dyh pun akan jaga PAMERAN KENALI UBAT ANDA kat sana nanti...
Boleh la ramai-ramai serbu booth FARMASI di Karnival MINDEF hujung minggu ni... 
Moh kita...!

 



27 June 2012

WW (WoRdLeSs WeDnEsDaY) #1



WW #1
Tema: Bunga 


To call it a day for Wednesday,
Dyh tetiba nak review bunga 
yang pernah singgah di tangan Dyh...


Sila layan gambar2 ini...

~Handbouquet~Pakej Butik~Akad NikahTaiping,2011~
~ Hadiah dari Mak Abah~Konvo USM, Penang,2010 ~
~ Gift Angah & kak Zaza~Konvo USM, Penang,2010 ~
~ Handbouquet ~ Pakej butik ~ Sanding Taiping, 2011 ~
~ Red Roses ~Pemberian juniors ~ Konvo USM,2010 ~
~Handbouquet ~From My Hubby~Konvo USM,2010~
~Handbouquet~MILtempah~Sanding Putrajaya,2011~


25 June 2012

TuToRiAL - CaRa LeTaK SiGnATUrE Di BaWaH SeTiaP PosT



Kita sambung tutorial tentang signature.
Entry sebelum ni Dyh ada ajar cara nak design signature untuk blog...
Jika anda ketinggalan entry sebelum ni, sila klik SINI...


Sekarang ni, jom kita letak signature tu dalam blog pulak yer...


CARA LETAK SIGNATURE DI BAWAH SETIAP POST

Okey, selepas anda dah dapat ID untuk signature anda:

Step 1:  
Ia terletak di kawasan bawah dari ID signature anda


Step 2:
Klik "Generate HTML Code" seperti ikon di bawah:

Generate HTML code



Step 3:
Klik "Generate a code for my handwritten signature"



Step 4:
Copy code di kotak "Generated HTML Code for Your Signature"



Step 5:
Log In Blog anda.
Klik "View Blog"



Step 6:
Klik "Design"



Step 7:
Klik "Setting"


Step 8:
Klik "Posts and Comments"



Step 9:
Paste kan code HTML 
yang telah dicopy tadi 
 di ruang "Post Template"


Step 10:
Klik "Save Settings"



Okay dah siap...
Cuba tekan "Create New Post"...
Anda akan lihat signature anda ada di situ...
Signature tu akan keluar setiap kali anda create new post...


Mudah kan?
Selamat mencuba yer... (^_^)



TuToRiAL - CaRa DeSigN SigNaTure UnTuK BLog



Dyh nak berkongsi pulak cara untuk design signature untuk blog.
Contoh signature macam yang di atas tu... Tu Dyh punya ler kan...
Kalau anda nak jugak, jom baca ni...


CARA DESIGN SIGNATURE UNTUK BLOG


Step 1: 
Klik di SINI


Step 2: 
Klik butang Proceed.
Seperti dalam ikon di bawah.


Step 3:
Klik ikon seperti ini:
  Using the signature creation wizard


Step 4:
Ikut jer step yang page tu bagi, seperti step 1-5 di bawah:

Step 1. Enter the name

So, anda masukkan nama yang anda mahu.

Klik "Next Step"

Step 2. Select the font

Pilih jer Font yang anda rasa sesuai.

Klik "Next Step"

Step 3. Select the size

Pilih saiz font yang dirasakan sesuai.

Klik "Next Step"

Step 4. Select the color

Pilih warna yang anda suka.
Pilih text colour berdasarkan warna background entry anda la yer..

Kalau background blog gelap, 
lebih baik pilih text colour yang cerah, baru nampak, yer tak...

Pastu, Dyh suka kalau background signature tu transparent, 
so akan nampak matching jer dengan background blog...

Klik "Next Step"

Step 5. Set the slope

Set kecondongan text tu...
terpulang, nak condong, tak nak condong...

Klik "Next Step" 

Kemudian akan keluar macam ni... 

Finished! The signature is ready.

 

Ok, tu maknanya signature anda dah siap...
 Tapi, ada caranya untuk masukkan signature ni dalam blog yer... 
Klik SINI untuk tutorial masukkan signature ke dalam setiap post di blog anda...=)


 

TuToRiAL - CaRa MaSuKkAn HeaDer kE DaLaM BLog


Entry ni, Dyh nak ajar cara masukkan/menukar header ke dalam blog.
Memang mudah, tapi, ni info untuk bloggers yang baru nak belajar...


Cara Masukkan/Menukar Header Ke Dalam Blog

Step 1: 
Pergi ke Dashboard.
Klik "View Blog"

Step 2:  
Klik "Design"

Step 3:  
Klik "Layout" 

Step 4: 
Klik "Edit" di bahagian "Header"

Step 5: 
Klik "Remove Image" di bahagian "Image".

Step 6: 
Klik "Browse" jika Header anda telah disimpan 
di komputer anda 
(Klik SINI untuk tutorial membuat header)

atau
           Paste "URL" jika header anda terus dari web.

Step 7: 
Pilih "Placement" untuk menentukan kedudukan header anda.

Step 8:  
Klik "Save"

Step 9: 
Klik "Preview" di bahagian "Layout" untuk melihat hasilnya di blog anda.

Step 10:  
Klik "Save Arrangement" di bahagian "Layout".


Itu sahaja...
Selamat mencuba yer...





TuToRiaL - CaRa BuAt HeaDeR BLoG YanG SimPLe


Salam semua...
Hari ni rasa nak buat tutorial la...

Ok, entry ni Dyh nak ajar cara buat header/banner blog...
So, are u ready?

Dyh ajar cara Dyh yang kurang pandai ni yer...
Simple jer...

Cara Design Header/Banner yang Simple

Step 1: Cari template header/banner

Dyh cari kat The Cutest Blog of the Block jer...
So, pilih la mana-mana header/banner yang anda suka...

Step 2: Save image di komputer anda

"Save image as" jer header/banner yang telah dipilih.

Step 3: Design header/banner

Bila nak design, klik header/banner yang telah di"save" dalam komputer anda.
Pastu, klik "Open".
Kemudian, klik "Paint"

Dyh guna paint jer sbb senang, Dyh plak tak pandai sgt design canggih2...simple jer.
Then, anda design la sesuka hati anda...nak tambah wording...atau apa2 yang sesuai...

Bila dah abis design, klik "Save" jer...

Ok, untuk masukkan header/banner yang telah di design tu, 
Sila klik SINI yer... (^_^)