24 June 2012

KeNaLi UbAt AnDa - Antibiotik


Sebagai Pegawai Farmasi, tak lengkap rasanya kalau tak berkongsi maklumat berkenaan ubat-ubatan.


Entry kali ini adalah berkaitan antibiotik.
Saya percaya setiap dari kita pernah makan antibiotik kan...

Anda sedar atau tidak, setiap kali diberi antibiotik, pegawai Farmasi akan berpesan supaya menghabiskan ubat tersebut untuk jangka masa tertentu. 
Anda tahu mengapa? 
Nak tahu lebih lanjut tentang antibiotik?
Ceh...ayat skema sket...hehe...

Jom baca ni:


Antibiotik
Antibiotik adalah bahan yang bertindak sama ada secara menghalang atau membunuh pertumbuhan mikroorganisme.

Ia diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria.

Kumpulan Antibiotik
Ada banyak kumpulan:

1) Penicillins
  • Amoxycillin
  • Cloxacillin
2) Cephalosporins
  • Cephalexin
  • Cefaclor
3) Macrolides
  • Erythromycin
  • Azithromycin
4) Quinolones
  • Ciprofloxacin
  • Ofloxacin
5) Tetracyclines
  • Doxycycline
  • Tetracycline
6) Sulphonamides / Trimetoprim
  • Co-trimoxazole
7) Carbapenem
  • Imipenem
  • Meropenem 
8) Aminoglycosides
  • Gentamicin
  • Neomycin

Akibat Tidak Menghabiskan Antibiotik

1) Kepekatan antibiotik dalam badan kita mungkin tidak cukup untuk bunuh bakteria untuk selang masa tertentu.

2)Kita mungkin lambat sembuh atau takkan sembuh sebab tak semua bakteria dibunuh.

3) Jangkitan akan berulang kembali.

4) Kekebalan bakteria terhadap sesetengah antibiotik akan wujud. Seterusnya, antibiotik tidak akan berkesan untuk membunuh bakteria tersebut.


Jadi, selepas ini, jika Dr. prescribe antibiotik, sila habiskan mengikut dos yang ditetapkan yer...
Ok, entry di atas sebagai pendidikan pengguna...
Jika ada apa2 masalah berkaitan ubat-ubatan, sila consult Dr. atau Pegawai Farmasi anda...

 

Rujukan: 
Pharmacy Education Working Comittee, 
Pharmaceutical Services Division, 
Ministry of Health