08 August 2016
Pengalaman mengandungkan anak kedua~
Anak Mommy...
Anak first Wajdi.
Anak second Kazim.
Boleh baca tak rentak nama tu?
Ilham nama dari tokoh ternama di Malaysia, katanya.
Wajdi ilham dari nama Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Kazim ilham dari nama Dato' Ustaz Kazim Elias.
Moga akhlak dan peribadi mencontohi nama tokoh yang berkenaan.
Awal-awal pregnant, rezeki baby, Dedi dapat naik pangkat.
Dedi perlu lapor diri di Putrajaya, sedangkan Mami masih bekerja di JB.
So, terpaksa berkorban, buat sementara waktu, Dedi di Putrajaya, Mami & Yop Wajdi di JB.
Alhamdulillah Mami takde alahan masa pregnantkan Kazim.
Cuma, keadaan suami jauh, anak sulong tengah lasak & sedang mengandung anak kedua, is not a joke.
Rutin harian totally berubah.
Bangun pagi, mandi, bersiap ke kerja, hantar Jedi ke Taska, ke tempat kerja, kerja, balik kerja, beli makanan untuk dinner(selalunya drive through KFC je) ambil Jedi di Taska, balik rumah, dinner with Jedi, mandi, main-main dengan Jedi, siapkan barang taska Jedi (untuk esok), tengok kartun Jedi, tido.
Rutin tu berulang setiap weekdays.
Weekend baru Dedi balik.
Nasib Dedi balik setiap minggu, kalau tak dua beranak ni akan keboringan.
But, weekend for Johor & Putrajaya lain.
Johor = Jumaat & Sabtu
Putrajaya = Sabtu & Ahad.
So, u can imagine the short meeting for us!...huhu
Mami dah hantar surat transfer, tapi lambat dapat tukar.
I can only bear for a month, until decided to take unpaid leave for 3 months & we left JB for good.
Sayang & sedih nak tinggalkan negeri JDT ni.
Tempat tuai ilmu penguatkuasaan from zero to .... (belum hero lagi).
Tempat Mami & Dedi belajar hidup berdua, kemudian bertiga, rezeki berempat di tempat lain pula...
Pahit manis hidup at least 5 years di JB.
TQ JB, for everything.
Starting of unpaid leave is vacation for us and in laws family.
We went to Medan, Indonesia.
When Jedi was in my belly, we visited my in laws in Egypt.
So, i can say, it is fair & square.
Dua-dua anak merasa naik flight & ke oversea time dalam perut.
Then, balik dari Medan, Mami berehat sepuas-puasnya di rumah for 3 months.
Puas & takkan puas untuk jaga anak sendiri, No taska at all.
After 3 months of unpaid leave, I started my job at new place, CPF WP KL&P. Jedi dihantar ke Taiping, opah atok jaga.
Kerja dalam 2 minggu (plus EL, MC), kemudian bersalin on my due date; 18 Mac 2016.
Mengandungkan Kazim amat mudah sama macam Jedi.
Tiada alahan.
Tapi, sakit pinggang awal dah ada... tak masuk trimester ketiga dah sakit.
Tak boleh berdiri lama, nanti sakit rasa macam perut menekan pundi kencing.
Tidur malam tak banyak posisi boleh.
Maybe sebab dah kali kedua, jadi, urat-urat dah season (kah! sangat alasan)
Pengalaman bersalin on next entry...
Labels:
Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki,
Dato' Ustaz Kazim Elias,
James,
JDT,
Jedi,
Johor,
Kazim,
mengandung,
Putrajaya,
Taiping,
trimester,
Wajdi
Subscribe to:
Posts (Atom)