15 November 2015

Wajdi dah 2 tahun~~



8 Oktober 2015 lalu genap la umur anakanda Wajdi yang ke 2 tahun.


Mommy Cuma pack goodies untuk diagihkan kepada kawan-kawan dan teacher di taska je.
Keletah Wajdi:
  1. Suka menari
  2. Suka menyanyi, kalau tengah main dia suka pentomin nyanyi
  3. Sangat obses dengan train (Kereta api).
  4. Kuat cubit, sakit wooo
  5. Boleh mengira 1 hingga 10 (BM & BI)
  6. Bila mommy baca ABC atau Alif Ba Ta, boleh ikut sikit-sikit.
  7. Mula mengenal warna; kuning, biru, hitam, oren, merah, hijau 
Mac 2016 InsyaAllah Wajdi akan jadi Yeop (Abang), dah mula terima hakikat akan dapat Dadek (adik)… hehe


2 minggu lepas, Wajdi tak sihat, mula2 muntah-muntah, cirit-birit kemudian demam.

Masa tak sihat tu, nampak dia memang tak larat, almaklumlah, tak selera makan.
Suka baring kat lantai, mungkin sebab lantai sejuk. Opah Atok dari Taiping datang nak jaga Wajdi, Alhamdulillah. Ambil masa 5 hari jugak, Alhamdulillah dah sembuh.Dah sihat ni, selera makan bertambah-tambah, lega hati Mommy tengok Wajdi mula makan dan minum.


Mommy doakan Wajdi sihat selalu akal fikiran tubuh badannya, sentiasa ceria dan cergas, sentiasa suka bermain dan belajar, agar dapat membesar menjadi anak yang soleh dan khalifah yang berguna kepada diri, agama, bangsa dan negara  di dunia dan akhirat. Aamin..

13 August 2015

Perhaps, perhaps, perhaps


 Layan je lagu ni. Especially bila Siti Sarah yang nyanyi...


"Perhaps"


You won't admit you love me.
And so how am I ever to know?
You only tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.
A million times I ask you,
And then I ask you over again.
You only answer
Perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up,
We'll never get started.
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted.
So if you really love me,
Say yes.
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up,
We'll never get started.
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted.
So if you really love me,
Say yes.
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
Perhaps, perhaps, perhaps,
Perhaps, perhaps, perhaps,
Perhaps, perhaps, perhaps. 
 
Sumber: Google 

 

11 August 2015

Mommy nak Wajdi tahu


Mommy nak Wajdi tahu
Semua orang di dunia ni tak sayang Wajdi sepertimana Mommy sayangkan anak Mommy

Walaupun Mommy mungkin tak pandai pamerkan kasih sayang Mommy
Atau mungkin belum sepenuhnya dipamerkan

Mommy nak Wajdi tahu
Saat pertama Mommy tengok Wajdi
Saat itu juga Mommy dah jatuh hati
Wajah Wajdi terus terpahat di lubuk hati Mommy

Mommy nak Wajdi tahu
Marah Mommy pada Wajdi adalah untuk mengajar
Tiada sekelumit pun rasa benci padamu sayang
Moga kamu membesar menjadi insan berguna

Mommy nak Wajdi tahu
Awak zuriat pertama yang lahir dari rahim Mommy sayang
Kenangan manis yang Mommy takkan lupakan hingga akhir nafas Mommy
Moga menjadi teladan untuk adik-adik ye sayang

Mommy nak Wajdi tahu
Walau kita berpisah di dunia
Kasih sayang Mommy takkan hilang untukmu kesayangan Mommy
Mommy tetap ada dalam hati Wajdi selamanya




06 August 2015

Eh, saya puasa la...T_T



Sweet moment husband & wife.


Dyh dah siap nak ke tempat kerja.
Turun bawah ke dapur, keluarkan epal, basuh dan potong dengan niat sebagai snek kat tempat kerja.
Sambil potong sambil terkecur-kecur air liur.


Tiba-tiba Mr.J muncul dan menyibuk. T_T
Sambil buka peti ais, Mr. J cakap sorang-sorang.
"Harini nak bawak jambu la pergi ofis" sambil nak keluarkan jambu dari peti ais.


Dyh: Awak bukan puasa ke?
Mr.J: Eh, saya puasa la...(sambil masukkan semula jambu ke dalam fridge....jalan heret kaki)
Dyh: (Terus potong epal dengan muka tak bersalah)
Dalam hati...taktau nak gelak ke nak kesian. T_T

05 August 2015

Perkembangan Wajdi ~~ 1 tahun 10 bulan



Dah nak masuk usia 2 tahun anak Mommy.
Keletah memang dah pelbagai.
Lasak toksah cakap.
Terhantuk kepala banyak kali.
Terjatuh bangun semula pun selalu.


Baru-baru ni, terjatuh nangis beria.
Rupanya dahi berdarah. Atas sikit je dari mata.
Ya Allah, Allah pelihara.


Sebut Mommy & Daddy dah fasih.
Perkataan yang selalu disebut:


1. Mami (Mommy)
2. Dedi (Daddy)
3. Tu Tu; sambil tunjuk ibu jari ke mulut (Susu)
4. Baa..Baa (Nak tengok kartun Timmy Time kat phone)
5. Taatit (Sakit)
6. Maamam (Makan)
7. Atah (Atas)
8. Bawah (Bawah / Atas; masih keliru)
9. Birk (Bird)
10. Kkakkakk (Kakak)
11. Vaavii (Lori) err...

Dah boleh bina ayat dari 2 perkataan.

1. Nak Tu Tu
2. Nak Maamam

Tapi, kalau mommy sebut apa-apa ayat untuk ajar dia, dia ada usaha nak ikut sebut jugak.
Dah mula boleh tunjuk gambar yang sama (Banding dan beza).

Mula hafal jalan.
Kalau tengah dalam kereta, Daddy drive, dia akan tunjuk jalan yang dia nak pergi, kalau tak ikut, merengek-rengek dia.

Suka main lari-lari dan lompat-lompat.
Kalau dia tak puas hati, dah pandai pukul-pukul manja...tapi sakit wooo...

Boleh nyanyi sikit-sikit.
Kalau nyanyi lagu happy birthday, dia akan ikut rentak tapi hanya sebut Yuuuu (You)...
Lagu Twinkle-twinkle little star, hanya sebut Taarr (Star)
Lagu Allah Selamatkan Kamu, hanya sebut Mmmuu (Kamu)

Bila tanya; mana Mami?
Tuuu (sambil tunjuk Mommy)

Mana Dedi?
Tuuu (sambil tunjuk Dadddy)

Mana Wajdi?
Tuuu (sambil tunjuk dada dia)

Mana Opah?
Nerrr (mana)??? (sambil angkat kening tangan dua belah tanya mana la konon)

Paling obvious, kalau nak tidur, Wajdi akan pegang jari kelingking kiri Mommy dan guna untuk korek hidung dia. Biasa dia niii...

Pagi tadi Mommy dan Daddy hantar ke taska.
Dalam kereta Wajdi masih tidur dalam dakapan Mommy.
Tapi, bila sampai taska je, dia terjaga.
Menangis taknak teacher.
"Nak Car...nak car..."
Cian la pulak. Selalu ok je, tadi pulak nangis.
Takpe Wajdi, petang ni Mommy Daddy ambil yer.

08 March 2015

Muncungnya tuh di sini



Teringat kisah semalam.
Dyh tengah bersiap sebab nak check out hotel.
Sambil-sambil tu pakai lipstick D'Herbs Collagen.
Teringin nak bagi Mr.J try juga lipstick tu.
Sambil arahkan Mr.J muncungkan bibir untuk senang Dyh pakaikan lipstick.
Ok done.
Pandang bawah, anakanda kesayangan, Wajdi tengah muncungkan bibir ke arah Dyh.
Haha.
Bertuahnya anak ooii...
Tunggu turn nak pakai lipstick rupanya...
Wajdi...Wajdi...

04 February 2015

Keletah Wajdi - Harimau




Wajdi ni dia ada karakter.
Karakter yang bila orang tengok dia, mesti akan tersenyum.
Mr.J panggil dia Pak Lawak.
Kecil-kecil pandai buat orang ketawa.
Teringat Dyh satu situasi, masa tu umur dia lebih antara 11 bulan hingga setahun kot.

Sambil belek buku kanak-kanak sambil sebut.

Dayah: Ayam...!
Wajdi : (Tengok dengan penuh minat)

Dayah: Kereta,...!
Wajdi : Car...car... (translate wehh)

Dayah: Epal...!
Wajdi : Buuuuah...

Dayah: Itik...!
Wajdi : Quack...quack...quack...

Dayah: Harimau...!
Wajdi : (Halakan tangan kepada Dayah)

Ok, takpe, next.

Dayah: Basikal...!
Wajdi : Car...car... (Wajdi begitu yakin bahawa semua benda beroda adalah CAR. Huhu, takpe, nanti Mommy ajar Wajdi lebih detail tentang benda beroda)

Dayah: (Ulang semula) Harimau...! Aaauuummm...! (Sambil buat bunyi)
Wajdi : (Halakan tangan ke arah Mommy, sambil jari-jemari menari-nari tunjuk Mommy)

Apahal la pulak budak tembam ni tunjuk Mommy dia.


Dayah: (Ulang semula) Harimau...! Aaauuummm...! (Sambil buat bunyi lebih kuat)
Wajdi : (Halakan tangan ke arah Dayah, sambil jari-jemari menari-nari tunjuk Dayah, dengan yakinnya tengok mommy dengan ekspresi muka yang tidak bersalah)

Fikir punya fikir.
Teringat pulak Dayah kes pagi tu, Mr. J nak pergi kerja. So, Dayah salam la Mr. J as usual. Sambil salam, Mr. J cakap kat Dayah;

"Mommy ni HARIMAU nih, garang" sambil didengari oleh anakanda kesayangan, Wajdi.

Ok, now Wajdi pulak kata Mommy harimau eh..huhu.
Tak tau nak ketawa kuat-kuat atau nangis guling-guling.



Mommy macam ni ke Wajdi?

02 February 2015

Asam Pedas Meletop - Dayah's Kitchen

 
Haha... Tajuk macam chef je. Padahal..
Nak share resepi asam pedas yang Dyh buat.
Selalu kalau Mr. J request asam pedas, confirm resepi ni yang Dyh guna.
Google kat MyResepi, tengok resepi mana yang ramai komen, yang tu la yang Dyh follow dan adjust ikut bahan yang ada. Haha...
Percayalah, ini adalah resepi asam pedas yang paling simple kot, but, SEDAP of course.
Sesuai untuk beginner.
 
Asam Pedas Meletop by Dayah's Kitchen
 
Bahan-bahan:
 
  1. Ikan (tak kisah nak letak ayam, ikan kembong, ikan pari, janji sesuai) Dyh guna 8 ekor ikan kembong yang kecil.
  2. Cili boh (3 sudu besar, cedok penuh-penuh tau kalau suka pedas)
  3. Bawang merah (kalau besar - 2 biji, kalau kecil - 4 biji)
  4. Bawang putih (4 biji)
  5. Air asam jawa (setengah mangkuk, kalau ikan banyak - mangkuk besar, kalau ikan sikit - mangkuk kecil). Tapi air asam jawa memainkan peranan penting, kalau banyak memang sedap.
  6. Daun kesum (3 batang)
  7. Minyak masak
  8. Garam
  9. Gula
  10. Serbuk perasa pasti sedap
  11. Air
 
Cara-Cara

 
  1. Kisar bahan 3 dan 4.
  2. Panaskan kuali dengan minyak.
  3. Tumis bahan yang dikisar dan cili boh hingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa hingga mendidih. Perlahankan api kuali.
  5. Masukkan daun kesum.
  6. Masukkan ikan. Tambah air secukupnya sesuai dengan kuantiti ikan.
  7. Biar sehingga ikan masak.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa pasti sedap.
  9. Siap.
 
Sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas.
Sedap wa cakap lu.
Dulu Dyh cukup takut kalau Mr.J suruh masak asam pedas.
Tapi, bila dah try resepi di atas, memang rasa happy lepas masak. Walaupun penat masak, tapi rasa sedap.
Itu yang kita mahukan...