14 July 2014

Pengalaman Bersalin 8


Banyaknya episod, sampai 8 episod. Haha.
Boleh baca dan mengimbau kenangan di kemudian hari.

Time berpantang, baby Dyh breastfeed cuma 2 minggu sahaja. Frust memang frust, but life must go on. Reason, first, lack of milk. Second, due to cleft lip. Kesian baby Dyh.

Let's review susu tepung yang baby Dyh minum dari lahir hingga sekarang (9 bulan):

1. Enfalac (bertahan 2 minggu)
- Ada sejarahnya. Bila ingat2 balik, kesian sangat. Masa malam pertama balik ke rumah, baby takde susu. Boleh imagine? Takde. Langsung takde. Susu Dyh takde lagi, plus susu tepung tak beli. Syabas. Hari dah lewat malam, kedai semua tutup. So baby hanya disuap air zam-zam dan kurma sikit oleh Daddynya. Masa tu baby masih sopan. Haha. Nangis pun sopan je. Jadi, keesokan hari, Mr.J terus beli Enfalac. Hanya bertahan setin sahaja sebab mahal. Kedekutnya Daddy Wajdi. Haha.


2. Anmum (bertahan 1 minggu)
- Susu ni pemberian nurse di Klinik Kesihatan sebab baby berulang alik ke klinik untuk check up demam kuning. Sekotak kecil sebagai sampel. Habis sekotak tukar lagi. Masa ni mula naik bintik putih halus di muka baby. Mommy ingat hanya ruam biasa. Opah pun sama.


3. Bebelac (bertahan 2 minggu)
- Susu ni pun bertahan setin sahaja. Masa ni muka baby amat penuh dengan ruam yang merah dan berair. Mommy tak tahu apa puncanya. Tapi, rasa amat menyesal sbb tak sapu ubat dari awal. Huhu...



4. Nan Pro (bertahan 1 minggu)
- Susu ni tak habis pun setin sebab baby kembung dan angin pasang. Boleh dikatakan setiap malam nangis sebab kembung. Ok Daddy, next milk please.


5. Lactogen (bertahan 8 bulan hingga sekarang)
- Susu ni Dyh paling suka, sebab, first, baby ok tanpa alahan dan kembung. Second, tin susu ni besar berbanding susu lain. Third, murah la... Sampai sekarang masih bertahan. Tapi, maybe next month nak tukar susu lain. Sebab tgk Daddy ada beli jenama lain. Alasan, kesian Wajdi lama sangat dgn Lactogen, mesti boring... Masih tak dapat review sebab masih tak buka plastik lagi..



SUMBER: GOOGLE






Pengalaman Bersalin 7


Bersambung dari episod lepas, selepas keluar hospital, Dyh pulang ke rumah. Dalam perjalanan, singgah kedai peralatan kesihatan untuk membeli pelampung untuk lapik Dyh duduk semasa berpantang nanti. Sakit wooo duduk tanpa pelampung...

Dyh dijaga sepenuhnya oleh emak Dyh sepanjang berpantang. Set berpantang yang Dyh guna ialah Set Tanamera.

Salah satu item Tanamera ni ialah Cold Pressed Virgin Coconut Oil, boleh guna seawal 30 minggu kandungan. Sapu kat stretched mark dan MissV utk elak koyak semasa bersalin. Tapi Dyh tak amal sangat, so banyak stretch mark dan koyak of course.

Setiap pagi, mandi dengan air rebusan Herbal Bath Tanamera, sabun guna Brown Formulation Soap Tanamera. Cuci MissV pun guna Feminine Herbal Wash Tanamera atau air garam atau air dettol cair-cair, baru rasa nyaman.

Kemudian lepas mandi, sapu Firming Herbal Blend Paste Tanamera, kemudian berbekung guna Abdominal Wrap Tanamera. Rasa berangin dan kejap je perut dengan bekung tu.

Lepas siap semua, sembur wangi-wangian Lavender Floral Water Tanamera. Rasa wangi je... Boreh body scrub Dyh pakai selang 2-3 hari. Berkesan hilangkan daki seluruh badan.

Kemudian, sarapan. Emak bancuh horlicks panas makan dengan biskut kepala lutut. Sodap ooo... Lepas tu baru minum Herbal Tea Tanamera.

Tengahari pulak makan nasi panas plus ikan bilis goreng plus lada hitam sangai. Sayur sawi mesti ada. Kadang-kadang emak masak sayur lobak putih. Nyams...

Menu petang sama macam sarapan. Pun nyams...

Malam Dyh elak makan, konon nak diet. Emak marah sebab dia kata nanti badan masuk angin. Dyh degil jugak.. huhu.. gemuk sangat nih...so just minum horlicks jer... sampai naik muak.

Most of the menu, Dyh yang tentukan. Sebabnya, first, nak diet. Second, sebab taknak emak Dyh penat masak renyah2 utk Dyh, dahla kena jaga Dyh, jaga baby lagi, masak makan Mr.J lagi. Penat tu...


bersambung..

Pengalaman Bersalin 6


Bersambung dari episod lepas, sesudah bayi lahir...

Ok, dah selamat bersalin. Nurse nak letak baby atas dada Dyh, tapi tiba2 baby poo poo. Haha, bertuah betul. Pastu nurse pun lap2 skit bahagian poo poo tu, baru letak baby atas badan Dyh. Baby terus angkat kepala sambil tertunduk2 nak tgk mommy dia..Hehe. Pastu nurse guide baby untuk menyusu kat Dyh. Sambil2 tu doktor perempuan tadi mula menjahit miss V yang dah luka. Auwww... memang sangat sakit... Kenapa ramai yang cakap time jahit tak rasa sakit sebab beranak lagi sakit? But for me, time jahit pun sakit...rasa dia jahit, masukkan jarum, tarik jarum...Adoiiiii...memang mengaduh2 Dyh kat situ... Mr.J pulak busy main dengan baby. Ada la dalam sejam jugak kena jahit. Huhu. Habis jahit, kena seluk lagi...Aduhai...ini la pengorbanan ibu...huhu...Mak, maafkan adik, adik sayang Mak...

Dah siap semua, Dyh ditolak dengan wheelchair ke bilik Dyh. Time tu, Mr.J ikut. Tapi, baby tak ikut, baby dihantar ke Wad Anggerik, sebab cleft lip. Takpe sayang, nanti mommy melawat ya.

Dalam bilik kat wad, Mr.J kekok tak tau nak buat apa, so Dyh merengek nak mak. Mak lagi...Haha, memang sah manja. Pastu mak pun sampai, abah kena tunggu kat bawah tak dibenarkan masuk. Mak lap2 tangan Dyh sebab ada darah dan poo poo baby. Pastu mak bancuh milo, makan cicah biskut. Besarnya jasa mak...Huhu, I love U, mak, till the end.

Nikmat wooo, terketar2 makan. Pastu baru rasa ok sikit. Mak dan Mr.J pun balik. Malam tu Dyh tido sorang. Pukul 5 pagi nurse kejut untuk cek BP, tanya mana baby, pastu tanya dah buang air kecil belum? Of coz la belum, ngeri kot, baru lepas kena jahit. Huhu..

Nurse pesan suruh buang air kecil pagi tu. Sebab kalau tak buang, nanti tak boleh keluar wad. Atau kalau tak buang nanti doc masukkan tiub lagi sakit...Huhu. Dyh jawab ok, pastu sambung tido. Haha.

Pukul 6 pagi, nurse yang sama kejut Dyh, pastu dia ajak buang air dengan dia. Ha? Malu kot. Dia pimpin Dyh ke bilik air, tunggu Dyh buang air, salinkan pad, salinkan kain. Dia memang betul2 tolong Dyh. TQ nurse, moga hidup anda diberkati.

Pastu dia suruh Dyh rest. Dyh pun sambung tido, rasa yang amat mengantuk. So, tido je la...Pastu breakfast time, diorang hidang kuetiow ke mee tah, ada ayam, sayur. Dyh tak makan, kan orang lepas bersalin kena pantang makan ayam, takut gatal. So tunggu je mak datang, sebab semalam dah janji. Hehe..anak mak.

Mak dan Mr.J datang bawak nasi panas2 dengan lada hitam sangai dan ikan bilis goreng rangup. Abah tunggu kat bawah, sebab bukan waktu melawat. Masa ni rasa lalu sangat makan. Makan panas2. Pastu Mr.J nak lawat baby kat Wad Anggerik.Dia pergi sorang sebab Dyh tak boleh jalan. Mak teman Dyh, mandikan Dyh, pakaikan baju...huhu. TQ, mak sayang.

Setengah jam lepas tu, Mr.J sampai, tersenyum2. Maklumlah, baru tengok baby. Dia tunjuk gambar baby.
Dyh discharge tengahari tu jugak. Tapi, yang sedihnya, baby tak boleh discharge lagi.

So, sebelum keluar wad, Dyh dan Mr.J ke Wad Anggerik 2 untuk lawat dan susukan baby.
Dyh pun kena seluk untuk kali terakhir sebelum boleh balik. Hadoi wooo... Kena seluk tempat beranak dan lubang dubur. Huwaaa....

bersambung...

Pengalaman Bersalin 5


Bersambung dari episod sebelum ini....

Nurse marah Dyh sebab minum air selusuh sebelum masuk ke Labour Room.

Huhu. Ye ke macam tu. Nape orang lain start minum air selusuh masa 9 bulan. Ramai je yang buat macam tu. Ni Dyh baru minum seminggu. Pastu Dyh teringat, mak Dyh ada bagi minum air akar patimah masa waktu melawat tengahari tadi, tu pun penyebabnya ke.. Huhu. Mak dapat dari besan dia. Besan dia pesan akar tu untuk Dyh. Takpe la, Dyh dah selamat minum pun. Baru2 ni ada terbaca kat internet, air akar patimah ni jangan minum, sebab boleh membahayakan ibu dan bayi yang dikandung. For more info, cuba google tentang ni.

Beberapa minit kemudian, doktor pun datang. Dia seluk lagi. Sakit lagi. Huhu. Bukaan dah 4 cm. Dah boleh masuk labour room. Doktor bantu pecahkan air ketuban Dyh. Nurse call labour room, tapi bilik penuh, ramai yang nak bersalin. Aduuuuh... Dyh tak tahan sangat ni..rasa nak teran terus je...huhu. Nurse cakap paling awal malam tu baru boleh tolak ke labour room. Sekarang baru time Maghrib, rasa lamaaaa lagi nak malam. Ya ampun... rasa tak mampu dah nak tunggu nak tahan sakit ni...huhu.

Syukur sangat 5 minit lepas tu, nurse cakap labour room dah ada bilik kosong. Alhamdulillah... Nurse pun tolak Dyh dengan wheelchair, ke bilik Dyh dulu. Dia suruh bukak selipar, panty, bra, minum air selusuh, makan apa2 yang ada. Sebab dia kata, selalunya anak pertama lambat nak bersalin, kena tunggu 6-12 jam dalm labour room. Dalam labour room tak boleh makan minum. Aduhai...dah la Dyh dah habis muntahkan nasi beriani lunch tadi. Sekarang mana ada selera nak makan apa2. Tu pun Mr.J pujuk dan suap makan kurma 2-3 biji, untuk tenaga katanya. TQ, sayang. Time ni mak abah dah turun ke ruang menunggu di luar labour room.

7.30 malam, dah siap minum makan semua, baru ditolak ke labour room. Time ni dah tak nampak orang sekeliling dah, sebab terlampau sakit. Masuk labour room, Mr.J kena tunggu luar sekejap. So, Mr.J sempat solat Maghrib. Diorang prepare bilik tu dulu, suruh Dyh baring, monitor CTG semua. Kemudian tinggalkan Dyh sorang2. Dyh rasa makin sakit sampai takde sela. Sakit berpanjangan... Sampai satu tahap, Dyh sakit sangat sampai terteran sendiri, bila teran, rasa air meleleh banyak dari Miss V, tak tau la tu air ketuban atau urine..Huhu. Banyak kali Dyh terteran, memang rasa lega... Tiba2 ada bunyi dari mesin kat sebelah Dyh, taktau la mesin apa, bunyi macam urgent. Dyh dah risau dah, adakah sebab Dyh terteran banyak kali tu, so effect mana2 bacaan di mesin tu...wallahualam.

Dalam keadaan macam tu, Dyh jadi risau tak tenteram. Terus terpanggil2 nurse atau doktor di luar bilik tu, kat situ memang tempat diorang berkumpul. Panggil mula2 perlahan, lama2 suara Dyh makin kuat, sebab seorang pun staff tak menyahut. Lama jugak Dyh terjerit2 panggil, baru la ada sorang nurse menyahut dari luar. Menyahut tapi tak masuk dalam bilik Dyh. Lama lepas tu baru dia masuk dengan muka annoying dia, tu pun sebab Dyh masih terpanggil2. Hadoi...nape la macam tu, kalau urgent case dia buat macam tu, memang terlambat lah nak bertindak...

Dia masuk, tengok2 kat mesin yang berbunyi2 tu, pastu dia panggil doktor. Doktor masuk dan seluk. Dah 9 cm tau... Baru lah kelam kabut diorang siapkan peralatan untuk sambut baby... Ha, tau pun cemas. Tadi time Dyh terpanggil2, korang relax sangat kan, ingat Dyh mengada2 la nak menjerit2 kan...huhu. Kiranya beza untuk bersalin dalam satu jam selepas masuk labour room. Dah prepare peralatan semua, doktor suruh Dyh teran.

Dyh cakap Dyh nak husband Dyh masuk dalam tu. Diorang ckp tengah panggil. Ok, by that time Mr.J pun muncul dengan bersemangatnya. Nampak benar semangat dia tu... Haha. Dia pergi dekat Dyh, sebelah tangan dia pegang tangan Dyh, sebelah tangan lagi pegang dahi Dyh. He was so supportive. Bila Dyh push dia pun push sekali, I can feel that! Haha. Amazingly, Dyh tak rasa sakit bila 9 cm tu. Maybe sebab ramai orang kerumun Dyh. Ada 1 orang doktor perempuan, nurse kat kiri kanan perut Dyh, dan beberapa orang lain lagi yg Dyh tak perasan sangat. Doktor pesan, bila sakit, push. Tapi Dyh tak rasa pulak sakit yang nak meneran tu, so Dyh just push bila dah rasa ready.

Mr.J memang sangat excited dan supportive. Eh. Tadi kan dah cerita. Hehe. Dyh time saat2 nak bersalin tu boleh rasa nak tergelak sebab dia.

Mr.J:
Ok, Dyh. Abg kira satu, dua, tiga, pastu kita push sama2 tau.
Satu, dua, tiga...arghhhhh
#hahaha...dia push sekali#

Nasib dia tak terBer atau terKench. Kata push sekali kan. haha. Bayangkan la, kan dia push sekali Dyh, sambil dia push dia genggam kuat tangan Dyh sambil tekan dahi Dyh ke bawah. Ni buli namanya...Hahaha. Ok, sekali tu je rasa nak tergelak.

Lepas tu Dyh dah rasa tak larat nak push. Diorang, doc, nurses, Mr.J semua bagi kata2 semangat yang tak putus2...

Push..push...sikit lagi...ha, nampak dah kepala baby...sikit lagi...come on...u can do it...yes, macam tu la... pandai pun... push lagi..push..push...

Datang sorang lagi doc, rasanya ni bos segala doc kat situ.Tiba2 Dyh rasa MissV digunting oleh doc boss tu...auch.... huhuhu, nape gunting saya doc... pastu dia very polite... dia lelaki...

ok puan, push...sikit lagi...sikit lagi...yeah, kepala dah keluar, lagi puan, push, push, push....

Nurse yang di kiri kanan perut Dyh tu, diorang tolak perut Dyh dalam usaha membantu keluarkan baby. Untuk push yang terakhir tu, memang Dyh amik nafas dalam2, pastu push secara kuat dan lama. Pastu rasa licin je baby keluar dari Miss V. Legaa...Fuhh...

Maka lahirlah seorang bayi berjantina lelaki, yang amat sihat dan sempurna bagi mommy dan daddy, walaupun beliau sumbing di bibir. Allahuakbar, kuasa Allah sayang, Allah menyapa kita dengan dugaan ini. Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas kurniaan Mu yang tidak terperi ini. Hamba Mu ini amat bersyukur, amat amat bersyukur.

Alhamdulillah, baby mommy, selamat datang ke dunia yang penuh dengan liku2 hidup yang penuh cabaran dan dugaan serta muslihat. Mommy Daddy akan cuba yang terbaik untuk mendidik kamu, sayang. Moga kamu menjadi anak yang soleh, mendengar kata, rajin solat, petah berkata2, bijak, serta berguna kepada sekalian alam. Semoga dikurniakan kesihatan yang terbaik sepanjang hayatmu sayang.

bersambung...















Pengalaman Bersalin 4



Jam 2 pagi Dyh terkejut dari tidur. Rupanya nurse yang kejut.

Nurse:
Dik bangun...
#sambil tepuk2 Dyh#

Dyh:
#mata terkebil2 terpejam2#

Nurse:
Dik, awak ni staff KKM ke ?

Dyh:
Err, hmmm. ya kak...
#masih mamai2#

Nurse:
Ooo...kalau staff KKM, nanti ada bla...bla..bla...
#apa nurse tu cakap pun dah tak register sebab masih mamai#
#tapi maksud dia akan ada bos wakil KKM datang untuk lawat sebab Dyh staff KKM#

Dyh:
Hmm...

Nurse tu pun keluar. Dyh sambung tidur. Ngantuk kot. Nanti dah bersalin, dah tak dapat tidur lena, sebab ada baby...Eh. Haha, itu yang difikirkan. Dyh memang kuat tidur, time tidur la dapat rest sepuasnya.

Jam 4.30 pagi bangun, minum air masak, makan roti sikit, sebab nurse dah pesan suruh makan sebelum cek pergerakan baby. Pastu tidur balik... Kuat tido sangat ni.

Jam 5 pagi nurse panggil untuk CTG.. satu sesi 20 minit. Kalau hasil di graf tak cantik akan ulang bacaan dan ulang lagi sesi 20 minit tu. Pagi tu result memang tak cantik. Puas nurse goncang2 perut supaya baby gerak aktif. Goncang perut Dyh la, takkan perut nurse tu... ngehehe. Suruh Dyh bangun, duduk balik, mengiring kiri, mengiring kanan, haaa...dia gerak dah...sekejap je, pastu baby sambung tido, hmm, ni menurun dari sape la ni...kuat tido.

Sesi yang 20 minit jadi 1 jam 30 minit. Pukul 6.30 pagi, nurse dah give-up. Dia suruh Dyh balik. Ha? Balik rumah? Jgn berangan, sila balik bilik, Dyh yea...Minum milo panas2 sebelum ulang sesi 20 minit tu...Huhu. Sempat la mandi solat sebelum sesi lagi 20 minit tu. Time sebelum mandi tu nampak ada blood stain sikit kat panty. Patut la malam tadi ada rasa macam senggugut. Adakah itu mild contraction...???

Pukul 8 pagi nurse datang ulang CTG. Bacaan awal masih kurang baik, tapi lama2 makin ok. Alhamdulillah.

Pukul 10 pagi, doktor seluk. First time kena seluk. Dyh terlari2 sambil baring...faham kot kan. Doktor dan nurse pujuk2 buat slow2, ambil masa seminit dua jugak baru berjaya..Haha..drama sangat. Cek bukaan dah 1.5cm. So, dia masukkan ubat. Kena seluk lagi, adoiiiii.... dan suruh rehat atas katil sejam supaya ubat tu tak keluar balik. Lepas sejam dah boleh turun katil, jalan2. Doc suruh tunggu hingga 4 petang sebelum cek bukaan seterusnya.

Tengahari tu, mak, abah, dan Mr.J datang melawat. Sembang2, gelak2, makan2. Time tu ceria lagi. Bila habis waktu melawat, diorang pun balik dalam kul 2 petang. Dyh ambil kesempatan mandi dan solat. Pastu saje2 je jalan2 konon untuk cepatkan bersalin. Nah ambik, dalam kul 3 petang dah start sakit. Sakit yang takde sela, kalau sela pun dalam 5 saat je, pastu sakit balik. Adoiiii sakit sangat tau. Try baring tak selesa, bangun tak selesa, jalan tak ok, semua dah tak kena dah time ni... huhu. Call Mr.J tak dapat, call abah pun sama. Rupanya line telefon kat situ tak ok... Menahan la sakit sorang2, nak bagitau nurse takut. Huhu.

Dalam pukul 4.00 petang, doktor panggil untuk seluk. Bukaan baru 2 cm. Huhu. Sakit tu macam dah bukak besar tapi baru 2cm...Ya Allah sakitnya. So doktor suruh rest dalam bilik, jalan2 lagi untuk mudahkan lagi bersalin. Dyh tak mampu jalan dah, hanya duduk atas katil sambil tahan sakit.

4.30 petang, mak, abah, Mr.J datang melawat. Time ni Dyh tak mampu senyum dah. Mak abah tolong urut2 belakang, rasa lega jugak. TQ mak, abah. Tapi sekejap sangat. Sakit masih sangat. Haha, ayat pun dah tunggang terbalik. Mr.J tak tahu nak buat apa, sebab dia pun first experience.

Mr.J:
Dyh nak makan?
Dyh nak makan apa?
Nak abg suap?

Makan aje dia tanya...huhu. Dyh nak jawab pun dah tak mampu. Nak senyum pun dah tak boleh. Sambil Dyh tahan sakit tu sambil rasa nak terjeluak, nak termuntah. Last2, haaa ambik, muntah habis nasi beriani lunch tadi. Dah jadi kerja pulak abah nak kena lap muntah tu. Mak pulak basuh mulut Dyh. Rasa macam jadi budak balik, buat apa pun dah tak betul time tu. Mr.J terkedu. Mak suruh dia gi bagitau nurse. Nurse pun bagi baju baru kat Dyh. Baju pink hospital tu la...

Pastu nurse panggil untuk CTG lagi..Hadoi la, dah tak lalu Dyh nak baring time buat CTG tu, sebab kena tunggu 20 minit. Peristiwa pagi tadi berulang kembali..huhu. Bacaan tak ok, kena repeat banyak kali. Dari petang sampai 7.30 malam Dyh kat situ asyik repeat CTG. Bacaan tak ok maybe sebab Dyh yang tak boleh baring terlentang lama sebab dah terlalu sakit. Merayu2 Dyh kat nurse tu sebab rasa terlampau sakit.

Dyh:
Nurse....sakitttt...
Tolong la nurse....sakit...
Nurse...
Nurse...

Nurse:
Hish awak ni.. sebut la Allah...Allah.
Ni baru sakit sikit, belum sakit nak beranak lagi tau.

Dyh:
Saya sakit sangat ni...
Tolong la...saya nak mak saya..
Tolong la panggil mak saya

Tengok, manja ni. Orang lain suruh panggil husband, tapi Dyh nak mak...Haha. Tujuannya supaya mak dapat la urut belakang Dyh, lega la sikit rasa. Ni tak, dah la nurse tu tak tolong urut belakang, bebel lagi ada. Huhu.

Nurse:
Kenapa nak mak? Tak boleh, pesakit je boleh masuk bilik ni.
Awak org Perak ye? Sekolah mana? ...ooo, saya ada kawan kat sekolah tu...bla..bla..kenal tak si polan, si polan ni...?

#ya ampun, orang tengah sakit, dia tanya pasal sekolah pulak#
#Dyh jawab tak kenal je sebab kalau jawab kenal nanti banyak pulak soalannya, dah la tengah sakit yang amaat#

Dyh:
Sakittt nurse...
Tolong saya....huhu

Nurse:
Awak ni...
Awak minum air selusuh ke? Air selusuh tak boleh minum lagi, bila dah dalam labour room baru minum..Awak minum awal2, bukaan takde, sakit yang lebih..tu yang awak sakit sangat ni...Dah berapa botol awak minum...
#bebel2 pasal air selusuh#

Nanti saya panggil doktor.

bersambung...

























12 March 2014

Pengalaman Bersalin 3


Dyh ni kalau tengah rajin update blog, dalam sehari dapat la 2-3 entry. Kalau malas, dapat la satu entry untuk 2-3 bulan. Ok la tu, dari langsung takde kan...Suka hati la Dyh.. Sebab tu la tak ramai readers, ke sebab ramai silent readers ni...Eh.

Ok bersambung dengan pengalaman bersalin Dyh. Last entry Dyh dah selamat menjalani saringan, semua ok. Yang tak ok nya sebab kena masuk wad. Nak daftar masuk wad pun mengambil masa banyak jam. Jam dinding, jam tangan, jamban...ok melalut.

Plus minus 2 jam jugak la tunggu untuk masuk wad. Depan Dyh ada 4@5 ibu yang sarat untuk daftar masuk wad jugak. Ok, sila tunggu. Rasa lama sangat. Kesian mak abah kat tingkat bawah. Hanya mampu bermesej je dengan diorang. Suruh mak abah gi makan sebab time tu dah tengahari. Dyh dan Mr.J makan kongsi satu plate makanan hospital. TQ kepada staff HSA yang hantar makanan tu, walaupun tak masuk wad lagi, tapi tetap diberi lunch. Tu pun Mr. J yang makan beria. Dyh tak selera sebab rasa nervous nak masuk wad. Ko memang selalu nervous kan, Dyh. Apa je yang ko tak nervous, semua nervous, nak naik bas time sekolah dulu2 pun nervous, padahal setiap hari naik bas sekolah tu. Huhu... Nervousness, it's in my gene. Wuuu alasan. Tapi kan, Dyh tengok, ibu2 yang 4@5 orang yang depan Dyh pun tak makan sangat, suami masing2 yang perabihkan makanan tu. Tengok, ibu2 tu pun nervous la tu...#coverline sangat#

Dah selesai urusan daftar, nurse yang in-charge cakap, Dyh kena duduk dulu di wad second class, sebab first class penuh.. Ok, noted. Nurse tu pun tunjuk katil Dyh. Wad second class ni sangat happening sebab kawan ramai. Pandang kanan ada orang, pandang kiri ada orang, depan pun ada orang. Haaa, sesiapa yang penakut, wad second class memang sesuai sebab kita takkan keseorangan, ramai kawan senasib kat dalam tu. Sempat la Dyh sembang2 dengan diorang. Ada yang uri kat bawah, ada yang kena induce sebab ada darah tinggi, ada yang meninggal time bersalin, ada yang tinggal dah 3 bulan kat wad tu...huhu. Insaf & kecut perut dengar cerita2 diorang. Tak terasa masa berlalu kat situ, sedar2 dah petang. Rehat pun dapat sekejap2 je, sebab nanti ada doktor periksa, pastu nurse panggil untuk cek pergerakan baby, jantung baby, pastu nanti cek BP, pastu ada kawan ajak sembang. Busy tau...haha.

Di waktu itulah Dyh dapat perkhabaran sedih dari Mr. J bahawa Kak Min dan Abg Dan, Abg kepada Mr J.telah kehilangan puteri mereka yang baru berusia 2 hari. Mr. J dan mak Dyh menangis. Abah Dyh terkejut. Dyh hanya mampu terpaku dengan genangan air mata. 
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Time maghrib, baru la dapat tukar wad. Sempat salam2 dengan kawan2 yang baru kenal, wish them luck, sebab dah tak jumpa dah lepas tu, masing2 dengan hala tuju masing2. Ok, di wad baru, Dyh dapat sebilik untuk 2 orang pesakit. Tapi, masa Dyh masuk bilik tu, Dyh sorang je. Mesej Mr.J bagitau no. bilik semua, solat, pastu siap2 untuk tido. Belum lagi Dyh, belum masanya untuk rest. Nurse datang, cek BP, cek pergerakan baby, tanya baby gerak OK ke tak, macam2 lagi.

Kebetulan la malam tu, Dyh tergerak hati nak tanya nurse, macam mana nak tau baby gerak ok ke tak? Nurse terkejut. Jeng...jeng...jeng. Dyh pun terkejut...eh nape pulak dia terkejut...

Nurse:
Eh, takkan nurse di klinik tak ajar awak cara kira baby gerak. Penting tau kira. Kalau tak kira, baby jadi apa2, nyesal tak sudah sebab dah di akhir kehamilan ni...
#bebel-bebel#

Dyh:
Saya tak diajar pun.

Nurse:
La..nurse mana la yg tak ajar tu.. Nak kena ni... 
#sambil bebel-bebel#

Dyh:
#muka toya takde perasaan#
#nurse kat klinik yang lupa nak ajar aku#
#salah aku ke#
#redho je la#

Nurse:
Ok meh saya ajar...kalau baby gerak dan pusing sepenuhnya tu dikira satu gerakan. Kalau dia gerak sikit2, kira yang sikit2 tu sebagai satu gerakan... By 5 petang mesti cukup 10 kali....
#sambil nasihat2 Dyh#

Dyh pun bebel2 jugak dalam hati. Sampai hati nurse kat klinik tu lupa bagitau Dyh cara untuk kira. Dah la ni first baby, Dyh tak tahu apa2, dia boleh lupa plak... Pastu Dyh pun teringat, kan sepanjang pregnant, si ibu kena suntik imunisasi jugak kan. Boleh pulak imunisasi yang ke-2 nurse di klinik boleh lupa nak bagi, tu pun doktor yang perasan, kalau tak, tak suntik la gamaknya...huhu. Ni la yang dinamakan manusia, kan tak pernah lari dari kesilapan, tiada manusia yang sempurna. Ok la, mana yang Dyh boleh tolerate Dyh OK je.

Cuma kak Min, kakak ipar Dyh ada cakap baru2 ni kat Dyh, time dia pregnant dulu memang dia kena selalu update kiraan gerakan baby, kalau tak, memang kena marah. Sebab nurse kat tempat dia akan semak. Nurse kat tempat Dyh dahla tak ajar, semak pun tak kat jadual tu. Haih la. 

Malam tu Dyh diingatkan untuk tido awal sebab esoknya jam 5 pagi ada nurse akan datang untuk cek pergerakan baby sebelum di'induce' jam 7 pagi. Tido lena jugak walaupun menanti dengan penuh debaran. Tanda kelahiran belum ada.

~bersambung...