11 March 2014

Pengalaman Bersalin 2


Hari ke-7 overdue, masih takde tanda nak bersalin. Dyh bersama-sama Mr.J, mak dan abah ke Hospital Sultanah Aminah (HSA). Parking penuh. Biasala, hospital memang sentiasa penuh tempat parking. Mr. J dapat parking jauuuuuuh nun jauuuuh dari Dewan Bersalin. Jadi, menapak la kami perlahan-lahan empat beranak. Takpe, kan orang mengandung kena banyak berjalan, untuk mudah bersalin katanya... 

Ooopss, sebelum ke HSA, kat rumah, Dyh dah minta maaf siap2 dari hujung rambut ke hujung kaki kat Mr. J, mak dan abah... Ok, time ni memang sebak sangat rasa. Macam nak pergi berjuang di medan perang. Sebab kita tak tahu apa yang berlaku seterusnya. Mungkin itu kali terakhir... Proses bersalin macam-macam pengalaman boleh berlaku. Hanya doa banyak2 dan berserah padaNya...

Di tingkat bawah Dewan Bersalin HSA, security guard @ pak guard guide ke tingkat 1 untuk ke bilik saringan. Bila dengar je perkataan saringan, time tu, rasa berderau darah Dyh. Terbayang-bayang perut kena scan, miss V kena seluk, cek BP, macam2 lagi. huhu. First experience kan... Utk ke tingkat 1, naik lif, tapi pak guard tak bagi mak abah ikut. Mr. J je boleh ikut. Dengan berat hati, Dyh tinggal mak abah kat tingkat bawah, di ruang menunggu. Maaaanja ni. 

Sampai di kaunter bilik saringan, nurse suruh tunggu sebelum dipanggil masuk untuk saringan. Sambil tunggu, sambil mesej abah mak bagitau info terkini, sambil borak2 dengan Mr.J. Time ni, borak apa pun dah tak register dalam otak, sebab dah mula nervous. Jantung berdegup2 rasa macam nak terkeluar dah. Huhu. Jangan tanya Mr. J macam mana, dia, as cool as usual...

Kemudian, nurse pun panggil, berdebar2 hanya Allah yang tahu... Dalam bilik saringan, ada beberapa orang nurse, doktor dan ibu2 yang dah sarat... dalam bilik tu tak sunyi, ada bunyi mesin, suara doktor tanya soalan kat pesakit, bunyi nurse membebel.... hehe. Lagi la runsing dan berdebar2 Dyh rasa. Dyh disuruh baring dan rest atas tempat yang disediakan. Pastu datang sorang nurse tanya macam2. Dah berapa hari overdue, baby gerak ok ke tak, ada sakit apa2 tak... Pastu dia cek BP, cek bunyi jantung baby, cek pergerakan baby...semua ok. Lepas tu, ada sorang doktor review sekejap, dan dia suruh masuk wad dulu... huhu, i don't like. I nak terus bersalin. Dyh kata dalam hati je la. Berani nak lawan cakap doc? Berani.. # tu pun cakap dalam hati je #..

~bersambung...

Pengalaman Bersalin 1


Berdasarkan tajuk, memang ceritanya panjaaaaaang. Takpe, kita cerita one by one.

Pengalaman bersalinkan Wajdi memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Kenapa? Sebab first baby.. Excited, nervous, panic, happy, mixed feeling la katakan. Estimated Due Date (EDD) adalah 1 Oktober 2013. So, Dyh amat nervous bila dah dekat tarikh tu... Start bulan September (9 bulan), Dyh dah tak senang duduk. Setiap malam, akan warning Mr. J, 

Dyh:
Abg, get ready tau, bila2 masa je boleh sakit ni.... 

Saje takutkan dia, sebab mommy pun dah start takut. Huhu. Mr. J respond,

Mr. J:
Ok... 

Ha? Ok je? Dia takut ke tak ni? Relax je nampak... Mana aci Dyh sorang je takut. Huhu
But, one day, selepas beberapa hari perbualan di atas berlaku,

Mr. J:
Dyh, bila mak nak datang JB? Cepat suruh mak abah datang JB, bila2 masa je boleh bersalin ni kan...

Haha, baru nampak dia dah start nervous. Rupa-rupanya kawan sepejabat dia dah bersalin awal dari EDD. Tu yang dia gelabah tu. Ha... tau takut... hehe.

Ok. Dyh pun call la mak abah kat kampung minta datang JB kalau free, sbb lagi beberapa minggu nak dekat EDD, that means bila-bila masa boleh bersalin nih... Masalahnya pulak, mak abah tak dapat datang lagi. Alasannya, tengah tunggu gigi palsu... huahuahua... gigi palsu tak siap lagi... Iyolah mak, nak jumpa cucu baru mesti la Opah nak nampak cun, sebab tu beria tunggu gigi pelesu... hehe. Nasib baik la cucu dalam perut faham, dia delay nak keluar. 

Mak abah sampai JB malam sebelum EDD. Time jemput kat stesen bas, sengih je mak, almaklumlah, orang baru tumbuh dapat gigi... hehe. Hinggalah keesokan harinya, EDD, masih baby tak tunjuk tanda nak keluar. Haih la sayang, selesa ya duduk dalam tu...

Di hari EDD, Mr. J bawa Dyh ke Klinik Kesihatan (KK), bagitau nurse dah sampai EDD, tapi takde tanda. Jadi nurse pun bawa jumpa doktor. Doktor scan, dia kata baby semua ok... Dia bagi tempoh seminggu (7 Oktober 2013), kalau masih takde tanda, terus je ke Hospital untuk induce. Ok, doc...

Kami berdua pun balik rumah. Dyh memang dah minta cuti seminggu dari bos, so berehatlah di rumah. Oh, heaven... dapat rehat, memang heaven, takyah fikir masalah kerja... ngehehe... Melayan je la mak abah kat rumah.

Abah pun dah buat sebotol besar air selusuh. TQ Abah.. Dyh pun minum air selusuh beria sebab nak bagi mudah bersalin. Mak pun pesan suruh berjalan banyak, untuk percepatkan proses bersalin. Baik mak. 

Sampai la hari ke-6 terlebih due date, masih relax. Takde apa-apa tanda. Segala nasihat, petua, Dyh buat je, ikut je sebab dah tak sabar nak bersalin. Nampak tak? Dari rasa takut, terus rasa tak sabar nak bersalin sebab dah terlebih hari... Kawan-kawan yang EDD seangkatan pun dah selamat melahirkan, lagi la Dyh tak sabar kan. 

Malam 6 Oktober, hari ahad, Dyh mula emosi. Dyh nangis dalam bilik time Maghrib, tak tau kenapa. At the same time, baby kurang gerak hari tu, Dyh risau + sedih = nangis. Emosi yang tak dapat nak dijelaskan. Hiba rasa, tengok muka Mr. J, rasa sayu... Dalam hati macam2 persoalan timbul, kalau la ini malam terakhir Dyh, kesian Mr. J, kesian baby.. kalau la macam ni, kalau la macam tu... banyak sangat kalau nya... kalau, kalau... Kalau ko tido je boleh tak Dyh??? huhu.

~bersambung...














18 February 2014

Wajdi dah 4 bulan



8 Febuari baru-baru ni, Wajdi sudah mencecah 4 bulan usianya. Amboi ayat mak ko Wajdi... Skema kot... hehe. Biar aaa.... 

                 Seperti biasa, setiap bulan Wajdi akan ada check up. Cuma check up masa 4 bulan, baby tak kena suntik. Cuma timbang berat dan report perkembangan baby pada nurse on duty. So, beratnya Wajdi ialah 6.9 kg. Berat nak oii... Lenguh Mommy nak dukung. Daddy pun sama lenguh (kata kuat..huhu).

Perkembangan semasa 4 bulan:
  • Susu setiap 2 jam (4 auns air suam + 4 scoop susu). Susu masih Lactogen. 
  • Dah pandai meniarap sendiri. Kadang-kadang bila letak je atas tilam, terus dia pusing meniarap. Terkejut + impressed  Mommy...
  • Dah pandai ketawa bila diagah. Comel sangat...huhu.
  • Pandai senyum bila tengok orang. Onyang Wajdi cakap, "Ramah budak ni.." Bila senyum tu mata jadi kecik macam anak bulan. Comel comel sangat.. Iyolah Dyh, anak ko jelah comel...huhu.
  • Tidur memang teratur... malam memang Wajdi tidur, cuma bangun sekali untuk menyusu, jadi Mommy tak jadi zombie... So, mommy dapat bekerja di siang hari dengan efisien... Tq sayang...ngeheee...
  • Dah mula nak bercakap... Wajdi selalu sebut "DDii"... Adakah itu Daddy atau Wajdi??? Huhu... Mommy tak pernah didengar lagi... "Mmakk" pernah dengar. Mommmyyy Wajdi, Mommmyyy...
  • Bila tengah tidur, bila Wajdi terjaga, dia akan pandang sekitar dia. Kalau nampak Mommy/Daddy, dia akan lena balik. tapi, kalau tak nampak orang, mula la dia nangis. Wajdi..Wajdi...
  • Okey, perangai ni sejak lahir dia praktikkan, iaitu, poo poo dalam pampers yang baru tukar...huhu. Ini semua gara-gara masa dia baru beberapa minggu lahir, dan dah 2 hari tak poo poo. Daddy cakap kat dia, "Takpe, Daddy tak marah Wajdi poo poo dalam pampers baru". Wajdi kotakan janji ok... Until now. Syabas nak.
  • Kalau naik kereta memang dia suka... Excited sangat... Ni yang Mommy suka nih, boleh la selalu keluar jalan, kan Daddy...ngeh ngeh..
  • Ok dah tak tau nak tulis apa dah..haha.

            Banyak sangat perkembangan Wajdi yang Mommy nak tulis, tapi Mommy baru 4 bulan bersalin, so Mommy sekarang banyak lupa sebab banyak urat dah putus... huhu...alasan...

Love, Mommy Wajdi.

I'm Officially A Mommy....!!!



Hai assalamualaikum semua. Blog dah lama terbiar..Masa memang mencemburui Dyh untuk menulis.

             Busy yang tak berapa busy. Di ofis, sibuk dengan kertas siasatan (IP). Baru naik kerja lepas habis berpantang, haaa nah amik siapkan 3 IP sekaligus. Apo nak dikato? Nama pun kerja makan gaji... so terima je lah...Saya Menurut Perintah. Orang lain yang satu pejabat goyang kaki, Dyh terkial-kial siapkan 3 IP tu...huhu. Dateline kena kejar...tu yg stress sikit. Ok, dah lari tajuk.

           Hehe...I'm officially a Mommy... Alhamdulillah... 8 Oktober 2013, Dyh selamat melahirkan seorang putera yang kini menjadi penyeri hidup Mommy dan Daddy dia.

              Isma Wajdi Bin Jazlan, nama diberi. Isma = Pemelihara. Wajdi = Kesayanganku, kerianganku, kekayaanku dan kekuasaanku.

             He is a clever boy with a cleft lip. Only cosmetic problem. Mommy Daddy redha dan terima ketentuan Ilahi, sayang. But sayang, itu bukan penamat. Mommy Daddy akan pastikan Wajdi terima rawatan yang terbaik. Alhamdulillah, Wajdi already in waiting list. Tunggu masa je untuk operate.

            Mommy Daddy doakan semoga banyak tisu yang tumbuh di kawasan yang sepatutnya agar doktor dapat bedah dengan cantik dan senang... Moga Wajdi selamat jalani pembedahan dan dipermudahkan segalanya. Ya Allah, ya tuhanku, berilah kesihatan yang terbaik untuk zuriatku ini. Juga moga Isma Wajdi membesar menjadi anak yang soleh, rajin solat, baik pekerti, bijak, petah berkata-kata, berguna kepada agama, bangsa dan negara. Wajdi jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik ya, sayang.

Love, Mommy Wajdi.

03 September 2013

Kisah Mak Buyong ~ 36 Minggu




Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar, usia kandungan Dyh dah memasuki 36 minggu...

Perasaan bila dah masuk minggu-minggu genting ni susah nak digambarkan.
Kadang-kadang rasa happy sgt nak timang org baru...
Kadang rasa berdebar-debar...
Takut tu jangan cerita la...

Emosi mak buyong pun berombak-ombak...
Sekejap happy sangaaat...
Sekejap marah sangaaaat...
Sekejap sedih sangaaaat...

Kalau sedih sangaaat tu, time makan nasi pun boleh menitis-nitis air mata...
*takmakanlapar*
*hatisedihjugak*
Tu yang sambil makan, sambil menangis, kat kedai mamak pulak tu...huhu...
Sabo je la en. Suami melayan...huahuahua....

Dyh bnyk refer pada blog mommy-mommy utk buat persediaan...
Selain tu mak dan mertua pun bnyk bg nasihat...

Baby pun aktif bergerak dlm perut ni ha...
Bila Baby jarang gerak, risau jugak...
Tapi tak lama, lepas tu Baby buat stunt balik...hehe...

Paling obvious Dyh perasan, Baby ni tak mesra daddy la...

Yang kelakarnya, bila Baby tengah sesedap rasa stunt dlm perut ni,
tiba-tiba dia boleh stop stunt, sebab en. Suami ajak main sama...
haha...sentap daddy tau, Baby...

Kalau en. Suami panggil nama Baby pun, Baby akan stop gerak walaupun time tu Baby tgh gerak-gerak...
haha...sentap lagi...cian en. Suami...

Barang persediaan menyambut org baru pun sikit-sikit dah ready...
Beg hospital Baby dan mommy pun dah siap, cuma tunggu nak angkut masuk kereta je...

Satu je yg tak settle lg.
Kitorang tak survey lg mana dewan bersalin kat HSA...
Plan nak bersalin kat HSA sbb dekat dgn rumah...
Takpe, weekend ni la gi survey...
Harapnya sempat la nak gi survey sebelum bersalin...


Pic googled
Baby ambil tempat yg betul yer baby... 
Nanti senang mommy nak lahirkan Baby k....

"La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"



02 September 2013

Gemuk...~

Ada sesiapa yang pernah, sedang atau akan dilabelkan gemuk..?
Sila mengaku dalam hati...huhu...

Kenapa eh sesetengah orang suka sangat nak mengomen tentang sifat fizikal seseorang?

"Dyh... sepanjang mengandung ni dah naik berapa kilo?..."
*sambilpandangperutdanpunggungyanggemukitu*

"Dyh... dulu masa mula-mula kahwin, nampak manis je... sekarang...laaaagi manis..."
*cakapjeladahgemuk*

"Eh eh... ni mana satu adik mana satu kakak ni..."
*senyummatakeatas*

"Dyh...makin sihat eh..."
*sihatsangaaaaat*

Senyum je la...dalam hati nanges...huhu...

Please la...tolong la....
Kalau nak bermanis mulut dgn org, jangan la terlalu jujur...
Konon open la...speak your mind la...

Jaga la sikit perasaan org yang mendengar tu...
Dah la Dyh ni jenis awkward dgn org yg tak biasa...
pastu bila sembang, asyik la dok ulang pasal gemuk..gemuk... lagi la rasa down kan...

Gemuk ke kurus ke...kan ke manusia jugak...
Ada hati jugak...
Siapa yang nak jadi gemuk kan....
Ada ke org yg sesaje nak gemuk?

Kalau org yg dok mengata tu dia sendiri tiba2 gemuk...baru dia rasa....
betapa 'struggle'nya nak kurus balik....

Lebih menyakitkan hati kalau org yg mengata tu dia sendiri pun gemuk...
Cakap kat org lebih, tapi sedar tak dia sendiri pun macam tu..huhu...

Dyh tak faham la dgn org yg mcm ni...
Apa yg dia dpt dgn mengata org walaupun secara depan org tu?

Dyh pun bukannya pandai jaga hati org, tp, sebolehnya taknak la ckp ttg kelemahan org tu time bersembang dgn dia...
Tp, lain org lain mulut kan...

  Ni satu lg 'peel' org...huhu
Sabo je la...









31 January 2013

Aku & Kolagen - Part 5 (PMC sebagai Masker)


           Untuk pengetahuan pembaca sekalian, selain untuk dimakan, PMC juga boleh dibuat mask. Bagaimana caranya? Akan diterangkan di bawah:

Cara memakai Mask menggunakan PMC:

1. Cuci muka 2-3 kali (supaya pori-pori muka terbuka luas).
2. Sapu rata gumpalan kolagen di seluruh muka (kolagen akan diserap melalui pori-pori yang terbuka luas).
3. Biarkan selama 15-30 minit atau semalaman sebelum dicuci.

* Elok diamalkan setiap hari setiap malam sebelum tidur.

~ Rancangan NONA di TV3 pernah membuat liputan mengenai PMC~

P/S: Setakat itu sahaja entri bersiri mengenai PMC. Jika ada info tambahan lain mengenai kolagen, Dyh akan kongsikan lagi bersama pembaca sekalian.