04 February 2015

Keletah Wajdi - Harimau




Wajdi ni dia ada karakter.
Karakter yang bila orang tengok dia, mesti akan tersenyum.
Mr.J panggil dia Pak Lawak.
Kecil-kecil pandai buat orang ketawa.
Teringat Dyh satu situasi, masa tu umur dia lebih antara 11 bulan hingga setahun kot.

Sambil belek buku kanak-kanak sambil sebut.

Dayah: Ayam...!
Wajdi : (Tengok dengan penuh minat)

Dayah: Kereta,...!
Wajdi : Car...car... (translate wehh)

Dayah: Epal...!
Wajdi : Buuuuah...

Dayah: Itik...!
Wajdi : Quack...quack...quack...

Dayah: Harimau...!
Wajdi : (Halakan tangan kepada Dayah)

Ok, takpe, next.

Dayah: Basikal...!
Wajdi : Car...car... (Wajdi begitu yakin bahawa semua benda beroda adalah CAR. Huhu, takpe, nanti Mommy ajar Wajdi lebih detail tentang benda beroda)

Dayah: (Ulang semula) Harimau...! Aaauuummm...! (Sambil buat bunyi)
Wajdi : (Halakan tangan ke arah Mommy, sambil jari-jemari menari-nari tunjuk Mommy)

Apahal la pulak budak tembam ni tunjuk Mommy dia.


Dayah: (Ulang semula) Harimau...! Aaauuummm...! (Sambil buat bunyi lebih kuat)
Wajdi : (Halakan tangan ke arah Dayah, sambil jari-jemari menari-nari tunjuk Dayah, dengan yakinnya tengok mommy dengan ekspresi muka yang tidak bersalah)

Fikir punya fikir.
Teringat pulak Dayah kes pagi tu, Mr. J nak pergi kerja. So, Dayah salam la Mr. J as usual. Sambil salam, Mr. J cakap kat Dayah;

"Mommy ni HARIMAU nih, garang" sambil didengari oleh anakanda kesayangan, Wajdi.

Ok, now Wajdi pulak kata Mommy harimau eh..huhu.
Tak tau nak ketawa kuat-kuat atau nangis guling-guling.



Mommy macam ni ke Wajdi?

02 February 2015

Asam Pedas Meletop - Dayah's Kitchen

 
Haha... Tajuk macam chef je. Padahal..
Nak share resepi asam pedas yang Dyh buat.
Selalu kalau Mr. J request asam pedas, confirm resepi ni yang Dyh guna.
Google kat MyResepi, tengok resepi mana yang ramai komen, yang tu la yang Dyh follow dan adjust ikut bahan yang ada. Haha...
Percayalah, ini adalah resepi asam pedas yang paling simple kot, but, SEDAP of course.
Sesuai untuk beginner.
 
Asam Pedas Meletop by Dayah's Kitchen
 
Bahan-bahan:
 
  1. Ikan (tak kisah nak letak ayam, ikan kembong, ikan pari, janji sesuai) Dyh guna 8 ekor ikan kembong yang kecil.
  2. Cili boh (3 sudu besar, cedok penuh-penuh tau kalau suka pedas)
  3. Bawang merah (kalau besar - 2 biji, kalau kecil - 4 biji)
  4. Bawang putih (4 biji)
  5. Air asam jawa (setengah mangkuk, kalau ikan banyak - mangkuk besar, kalau ikan sikit - mangkuk kecil). Tapi air asam jawa memainkan peranan penting, kalau banyak memang sedap.
  6. Daun kesum (3 batang)
  7. Minyak masak
  8. Garam
  9. Gula
  10. Serbuk perasa pasti sedap
  11. Air
 
Cara-Cara

 
  1. Kisar bahan 3 dan 4.
  2. Panaskan kuali dengan minyak.
  3. Tumis bahan yang dikisar dan cili boh hingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa hingga mendidih. Perlahankan api kuali.
  5. Masukkan daun kesum.
  6. Masukkan ikan. Tambah air secukupnya sesuai dengan kuantiti ikan.
  7. Biar sehingga ikan masak.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa pasti sedap.
  9. Siap.
 
Sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas.
Sedap wa cakap lu.
Dulu Dyh cukup takut kalau Mr.J suruh masak asam pedas.
Tapi, bila dah try resepi di atas, memang rasa happy lepas masak. Walaupun penat masak, tapi rasa sedap.
Itu yang kita mahukan...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 










18 December 2014

Perkembangan Wajdi~~ 1 tahun 4 bulan


Kali ni nak share perkembangan anakanda Wajdi.

1. Dah pandai geleng-geleng kepala bila taknak sesuatu. Contohnya:
a) Mommy: Nak susu?
    Wajdi: Geleng2.
    (good)


b) Mommy: Salam mommy, cium mommy
    Wajdi: Geleng2
    (not good)


2. Dah jelas sebutan beberapa perkataan. Contohnya:
a) Mommy: (buka video kanak2 kat phone)
    Wajdi: Dah...dah...dah... (sambil goyang-goyang tangan sbb dah boring)


b) Wajdi: Car...car...(sambil tunjuk kereta...clever boy)
    Wajdi: Car...car... (sambil tunjuk motor..err)
    Wajdi: Car...car... (sambil tunjuk lori dan bas...what!?)


Hari lain
    Wajdi: Car...car... (sambil tunjuk penyidai baju)
    Daddy: Bukan, tu bukan car, tu  penyidai baju
    Wajdi: (merangkak ke arah penyidai baju)
                Car...car...(tunjuk ke arah roda di penyidai baju)


Hahahahahahahaha.
Rupanya dia refer CAR pada benda beRODA.
Hahahahahaha.


3. Guna perkataan sendiri. Contohnya:
a)Wajdi: Buutah...buutah...butah...(sambil tunjuk buku)
    *Butah = Buku


b) Wajdi: Aaamm...aaammm. (sambil masukkan jari dalam mulut)
     *Aamm = Makan


c) Wajdi: (minumVitagen) Dap...dap... (ok..sedap)
    Wajdi: (gigit remote TV) Dap...dap... (oh cayang, tu pun sedap ke..)


Seminggu lepas, kalau dia merajuk atau menangis, confirm akan baring sambil hentak-hentak muka ke lantai, risau Mommy. Nanti luka bibir ke, muka ke, baru tau.
Bila teacher taska cakap Wajdi suka hentak-hentak muka macam Adam, so... confirm dia ikut perangai Adam...huhu
Dyh memang larang habis-habisan. Seminggu jugak dia buat perangai tu.
This week, so far, tak nampak lagi dia hentak-hentak muka.






Kalau kita sebut BUUUM
Wajdi faham, lalu membaringkan diri.


Kalau kita sebut DUDUK
Wajdi duduk


Bila jemput dia di Taska, dah pandai hulur tangan nak salam teacher, tau nak balik.
Bila dah masuk kereta, mesti lambaikan tangan ke arah taska,
sambil bunyi Baaa...Baaa (Bye bye la tu)


Ok tu je nak share.
Baaaaa...





17 December 2014

Menjaga Hati

Jaga hati sama dengan menjaga perasaan.
Mesti ingat, manusia tetap manusia.
Yang ada perasaan, pentingkan diri, berat sebelah dan memilih.


Walau puas kita menjaga hati orang lain,
jangan pernah ada harapan untuk mendapat balasan serupa.
Kelak nanti kan terluka.


Walau puas kita wujudkan suasana mesra,
jangan pernah ada harapan untuk mendapat balasan serupa.
Terasing juga nanti.


Walau puas kita menolongnya,
jangan pernah ada harapan untuk mendapat balasan serupa.
Terkapai-kapai kita keseorangan menyudahkan kerja.


Walau puas kita memaniskan muka,
jangan pernah ada harapan untuk mendapat balasan serupa.
Dibalasnya senyuman palsu yang hambar.

Manusia oh manusia.

Ya Allah.
Kau datangkan padaku hamba Mu yang baik-baik saja.
Kau jauhkan aku dari hamba yang memesongkan.
Kau bimbing aku mendekati Mu ya Allah.
Agar aku tidak mengaharapkan balasan manusia.
Agar aku tidak sunyi lagi.
Agar aku tidak terasa hati.
Agar aku hanya mengingati Mu ya Allah.

15 December 2014

Indahnya hidup~

Its my birthday...~~~~
Bangun pagi, husband wish sambil mendakap erat diri ini.

Sampai di tempat kerja, kawan-kawan sekerja wish dengan excited sambil memberi senyuman yang terpaling manis.

Masa duduk di meja, ada sejambak bunga ros merah.
Wow! Husband hantar bunga ke ofis...Sooo romantic!

Waktu lunch, office mate ajak lunch kat luar. Lunch treat katanya.
Time makan, tiba-tiba waiter bawa birthday cake sambil kawan ofis nyanyi lagu birthday ramai-ramai.
Rasa indahnya hidup....

Balik dari tempat kerja, husband ajak bersiap-siap.
Rupanya dia nak bawa ke candle light dinner.
Makan-makan sambil sembang perkara yang ringan-ringan.
Tiba-tiba husband keluarkan sesuatu dari bawah meja.
Handbag COACH!! Thank you sayang..

"Dayah,......."
Dia melafazkan sesuatu, namun tak begitu jelas.
Ku menyuruhnya mengulangi semula perkatan yang tak jelas.

"Dayah, bangun"

"Apa bang?"

"Bangun"

"Bangun ke mana?" berdebar-debar, ke mana pulak dia nak bawak aku ni.
Ada kejutan lain ni, sangkaku sambil tersenyum manis.


I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I

"Bangun la cepat. Gi mandi. Dah lambat ni nak gi kerja"

Terkebil-kebil mataku.
Mimpi rupanya.

Alahaiiiii....

09 December 2014

Cakap tak serupa bikin?

Jangan off last minit.
Dia sendiri buat.



Jangan inform perkara last minit.
Dia buat.


Jangan main game.
Dia surf internet.


Ada di ofis depan mata dia.
Dia tanya ponteng ke.


Jangan makan kat luar ofis.
Dia pergi dengan 3-4 orang kawan dia.


Jangan susahkan rakan sekerja.
Dia susahkan anak buah.


Apa ni?
Nasib la dapat bos macam ni.

















































18 November 2014

Arjunaku Wajdi


Lagu yang amat bermakna.
Dari seorang ibu kepada zuriatnya.

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata–
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz3JOKd5BnD