06 November 2012

PuiSi - PeLenGkaP HidUpKu~~




Sepetang di tempat kerja, tiba-tiba terjumpa puisi ni dalam email.
Jom layan puisi ni:

PELENGKAP HIDUP KU

Apabila melihat rumah ku besar tapi kosong
Apabila melihat dapurnya penuh tapi kering
Apabila melihat baju seragam ku megah tapi kotor.
Bukan besar yang ku pinta,
Bukan penuh yang ku mahu,
Bukan megah yang ku julang.

Tetapi ku pinta, mahu dan julang
Seorang sahabat tapi mesra,
Bagai penebat dengan bara,
Acuannya hebat tapi boleh membawa lara,
Di dalamnya halal di luarnya moral.

Sesungguhnya yang halal itu indah,
Kerana tidak semua indah itu halal,
Kerana sesungguhnya insan itu nisyan,
Tetapi tidak semua insan itu pelupa,
Aku masih ingat sempadan dan teladan.

Bumi tidak lengkap tanpa bulan.
Begitu juga dia untuk ku
Kasut tidak lengkap tanpa sarung kaki.
Begitu juga dia untuk ku
Jari tidak lengkap tanpa kuku
Begitu juga dia untuk ku
Ubatan tidak lengkap tanpa perskipsi
Begitu juga dia untuk ku
Perundangan tidak lengkap tanpa pematuhan
Begitu juga dia untuk ku.

Kehidupan ku sedar tidak lengkap.
Mungkinkah sangkaan atau pun tanggapan.
Yang pasti ku belum lengkap tanpa kehadiran dia.

Adakah ku telah menemui dia?

Bidadari ku.

-jazlan-
12-10-2008 @ 6.00ptg @ Taman Bakti,Johor Bahru.

Cuba tengok tarikh tu... 4 tahun lepas okey... 
Puisi dikarang oleh my sweetheart @ my encik Hubby , time tu tengah asyik masyuk bercinta...
Alhamdulillah, dah 4 tahun berlalu, kini dah setahun lebih pun kami bernikah...
Mengimbau kenangan di alam percintaan...ewah...hehe
Tersenyum sorang baca puisi ni...(>_<)