12 March 2014

Pengalaman Bersalin 3


Dyh ni kalau tengah rajin update blog, dalam sehari dapat la 2-3 entry. Kalau malas, dapat la satu entry untuk 2-3 bulan. Ok la tu, dari langsung takde kan...Suka hati la Dyh.. Sebab tu la tak ramai readers, ke sebab ramai silent readers ni...Eh.

Ok bersambung dengan pengalaman bersalin Dyh. Last entry Dyh dah selamat menjalani saringan, semua ok. Yang tak ok nya sebab kena masuk wad. Nak daftar masuk wad pun mengambil masa banyak jam. Jam dinding, jam tangan, jamban...ok melalut.

Plus minus 2 jam jugak la tunggu untuk masuk wad. Depan Dyh ada 4@5 ibu yang sarat untuk daftar masuk wad jugak. Ok, sila tunggu. Rasa lama sangat. Kesian mak abah kat tingkat bawah. Hanya mampu bermesej je dengan diorang. Suruh mak abah gi makan sebab time tu dah tengahari. Dyh dan Mr.J makan kongsi satu plate makanan hospital. TQ kepada staff HSA yang hantar makanan tu, walaupun tak masuk wad lagi, tapi tetap diberi lunch. Tu pun Mr. J yang makan beria. Dyh tak selera sebab rasa nervous nak masuk wad. Ko memang selalu nervous kan, Dyh. Apa je yang ko tak nervous, semua nervous, nak naik bas time sekolah dulu2 pun nervous, padahal setiap hari naik bas sekolah tu. Huhu... Nervousness, it's in my gene. Wuuu alasan. Tapi kan, Dyh tengok, ibu2 yang 4@5 orang yang depan Dyh pun tak makan sangat, suami masing2 yang perabihkan makanan tu. Tengok, ibu2 tu pun nervous la tu...#coverline sangat#

Dah selesai urusan daftar, nurse yang in-charge cakap, Dyh kena duduk dulu di wad second class, sebab first class penuh.. Ok, noted. Nurse tu pun tunjuk katil Dyh. Wad second class ni sangat happening sebab kawan ramai. Pandang kanan ada orang, pandang kiri ada orang, depan pun ada orang. Haaa, sesiapa yang penakut, wad second class memang sesuai sebab kita takkan keseorangan, ramai kawan senasib kat dalam tu. Sempat la Dyh sembang2 dengan diorang. Ada yang uri kat bawah, ada yang kena induce sebab ada darah tinggi, ada yang meninggal time bersalin, ada yang tinggal dah 3 bulan kat wad tu...huhu. Insaf & kecut perut dengar cerita2 diorang. Tak terasa masa berlalu kat situ, sedar2 dah petang. Rehat pun dapat sekejap2 je, sebab nanti ada doktor periksa, pastu nurse panggil untuk cek pergerakan baby, jantung baby, pastu nanti cek BP, pastu ada kawan ajak sembang. Busy tau...haha.

Di waktu itulah Dyh dapat perkhabaran sedih dari Mr. J bahawa Kak Min dan Abg Dan, Abg kepada Mr J.telah kehilangan puteri mereka yang baru berusia 2 hari. Mr. J dan mak Dyh menangis. Abah Dyh terkejut. Dyh hanya mampu terpaku dengan genangan air mata. 
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Time maghrib, baru la dapat tukar wad. Sempat salam2 dengan kawan2 yang baru kenal, wish them luck, sebab dah tak jumpa dah lepas tu, masing2 dengan hala tuju masing2. Ok, di wad baru, Dyh dapat sebilik untuk 2 orang pesakit. Tapi, masa Dyh masuk bilik tu, Dyh sorang je. Mesej Mr.J bagitau no. bilik semua, solat, pastu siap2 untuk tido. Belum lagi Dyh, belum masanya untuk rest. Nurse datang, cek BP, cek pergerakan baby, tanya baby gerak OK ke tak, macam2 lagi.

Kebetulan la malam tu, Dyh tergerak hati nak tanya nurse, macam mana nak tau baby gerak ok ke tak? Nurse terkejut. Jeng...jeng...jeng. Dyh pun terkejut...eh nape pulak dia terkejut...

Nurse:
Eh, takkan nurse di klinik tak ajar awak cara kira baby gerak. Penting tau kira. Kalau tak kira, baby jadi apa2, nyesal tak sudah sebab dah di akhir kehamilan ni...
#bebel-bebel#

Dyh:
Saya tak diajar pun.

Nurse:
La..nurse mana la yg tak ajar tu.. Nak kena ni... 
#sambil bebel-bebel#

Dyh:
#muka toya takde perasaan#
#nurse kat klinik yang lupa nak ajar aku#
#salah aku ke#
#redho je la#

Nurse:
Ok meh saya ajar...kalau baby gerak dan pusing sepenuhnya tu dikira satu gerakan. Kalau dia gerak sikit2, kira yang sikit2 tu sebagai satu gerakan... By 5 petang mesti cukup 10 kali....
#sambil nasihat2 Dyh#

Dyh pun bebel2 jugak dalam hati. Sampai hati nurse kat klinik tu lupa bagitau Dyh cara untuk kira. Dah la ni first baby, Dyh tak tahu apa2, dia boleh lupa plak... Pastu Dyh pun teringat, kan sepanjang pregnant, si ibu kena suntik imunisasi jugak kan. Boleh pulak imunisasi yang ke-2 nurse di klinik boleh lupa nak bagi, tu pun doktor yang perasan, kalau tak, tak suntik la gamaknya...huhu. Ni la yang dinamakan manusia, kan tak pernah lari dari kesilapan, tiada manusia yang sempurna. Ok la, mana yang Dyh boleh tolerate Dyh OK je.

Cuma kak Min, kakak ipar Dyh ada cakap baru2 ni kat Dyh, time dia pregnant dulu memang dia kena selalu update kiraan gerakan baby, kalau tak, memang kena marah. Sebab nurse kat tempat dia akan semak. Nurse kat tempat Dyh dahla tak ajar, semak pun tak kat jadual tu. Haih la. 

Malam tu Dyh diingatkan untuk tido awal sebab esoknya jam 5 pagi ada nurse akan datang untuk cek pergerakan baby sebelum di'induce' jam 7 pagi. Tido lena jugak walaupun menanti dengan penuh debaran. Tanda kelahiran belum ada.

~bersambung...