14 July 2014

Pengalaman Bersalin 4



Jam 2 pagi Dyh terkejut dari tidur. Rupanya nurse yang kejut.

Nurse:
Dik bangun...
#sambil tepuk2 Dyh#

Dyh:
#mata terkebil2 terpejam2#

Nurse:
Dik, awak ni staff KKM ke ?

Dyh:
Err, hmmm. ya kak...
#masih mamai2#

Nurse:
Ooo...kalau staff KKM, nanti ada bla...bla..bla...
#apa nurse tu cakap pun dah tak register sebab masih mamai#
#tapi maksud dia akan ada bos wakil KKM datang untuk lawat sebab Dyh staff KKM#

Dyh:
Hmm...

Nurse tu pun keluar. Dyh sambung tidur. Ngantuk kot. Nanti dah bersalin, dah tak dapat tidur lena, sebab ada baby...Eh. Haha, itu yang difikirkan. Dyh memang kuat tidur, time tidur la dapat rest sepuasnya.

Jam 4.30 pagi bangun, minum air masak, makan roti sikit, sebab nurse dah pesan suruh makan sebelum cek pergerakan baby. Pastu tidur balik... Kuat tido sangat ni.

Jam 5 pagi nurse panggil untuk CTG.. satu sesi 20 minit. Kalau hasil di graf tak cantik akan ulang bacaan dan ulang lagi sesi 20 minit tu. Pagi tu result memang tak cantik. Puas nurse goncang2 perut supaya baby gerak aktif. Goncang perut Dyh la, takkan perut nurse tu... ngehehe. Suruh Dyh bangun, duduk balik, mengiring kiri, mengiring kanan, haaa...dia gerak dah...sekejap je, pastu baby sambung tido, hmm, ni menurun dari sape la ni...kuat tido.

Sesi yang 20 minit jadi 1 jam 30 minit. Pukul 6.30 pagi, nurse dah give-up. Dia suruh Dyh balik. Ha? Balik rumah? Jgn berangan, sila balik bilik, Dyh yea...Minum milo panas2 sebelum ulang sesi 20 minit tu...Huhu. Sempat la mandi solat sebelum sesi lagi 20 minit tu. Time sebelum mandi tu nampak ada blood stain sikit kat panty. Patut la malam tadi ada rasa macam senggugut. Adakah itu mild contraction...???

Pukul 8 pagi nurse datang ulang CTG. Bacaan awal masih kurang baik, tapi lama2 makin ok. Alhamdulillah.

Pukul 10 pagi, doktor seluk. First time kena seluk. Dyh terlari2 sambil baring...faham kot kan. Doktor dan nurse pujuk2 buat slow2, ambil masa seminit dua jugak baru berjaya..Haha..drama sangat. Cek bukaan dah 1.5cm. So, dia masukkan ubat. Kena seluk lagi, adoiiiii.... dan suruh rehat atas katil sejam supaya ubat tu tak keluar balik. Lepas sejam dah boleh turun katil, jalan2. Doc suruh tunggu hingga 4 petang sebelum cek bukaan seterusnya.

Tengahari tu, mak, abah, dan Mr.J datang melawat. Sembang2, gelak2, makan2. Time tu ceria lagi. Bila habis waktu melawat, diorang pun balik dalam kul 2 petang. Dyh ambil kesempatan mandi dan solat. Pastu saje2 je jalan2 konon untuk cepatkan bersalin. Nah ambik, dalam kul 3 petang dah start sakit. Sakit yang takde sela, kalau sela pun dalam 5 saat je, pastu sakit balik. Adoiiii sakit sangat tau. Try baring tak selesa, bangun tak selesa, jalan tak ok, semua dah tak kena dah time ni... huhu. Call Mr.J tak dapat, call abah pun sama. Rupanya line telefon kat situ tak ok... Menahan la sakit sorang2, nak bagitau nurse takut. Huhu.

Dalam pukul 4.00 petang, doktor panggil untuk seluk. Bukaan baru 2 cm. Huhu. Sakit tu macam dah bukak besar tapi baru 2cm...Ya Allah sakitnya. So doktor suruh rest dalam bilik, jalan2 lagi untuk mudahkan lagi bersalin. Dyh tak mampu jalan dah, hanya duduk atas katil sambil tahan sakit.

4.30 petang, mak, abah, Mr.J datang melawat. Time ni Dyh tak mampu senyum dah. Mak abah tolong urut2 belakang, rasa lega jugak. TQ mak, abah. Tapi sekejap sangat. Sakit masih sangat. Haha, ayat pun dah tunggang terbalik. Mr.J tak tahu nak buat apa, sebab dia pun first experience.

Mr.J:
Dyh nak makan?
Dyh nak makan apa?
Nak abg suap?

Makan aje dia tanya...huhu. Dyh nak jawab pun dah tak mampu. Nak senyum pun dah tak boleh. Sambil Dyh tahan sakit tu sambil rasa nak terjeluak, nak termuntah. Last2, haaa ambik, muntah habis nasi beriani lunch tadi. Dah jadi kerja pulak abah nak kena lap muntah tu. Mak pulak basuh mulut Dyh. Rasa macam jadi budak balik, buat apa pun dah tak betul time tu. Mr.J terkedu. Mak suruh dia gi bagitau nurse. Nurse pun bagi baju baru kat Dyh. Baju pink hospital tu la...

Pastu nurse panggil untuk CTG lagi..Hadoi la, dah tak lalu Dyh nak baring time buat CTG tu, sebab kena tunggu 20 minit. Peristiwa pagi tadi berulang kembali..huhu. Bacaan tak ok, kena repeat banyak kali. Dari petang sampai 7.30 malam Dyh kat situ asyik repeat CTG. Bacaan tak ok maybe sebab Dyh yang tak boleh baring terlentang lama sebab dah terlalu sakit. Merayu2 Dyh kat nurse tu sebab rasa terlampau sakit.

Dyh:
Nurse....sakitttt...
Tolong la nurse....sakit...
Nurse...
Nurse...

Nurse:
Hish awak ni.. sebut la Allah...Allah.
Ni baru sakit sikit, belum sakit nak beranak lagi tau.

Dyh:
Saya sakit sangat ni...
Tolong la...saya nak mak saya..
Tolong la panggil mak saya

Tengok, manja ni. Orang lain suruh panggil husband, tapi Dyh nak mak...Haha. Tujuannya supaya mak dapat la urut belakang Dyh, lega la sikit rasa. Ni tak, dah la nurse tu tak tolong urut belakang, bebel lagi ada. Huhu.

Nurse:
Kenapa nak mak? Tak boleh, pesakit je boleh masuk bilik ni.
Awak org Perak ye? Sekolah mana? ...ooo, saya ada kawan kat sekolah tu...bla..bla..kenal tak si polan, si polan ni...?

#ya ampun, orang tengah sakit, dia tanya pasal sekolah pulak#
#Dyh jawab tak kenal je sebab kalau jawab kenal nanti banyak pulak soalannya, dah la tengah sakit yang amaat#

Dyh:
Sakittt nurse...
Tolong saya....huhu

Nurse:
Awak ni...
Awak minum air selusuh ke? Air selusuh tak boleh minum lagi, bila dah dalam labour room baru minum..Awak minum awal2, bukaan takde, sakit yang lebih..tu yang awak sakit sangat ni...Dah berapa botol awak minum...
#bebel2 pasal air selusuh#

Nanti saya panggil doktor.

bersambung...

























No comments:

Post a Comment