03 January 2017

Bekerja dengan Gembira~~~



Bekerja oh bekerja~~

Bekerja akan lebih gembira jika suasana tenang.
Bekerja akan lebih gembira jika diagih sama rata.
Bekerja akan lebih gembira jika anak di depan mata.
Bekerja akan lebih gembira jika separuh hari.
Bekerja akan lebih gembira jika bos memahami.
Bekerja akan lebih gembira jika lokasi dekat dengan rumah.

Bekerja akan lebih gembira jika, jika dan jika...

Blues di hari pertama bekerja di tahun 2017.
~3 Januari 2017~


Perkembangan Wajdi: 3 tahun 3 bulan~~



Yea, mami masih nak letak bulan di umur Wajdi.
Kalau ikutkan tahun, tahun 2017 ni 4 tahun.

Perkembangan Yop:
1. Anak manja Mami.
2. Sangat suka train.
3. Sayang adik tapi kerap buli adik.
4. Kena ada softskill untuk tackle, if not, terus tantrum.
5. Boleh baca ABC with song.
6. Suka tengok kartun train, Paw the Patrol, firetruck
7. Suka minum air masak.
8. Liat nak mandi dan basuh berak. Huhu, jenuh berpujuk.

Anak manja Mami, mmuah...!!
Kazim pun, mmuah...!!

Perkembangan Kazim: 9 bulan~~



Isma Kazim.
Dah 9 bulan anak mami lahir.

Alhamdulillah anak mami dah mula nak bertatih.
Antara perkembangan Kazim:
1. Boleh panggil Pah, Dddi, Bang, Mama
2. Bila tanya siapa Kazim, laju je dia angkat tangan.
3. Bila suruh tepuk tangan, cepat-cepat tepuk tangan.
4. Suka baca buku bergambar
5. Suka masuk barang dalam mulut.
6. Suka panjat tangga
7. Suka mimik orang, kalau angguk dia angguk, kalau geleng dia geleng
8. Dah pandai nak ikut kalau mami dadi nak keluar.
9. Kalau bangun tidur, dia akan cari yop, nak cium yop.
10. Excited kalau nampak ramai budak-budak.
11. Manja Opah atuk.

Tapi gigi tak tumbuh lagi.

Baru-baru ni demam on and off hampir 2 minggu, kemudian bersambung batuk on and off pun hampir 2 minggu. Ingatkan nak tumbuh gigi, rupanya tak. Tapi, Alhamdulillah dah sihat anak mami. Alhamdulillah.
Saayang Kazim anak Mami...!

Salahkah Aku~~



Salahkah aku.
Jika aku diam.
Jika aku menyendiri.
Jika aku sibuk menyiapkan kerja sendiri.

Salahkah aku.
Jika aku tak kacau orang lain.
Jika aku tak sibuk hal orang.
Jika aku memang pemalu.

Salahkah aku.
Jika aku tak aktif berwhatsapp.
Jika aku tak aktif bermedia sosial.
Jika aku simpan semua hal aku.

Salahkah aku.
Jika anakku kenyang minum susu lembu.
Jika anakku terjaga oleh penjaga di Taska.
Jika anakku menangis mahu ikut aku ke tempat kerja.

Salahkah aku.
Hidup dalam dunia penuh insan yang hasad.
Berjumpa dengan insan yang pandang harta.
Bergaul dengan insan yang tak pernah fikir rajuk hatiku.

Salahkah aku.
Jika aku penat untuk hadap insan hipokrit.
Jika aku lemas dalam dunia birokrasi.
Jika aku tak kuasa melawan penindasan orang atasan.

Mujur aku.
Mak abah.
Suami.
Anak-anak.
Mujur mereka penguat jati diriku,


Salahkah aku.
Noktah.