18 December 2014

Perkembangan Wajdi~~ 1 tahun 4 bulan


Kali ni nak share perkembangan anakanda Wajdi.

1. Dah pandai geleng-geleng kepala bila taknak sesuatu. Contohnya:
a) Mommy: Nak susu?
    Wajdi: Geleng2.
    (good)


b) Mommy: Salam mommy, cium mommy
    Wajdi: Geleng2
    (not good)


2. Dah jelas sebutan beberapa perkataan. Contohnya:
a) Mommy: (buka video kanak2 kat phone)
    Wajdi: Dah...dah...dah... (sambil goyang-goyang tangan sbb dah boring)


b) Wajdi: Car...car...(sambil tunjuk kereta...clever boy)
    Wajdi: Car...car... (sambil tunjuk motor..err)
    Wajdi: Car...car... (sambil tunjuk lori dan bas...what!?)


Hari lain
    Wajdi: Car...car... (sambil tunjuk penyidai baju)
    Daddy: Bukan, tu bukan car, tu  penyidai baju
    Wajdi: (merangkak ke arah penyidai baju)
                Car...car...(tunjuk ke arah roda di penyidai baju)


Hahahahahahahaha.
Rupanya dia refer CAR pada benda beRODA.
Hahahahahaha.


3. Guna perkataan sendiri. Contohnya:
a)Wajdi: Buutah...buutah...butah...(sambil tunjuk buku)
    *Butah = Buku


b) Wajdi: Aaamm...aaammm. (sambil masukkan jari dalam mulut)
     *Aamm = Makan


c) Wajdi: (minumVitagen) Dap...dap... (ok..sedap)
    Wajdi: (gigit remote TV) Dap...dap... (oh cayang, tu pun sedap ke..)


Seminggu lepas, kalau dia merajuk atau menangis, confirm akan baring sambil hentak-hentak muka ke lantai, risau Mommy. Nanti luka bibir ke, muka ke, baru tau.
Bila teacher taska cakap Wajdi suka hentak-hentak muka macam Adam, so... confirm dia ikut perangai Adam...huhu
Dyh memang larang habis-habisan. Seminggu jugak dia buat perangai tu.
This week, so far, tak nampak lagi dia hentak-hentak muka.






Kalau kita sebut BUUUM
Wajdi faham, lalu membaringkan diri.


Kalau kita sebut DUDUK
Wajdi duduk


Bila jemput dia di Taska, dah pandai hulur tangan nak salam teacher, tau nak balik.
Bila dah masuk kereta, mesti lambaikan tangan ke arah taska,
sambil bunyi Baaa...Baaa (Bye bye la tu)


Ok tu je nak share.
Baaaaa...





17 December 2014

Menjaga Hati

Jaga hati sama dengan menjaga perasaan.
Mesti ingat, manusia tetap manusia.
Yang ada perasaan, pentingkan diri, berat sebelah dan memilih.


Walau puas kita menjaga hati orang lain,
jangan pernah ada harapan untuk mendapat balasan serupa.
Kelak nanti kan terluka.


Walau puas kita wujudkan suasana mesra,
jangan pernah ada harapan untuk mendapat balasan serupa.
Terasing juga nanti.


Walau puas kita menolongnya,
jangan pernah ada harapan untuk mendapat balasan serupa.
Terkapai-kapai kita keseorangan menyudahkan kerja.


Walau puas kita memaniskan muka,
jangan pernah ada harapan untuk mendapat balasan serupa.
Dibalasnya senyuman palsu yang hambar.

Manusia oh manusia.

Ya Allah.
Kau datangkan padaku hamba Mu yang baik-baik saja.
Kau jauhkan aku dari hamba yang memesongkan.
Kau bimbing aku mendekati Mu ya Allah.
Agar aku tidak mengaharapkan balasan manusia.
Agar aku tidak sunyi lagi.
Agar aku tidak terasa hati.
Agar aku hanya mengingati Mu ya Allah.

15 December 2014

Indahnya hidup~

Its my birthday...~~~~
Bangun pagi, husband wish sambil mendakap erat diri ini.

Sampai di tempat kerja, kawan-kawan sekerja wish dengan excited sambil memberi senyuman yang terpaling manis.

Masa duduk di meja, ada sejambak bunga ros merah.
Wow! Husband hantar bunga ke ofis...Sooo romantic!

Waktu lunch, office mate ajak lunch kat luar. Lunch treat katanya.
Time makan, tiba-tiba waiter bawa birthday cake sambil kawan ofis nyanyi lagu birthday ramai-ramai.
Rasa indahnya hidup....

Balik dari tempat kerja, husband ajak bersiap-siap.
Rupanya dia nak bawa ke candle light dinner.
Makan-makan sambil sembang perkara yang ringan-ringan.
Tiba-tiba husband keluarkan sesuatu dari bawah meja.
Handbag COACH!! Thank you sayang..

"Dayah,......."
Dia melafazkan sesuatu, namun tak begitu jelas.
Ku menyuruhnya mengulangi semula perkatan yang tak jelas.

"Dayah, bangun"

"Apa bang?"

"Bangun"

"Bangun ke mana?" berdebar-debar, ke mana pulak dia nak bawak aku ni.
Ada kejutan lain ni, sangkaku sambil tersenyum manis.


I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I

"Bangun la cepat. Gi mandi. Dah lambat ni nak gi kerja"

Terkebil-kebil mataku.
Mimpi rupanya.

Alahaiiiii....

09 December 2014

Cakap tak serupa bikin?

Jangan off last minit.
Dia sendiri buat.



Jangan inform perkara last minit.
Dia buat.


Jangan main game.
Dia surf internet.


Ada di ofis depan mata dia.
Dia tanya ponteng ke.


Jangan makan kat luar ofis.
Dia pergi dengan 3-4 orang kawan dia.


Jangan susahkan rakan sekerja.
Dia susahkan anak buah.


Apa ni?
Nasib la dapat bos macam ni.

















































18 November 2014

Arjunaku Wajdi


Lagu yang amat bermakna.
Dari seorang ibu kepada zuriatnya.

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata–
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz3JOKd5BnD



23 August 2014

Selamat 'Kembali' Mangsa MH17~~

22 Ogos 2014 - Malaysia Berkabung.


Sebak.
Ya, perkataan yang sesuai utk menggambarkan Dyh setiap kali berita mengenai kepulangan mangsa MH 17 dipaparkan.

Meleleh air mata apabila melihat anak-anak mangsa MH 17 yang tidak berdosa, yang ditinggalkan ibu/ bapa ketika masih kecil.






Sabarlah sayang.
Ibu/ bapa kalian menanti di syurga abadi.
Aunty di sini hanya mampu mendoakan semoga kalian diberi kekuatan dalaman dan luaran untuk menghadapi hari yang mendatang.
Semoga kalian membesar menjadi bangsa yang berjaya dunia akhirat.

Ya Allah, Kau peliharalah anak-anak kecil ini, Ya Allah.
Ya Allah, Kau penuhkan jiwa mereka dengan kebahagian supaya dapat menutup kekosongan tiada beribu/ berayah.
Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui segala di langit dan di bumi.
Ya Allah...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Al-Fatihah.

Sumber: klik sini & sini

14 July 2014

Dugaan Pertama Wajdi: Pembedahan Plastik


Isma Wajdi bin Jazlan telah selamat menjalani pembedahan plastik mencantum sumbing di bibirnya.
Pembedahan berlangsung pada 2 April 2014 di HSA.
Warded pada 1 April 2014.
Mommy dan Daddy berkampung di HSA selama 8 hari untuk menjaga bayi kami yang sulung ni.

Pengalaman berkampung di hospital amatlah tak seronok sebab:
1. Tidur mommy di atas katil bayi Wajdi, manakala Daddy di atas kerusi malas.
2. Banyak kanak-kanak yang sakit, kesian.
3. Hanya mommy dan daddy yang melayan Wajdi. Atok Opah dan MamaDa hanya datang ketika waktu melawat. Opah kesiankan Daddy, jadi ganti Daddy satu malam di hospital.

Namun, keadaan menjadi seronok apabila:
1. Wajdi dibedah dan tidak sumbing lagi...yeah
2. Mommy Daddy bercuti 2 minggu dari pejabat.
3. Boleh jumpa atok opah setiap hari sebab atok opah datang dari kampung.

Sebelum dibedah, Wajdi perlu puasa beberapa jam. Semasa di dewan bedah, hanya mommy yang teman bawa Wajdi masuk. Wajdi menangis-nangis sepenuh hati. Mommy tahu dia lapar. Nurse menolong dengan suap gauze bersih dicelup air gula di bilik bedah. Huhu..Kesian anak mommy.

Kemudian Wajdi dibius. Wajdi perlahan-lahan tertidur di pangkuan mommy akibat ubat bius. Nurse suruh mommy kucup dahi anak mommy. Mommy kucup sepuas hati dahi anak mommy dengan perasaan yang sebak. Dalam hati mommy doa moga selamat semuanya. Mommy berlalu keluar dengan linangan air mata. Perasaan bercampur baur, sedih, sayu, teringat tangisan wajdi sebentar tadi, menguatkan lagi tangisan mommy.

Ya Allah, selamatkanlah bayiku Ya Allah. Permudahkanlah segalanya Ya Allah.

Di luar dewan bedah, daddy sedang menunggu. Mommy merapati dan duduk di sebelahnya. Daddy bertanya keadaan di dalam dewan bedah. Mommy mula bercerita, namun tak dapat dihabiskan. Hanya esakan dan air mata yang menceritakan segalanya.

Pembedahan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Terdengar suara memanggil dari dalam dewan bedah.

Waris Isma Wajdi bin Jazlan..

Mommy tersentak.

Yer....

Mommy bangun meluru ke dewan bedah. Daddy terpaksa menunggu di luar lagi.
Di dalam dewan bedah, mommy diiringi ke satu kawasan khas yang menempatkan pesakit-pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan. Mommy terus menerkam ke katil Wajdi.

Wajdi kelihatan amat lena. Bibir atas Wajdi berplaster. Mommy hanya duduk di birai katil Wajdi sambil mengharapkan Wajdi terjaga. Sesekali, mommy menjeling ke arah mesin yang memaparkan bacaan tekanan darah dan bacaan oksigen Wajdi. Bacaan normal, alhamdulillah.

Beberapa minit kemudian, Wajdi masih tidak sedar akibat kesan ubat bius. Mommy memerhati keadaan sekeliling. Seorang demi seorang pesakit tersedar. Setelah tersedar, mereka akan ditolak menggunakan kereta sorong ke dalam wad masing-masing diiringi waris yang menunggu.

Mommy kerling Wajdi, masih tidak sedar. Kemudian, doktor menyuruh mommy gerakkan Wajdi, bimbang kerana sudah terlalu lama tidur.

Mommy cuba gerakkan Wajdi. Tepuk bahu, geletek kaki, cubit pipi, namun masih lena. Mommy mula gelisah. Wajdi amat lena sehingga berdengkur, sayang. Mommy bergenang air mata, sambil cuba mengejutmu dari tidur yang lena. Setelah hampir 2 jam setengah, Wajdi masih tidak bangun. Doktor-doktor di situ cuba mengejutmu. Dan akhirnya, Wajdi sedar. Alhamdulillah. Mommy amat gembira sehingga tak putus-putus ucap syukur pada Allah.

Kamu anak yang kuat sayang. Jagamu dari kesan bius tadi, tanpa tangisan. Hanya sinar matamu yang memandang mommy. Ketika di dalam wad, Wajdi juga tidak banyak menangis. Hanya menangis kerana mahu hisap puting kosong sebelum tidur, tapi tak boleh sayang, hanya boleh menyusu dari botol bersudu sahaja. Itu pesan Dr. Moon.

Setelah 8 hari di dalam wad, Wajdi dibenarkan pulang ke rumah setelah jahitan dibuka. Dr. Moon pesan agar membeli Dermatix untuk disapu di kawasan luka jahitan untuk meminimumkan parut.

Mommy Daddy kembali bekerja setelah beberapa hari keluar wad. Atok Opah ambil alih menjaga Wajdi di rumah kerana Wajdi belum sesuai untuk diasuh oleh pengasuh lagi. TQ Opah dan Atok...


Katil bayi tempat Wajdi dan Mommy tidur selama 8 hari di HSA.


Stroller yang amat berjasa. Stroller diangkut ke dalam wad untuk dijadikan kereta Wajdi. Menjadi rutin Mommy Daddy bawa Wajdi dalam stroller untuk lawat kawasan dalam wad kanak-kanak, HSA. 


 Intan payung Mommy. Love you so much, sayang.


TQ Daddy, sanggup bersusah senang menjaga Wajdi .

Pengalaman Bersalin 8


Banyaknya episod, sampai 8 episod. Haha.
Boleh baca dan mengimbau kenangan di kemudian hari.

Time berpantang, baby Dyh breastfeed cuma 2 minggu sahaja. Frust memang frust, but life must go on. Reason, first, lack of milk. Second, due to cleft lip. Kesian baby Dyh.

Let's review susu tepung yang baby Dyh minum dari lahir hingga sekarang (9 bulan):

1. Enfalac (bertahan 2 minggu)
- Ada sejarahnya. Bila ingat2 balik, kesian sangat. Masa malam pertama balik ke rumah, baby takde susu. Boleh imagine? Takde. Langsung takde. Susu Dyh takde lagi, plus susu tepung tak beli. Syabas. Hari dah lewat malam, kedai semua tutup. So baby hanya disuap air zam-zam dan kurma sikit oleh Daddynya. Masa tu baby masih sopan. Haha. Nangis pun sopan je. Jadi, keesokan hari, Mr.J terus beli Enfalac. Hanya bertahan setin sahaja sebab mahal. Kedekutnya Daddy Wajdi. Haha.


2. Anmum (bertahan 1 minggu)
- Susu ni pemberian nurse di Klinik Kesihatan sebab baby berulang alik ke klinik untuk check up demam kuning. Sekotak kecil sebagai sampel. Habis sekotak tukar lagi. Masa ni mula naik bintik putih halus di muka baby. Mommy ingat hanya ruam biasa. Opah pun sama.


3. Bebelac (bertahan 2 minggu)
- Susu ni pun bertahan setin sahaja. Masa ni muka baby amat penuh dengan ruam yang merah dan berair. Mommy tak tahu apa puncanya. Tapi, rasa amat menyesal sbb tak sapu ubat dari awal. Huhu...



4. Nan Pro (bertahan 1 minggu)
- Susu ni tak habis pun setin sebab baby kembung dan angin pasang. Boleh dikatakan setiap malam nangis sebab kembung. Ok Daddy, next milk please.


5. Lactogen (bertahan 8 bulan hingga sekarang)
- Susu ni Dyh paling suka, sebab, first, baby ok tanpa alahan dan kembung. Second, tin susu ni besar berbanding susu lain. Third, murah la... Sampai sekarang masih bertahan. Tapi, maybe next month nak tukar susu lain. Sebab tgk Daddy ada beli jenama lain. Alasan, kesian Wajdi lama sangat dgn Lactogen, mesti boring... Masih tak dapat review sebab masih tak buka plastik lagi..



SUMBER: GOOGLE