13 August 2015

Perhaps, perhaps, perhaps


 Layan je lagu ni. Especially bila Siti Sarah yang nyanyi...


"Perhaps"


You won't admit you love me.
And so how am I ever to know?
You only tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.
A million times I ask you,
And then I ask you over again.
You only answer
Perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up,
We'll never get started.
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted.
So if you really love me,
Say yes.
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up,
We'll never get started.
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted.
So if you really love me,
Say yes.
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
Perhaps, perhaps, perhaps,
Perhaps, perhaps, perhaps,
Perhaps, perhaps, perhaps. 
 
Sumber: Google 

 

11 August 2015

Mommy nak Wajdi tahu


Mommy nak Wajdi tahu
Semua orang di dunia ni tak sayang Wajdi sepertimana Mommy sayangkan anak Mommy

Walaupun Mommy mungkin tak pandai pamerkan kasih sayang Mommy
Atau mungkin belum sepenuhnya dipamerkan

Mommy nak Wajdi tahu
Saat pertama Mommy tengok Wajdi
Saat itu juga Mommy dah jatuh hati
Wajah Wajdi terus terpahat di lubuk hati Mommy

Mommy nak Wajdi tahu
Marah Mommy pada Wajdi adalah untuk mengajar
Tiada sekelumit pun rasa benci padamu sayang
Moga kamu membesar menjadi insan berguna

Mommy nak Wajdi tahu
Awak zuriat pertama yang lahir dari rahim Mommy sayang
Kenangan manis yang Mommy takkan lupakan hingga akhir nafas Mommy
Moga menjadi teladan untuk adik-adik ye sayang

Mommy nak Wajdi tahu
Walau kita berpisah di dunia
Kasih sayang Mommy takkan hilang untukmu kesayangan Mommy
Mommy tetap ada dalam hati Wajdi selamanya




06 August 2015

Eh, saya puasa la...T_T



Sweet moment husband & wife.


Dyh dah siap nak ke tempat kerja.
Turun bawah ke dapur, keluarkan epal, basuh dan potong dengan niat sebagai snek kat tempat kerja.
Sambil potong sambil terkecur-kecur air liur.


Tiba-tiba Mr.J muncul dan menyibuk. T_T
Sambil buka peti ais, Mr. J cakap sorang-sorang.
"Harini nak bawak jambu la pergi ofis" sambil nak keluarkan jambu dari peti ais.


Dyh: Awak bukan puasa ke?
Mr.J: Eh, saya puasa la...(sambil masukkan semula jambu ke dalam fridge....jalan heret kaki)
Dyh: (Terus potong epal dengan muka tak bersalah)
Dalam hati...taktau nak gelak ke nak kesian. T_T

05 August 2015

Perkembangan Wajdi ~~ 1 tahun 10 bulan



Dah nak masuk usia 2 tahun anak Mommy.
Keletah memang dah pelbagai.
Lasak toksah cakap.
Terhantuk kepala banyak kali.
Terjatuh bangun semula pun selalu.


Baru-baru ni, terjatuh nangis beria.
Rupanya dahi berdarah. Atas sikit je dari mata.
Ya Allah, Allah pelihara.


Sebut Mommy & Daddy dah fasih.
Perkataan yang selalu disebut:


1. Mami (Mommy)
2. Dedi (Daddy)
3. Tu Tu; sambil tunjuk ibu jari ke mulut (Susu)
4. Baa..Baa (Nak tengok kartun Timmy Time kat phone)
5. Taatit (Sakit)
6. Maamam (Makan)
7. Atah (Atas)
8. Bawah (Bawah / Atas; masih keliru)
9. Birk (Bird)
10. Kkakkakk (Kakak)
11. Vaavii (Lori) err...

Dah boleh bina ayat dari 2 perkataan.

1. Nak Tu Tu
2. Nak Maamam

Tapi, kalau mommy sebut apa-apa ayat untuk ajar dia, dia ada usaha nak ikut sebut jugak.
Dah mula boleh tunjuk gambar yang sama (Banding dan beza).

Mula hafal jalan.
Kalau tengah dalam kereta, Daddy drive, dia akan tunjuk jalan yang dia nak pergi, kalau tak ikut, merengek-rengek dia.

Suka main lari-lari dan lompat-lompat.
Kalau dia tak puas hati, dah pandai pukul-pukul manja...tapi sakit wooo...

Boleh nyanyi sikit-sikit.
Kalau nyanyi lagu happy birthday, dia akan ikut rentak tapi hanya sebut Yuuuu (You)...
Lagu Twinkle-twinkle little star, hanya sebut Taarr (Star)
Lagu Allah Selamatkan Kamu, hanya sebut Mmmuu (Kamu)

Bila tanya; mana Mami?
Tuuu (sambil tunjuk Mommy)

Mana Dedi?
Tuuu (sambil tunjuk Dadddy)

Mana Wajdi?
Tuuu (sambil tunjuk dada dia)

Mana Opah?
Nerrr (mana)??? (sambil angkat kening tangan dua belah tanya mana la konon)

Paling obvious, kalau nak tidur, Wajdi akan pegang jari kelingking kiri Mommy dan guna untuk korek hidung dia. Biasa dia niii...

Pagi tadi Mommy dan Daddy hantar ke taska.
Dalam kereta Wajdi masih tidur dalam dakapan Mommy.
Tapi, bila sampai taska je, dia terjaga.
Menangis taknak teacher.
"Nak Car...nak car..."
Cian la pulak. Selalu ok je, tadi pulak nangis.
Takpe Wajdi, petang ni Mommy Daddy ambil yer.