06 October 2016

Keletah Kazim; 6 bulan~~~



Kazim sekarang dah masuk 6 bulan.
Kalau keluar berjalan, ramai tegur mata Dadik.
Mata cantik, bulu mata panjang.
Ok, rasanya tu gen Dedi, sebab bulu mata Dedi memang panjang kalah perempuan.
Yop pun selalu mengadu sakit mata, ingatkan kenapa la, rupanya bulu mata masuk dalam mata, almaklumlah, panjang bebenor.

Macam-macam keletah Kazim.
Tapi kan, paling ketara, Dadik Kazim ni, amat cengeng.
Dalam erti kata lain sikit-sikit nak nangis.
Pandai ekspresi perasaan.

Beza dengan Yop Jedi, dulu tak kuat nangis.
Takpe la, anak sulung memang kena kuat untuk lindung diri dan adik-adik kan.

Dadik ni selalu la dibuli Yop.
Kena luku kepala.
Kena lepuk dengan Yop.
Bites adik, Yop pun nak makan.
Berebut makan bubur nasi...hehe

Kalau Yop layan kasar si Dadik, dia ketawa mengekek.
Pantang Yop acan, Dadik gelak besar.
Suka sungguh nak main dengan Yop.

Kuat mencakar jugak si Dadik ni.
Calar hidung mami dicakarnya.

Boleh sebut sepatah dua kata.
Pppaah (Opah)
DDddi (Dedi)

Mami je belum disebut.
Sampai hatimu Dik.

Kalau tengok orang makan memang hobi.
Mata membulat je.
Kalau lalu meja makan, meliar matanya tengok makanan-makanan yang ada, hahaha...
Sambil mulut mengunyah macamkan ada makanan dalam mulut.

First solid food untuk Dadik adalah nestum, macam Yop, Bubur nasi pun ada bagi. Bites adalah kracker ubi kentang dan Milna. Anak-anak Mami dua-dua ada angin pasang, so, tak boleh makan makan makanan yang berangin. That is why Mami tak berani nak bagi buah dan sayur untuk awal-awal pengenalan pada makanan. Haritu bagi Dadik rasa pear sikit pun boleh kembung. Huhu.
Untunglah untuk ibu-ibu yang boleh bagi anak makan macam-macam buah dan sayur.

Mami doa agar kesemua anak Mami membesar dengan sihat dan kuat, menjadi khalifah yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Cemerlang di dunia dan akhirat. Serta disegani dan disenangi masyarakat sekeliling. Aamin..

Pengalaman Bersalin Anak Kedua ~Part 2~


bersambung semula dari Part 1.

Dah lepas guard, nak kena berjalan keluar ke tempat saringan, nasib dekat je.
Tapi malam tu (lebih kurang jam 2.00 pagi), hanya Mami je yang nak bersalin.
Ada nurse 2 orang sambut, terus suruh masuk ke dalam labour room (LR).
Dalam LR, sorang nurse tu seluk dan bukaan dah 6 cm.
Wow, lega rasa sebab bukaan melepasi 4 cm & boleh la stay di labour room untuk bersalin.
Kalau bukaan kurang 4 cm, maybe kena masuk wad dulu la kot, sebab tak boleh bersalin lagi.

So, nurse masukkan ubat untuk buang air besar, dan suruh Mami ke tandas untuk membuang.
Ubat tu betul berkesan, terus rasa nak membuang.
Selesai membuang, Mami masuk semula ke LR dan nurse lagi seorang terus pasang alat CTG kat perut untuk monitor.

Suasana dalam LR tu memang sejuk.
Ayat Quran memang sentiasa terpasang. Rasa damai je.
Ada beberapa bilik di situ.
Bilik Mami, katil betul-betul menghadap aircond.
Merasa la sakit sambil kesejukan, memang double sakit la jawabnya.
Mami betul-betul rasa sakit sampai nak teran.
Lebih kurang jam 3.00 pagi, Mami mengerang sakit lebih sikit hingga nurse cek bukaan.
Dah 9 cm, dah boleh teran katanya.
Nurse tanya nak panggil suami tak, of course nak.
Diorang cari kat luar takde. So Mami call.tak angkat.
Waktu tu taktau nak fikir apa dah sebab dah nak teran sangat.

Akhirnya Dedi pun muncul untuk jadi saksi Mami bersalin. Haha.
Mommy cuba teran, tak keluar, Ada la dalam 4-5 kali teran, baru baby keluar.
Di Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) berbeza dengan Hospital Sultanah Aminah (HSA) (Jedi dulu lahir di HSA).
Masa nak bersalin, di HSA, ramai orang kerumun mami, Dedi, ada nurse kiri kanan perut. Doktor untuk sambut, seorang nurse di sisi doktor dan beberapa doktor pelatih lain kot. Banyak betul saksi.
Masa nak bersalin, semua orang bersorak bagi semnagat.Nurse yang di kiri kanan perut pulak, tolong tolak perut ke bawah untuk bantu Mami teran,
Memang rasa dibantu 100%.

Tapi di PBBR, hanya ada 1 nurse untuk sambut, 1 nurse di sebelah nurse yang nak sambut tadi, & Dedi. Krik krik sangat. Pastu sorakan tak padu sangat. Masa baby keluar, mami masih rasa nak push, hingga nurse halang. Tak tau la kenapa masih ada rasa nak push tu.
Awalnya Mami hampir give up, tapi, alhamdulillah selamat lahirnya seorang baby boy yang diberi nama Isma Kazim bin Jazlan lebih kurang jam 3.30 pagi hari Jumaat 18 Mac 2016.Macam tak bertenaga je untuk mami nak push. Adakah sebab waktu tu dah jam 3 pagi, masing-masing mengantuk? Huh u.

Lepas lahir, baby diletakkan atas Mami sekejap, kemudian nurse cuci badan baby & pakaikan baju. Sementara itu, tugas Mami belum selesai. Jarum & benang sedia menanti. Tapi, sebelum dijahit, nurse terpaksa panggil doktor sebab pendarahan banyak. Mula-mula Mami cemas jugak, tapi alhamdulillah, darah mula kurang keluar.

Selepas selesai dijahit, Nurse hidangkan Milo panas & biskut kering. Sedap sangat rasa.
 Mami naik kerusi roda sambil pegang baby dan nurse sorong ke bilik. Bilik di PBBR sama seperti kuaters kerajaan. Satu rumah ada 3 bilik, so satu ibu satu bilik.
Mami dapat master bedroom (ada tandas dalam bilik).
Sampai je bilik, Mami terus bersihkan apa yang patut dengan dibantu Dedi.
Kemudian Dedi solat Subuh (sejadah disediakan).
Ada nurse masuk bilik suruh Dedi balik sebab bukan waktu melawat.
Dedi balik rumah setelah selesai sarapan (sarapan tu untuk Mami, tapi, orang pantang kan tak boleh makan macam-macam), habuan Dedi la jawabnya.

Sepatutnya Mami & Baby boleh keluar wad tengahari tu. Tapi nak menunggu doktor kanak-kanak periksa Kazim, lambat benor. So tengahari tu ada la mak abah, mak mertua, ayah mertua, & maksu serta sepupu Dedi datang melawat. Jedi pun ada datang nak tengok adiknya for the first time.

Suasana waktu tu, Jedi malu-malu, tapi dia tau tu adik dia. Bila tanya ni siapa, jawab dia "Adik Kajim". Hehe.

Sebelum waktu melawat, Kazim melalui pemeriksaan pendengaran. Dan Kazim gagal. (Mami tak risau sebab doktor tu kata baby kalau baru sangat lahir ada kemungkinan gagal sebab masih ada cecair dalam telinga baby tak dicuci habis). Tapi opah atuk risau sangat. Setiap pagi diorang buat bunyi untuk tengok respons Kazim pada bunyi, tapi Kazim takde respons. Hehe. Kecewa opah atuk tau. Tapi, seminggu lepas tu, pemeriksaan sekali lagi ke atas Kazim, Kazim lulus. Alhamdulillah.

Semasa waktu melawat, Nurse tanya baby dah berak? Mami jawab belum. Nurse pergi kat baby, terus cakap, baby berak. Haha. Maaf baby, Mami tak perasan. So, yeay, baby pun boleh ikut Mami balik.

Time Maghrib baru la doktor kanak-kanak sampai. Terus periksa semua. Dia refer Kazim pada Occupational Therapist sebab ada minor CTEV (kaki nampak bengkok sikit ke dalam). Pulak dah. Masa tu takde la sedih ke apa, sebab nurse cakap benda tu ramai baby dapat, so, kalau dah urut & pakai kasut khas nanti elok la kaki tu semula, InsyaAllah,

Lepas tu Mami kena seluk lagi. Tak suka la. Seluk tu menandakan Mami dah boleh discharged. Dan yang bestnya, Mami berani nak buang air kecil on the first day after deliver.

Terus call Dedi (masa tu tengah makan sate dengan family yang datang time melawat tadi) untuk ambil kami bawak balik. Yeay!

Kazim, Mami akan sentiasa doakan agar Kazim sentiasa sihat, ceria dan membesar menjadi anak yang baik, soleh dan berbudi bahasa kepada semua orang...
Belajar dengan Yop Jedi yea..