11 March 2014

Pengalaman Bersalin 1


Berdasarkan tajuk, memang ceritanya panjaaaaaang. Takpe, kita cerita one by one.

Pengalaman bersalinkan Wajdi memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Kenapa? Sebab first baby.. Excited, nervous, panic, happy, mixed feeling la katakan. Estimated Due Date (EDD) adalah 1 Oktober 2013. So, Dyh amat nervous bila dah dekat tarikh tu... Start bulan September (9 bulan), Dyh dah tak senang duduk. Setiap malam, akan warning Mr. J, 

Dyh:
Abg, get ready tau, bila2 masa je boleh sakit ni.... 

Saje takutkan dia, sebab mommy pun dah start takut. Huhu. Mr. J respond,

Mr. J:
Ok... 

Ha? Ok je? Dia takut ke tak ni? Relax je nampak... Mana aci Dyh sorang je takut. Huhu
But, one day, selepas beberapa hari perbualan di atas berlaku,

Mr. J:
Dyh, bila mak nak datang JB? Cepat suruh mak abah datang JB, bila2 masa je boleh bersalin ni kan...

Haha, baru nampak dia dah start nervous. Rupa-rupanya kawan sepejabat dia dah bersalin awal dari EDD. Tu yang dia gelabah tu. Ha... tau takut... hehe.

Ok. Dyh pun call la mak abah kat kampung minta datang JB kalau free, sbb lagi beberapa minggu nak dekat EDD, that means bila-bila masa boleh bersalin nih... Masalahnya pulak, mak abah tak dapat datang lagi. Alasannya, tengah tunggu gigi palsu... huahuahua... gigi palsu tak siap lagi... Iyolah mak, nak jumpa cucu baru mesti la Opah nak nampak cun, sebab tu beria tunggu gigi pelesu... hehe. Nasib baik la cucu dalam perut faham, dia delay nak keluar. 

Mak abah sampai JB malam sebelum EDD. Time jemput kat stesen bas, sengih je mak, almaklumlah, orang baru tumbuh dapat gigi... hehe. Hinggalah keesokan harinya, EDD, masih baby tak tunjuk tanda nak keluar. Haih la sayang, selesa ya duduk dalam tu...

Di hari EDD, Mr. J bawa Dyh ke Klinik Kesihatan (KK), bagitau nurse dah sampai EDD, tapi takde tanda. Jadi nurse pun bawa jumpa doktor. Doktor scan, dia kata baby semua ok... Dia bagi tempoh seminggu (7 Oktober 2013), kalau masih takde tanda, terus je ke Hospital untuk induce. Ok, doc...

Kami berdua pun balik rumah. Dyh memang dah minta cuti seminggu dari bos, so berehatlah di rumah. Oh, heaven... dapat rehat, memang heaven, takyah fikir masalah kerja... ngehehe... Melayan je la mak abah kat rumah.

Abah pun dah buat sebotol besar air selusuh. TQ Abah.. Dyh pun minum air selusuh beria sebab nak bagi mudah bersalin. Mak pun pesan suruh berjalan banyak, untuk percepatkan proses bersalin. Baik mak. 

Sampai la hari ke-6 terlebih due date, masih relax. Takde apa-apa tanda. Segala nasihat, petua, Dyh buat je, ikut je sebab dah tak sabar nak bersalin. Nampak tak? Dari rasa takut, terus rasa tak sabar nak bersalin sebab dah terlebih hari... Kawan-kawan yang EDD seangkatan pun dah selamat melahirkan, lagi la Dyh tak sabar kan. 

Malam 6 Oktober, hari ahad, Dyh mula emosi. Dyh nangis dalam bilik time Maghrib, tak tau kenapa. At the same time, baby kurang gerak hari tu, Dyh risau + sedih = nangis. Emosi yang tak dapat nak dijelaskan. Hiba rasa, tengok muka Mr. J, rasa sayu... Dalam hati macam2 persoalan timbul, kalau la ini malam terakhir Dyh, kesian Mr. J, kesian baby.. kalau la macam ni, kalau la macam tu... banyak sangat kalau nya... kalau, kalau... Kalau ko tido je boleh tak Dyh??? huhu.

~bersambung...














No comments:

Post a Comment