31 January 2013

Aku & Kolagen - Part 5 (PMC sebagai Masker)


           Untuk pengetahuan pembaca sekalian, selain untuk dimakan, PMC juga boleh dibuat mask. Bagaimana caranya? Akan diterangkan di bawah:

Cara memakai Mask menggunakan PMC:

1. Cuci muka 2-3 kali (supaya pori-pori muka terbuka luas).
2. Sapu rata gumpalan kolagen di seluruh muka (kolagen akan diserap melalui pori-pori yang terbuka luas).
3. Biarkan selama 15-30 minit atau semalaman sebelum dicuci.

* Elok diamalkan setiap hari setiap malam sebelum tidur.

~ Rancangan NONA di TV3 pernah membuat liputan mengenai PMC~

P/S: Setakat itu sahaja entri bersiri mengenai PMC. Jika ada info tambahan lain mengenai kolagen, Dyh akan kongsikan lagi bersama pembaca sekalian.




Aku & Kolagen - Part 4 (Pengambilan PMC)


Salam 1 Malaysia semua.

Part 4 kali ini akan Dyh kongsikan cara pengambilan PMC atau rumpai laut.

Cara Mengambil PMC:

Ambil 2 kali sehari, sekali waktu pagi, dan sekali lagi di waktu malam.
Banyakkan minum air kosong.

Waktu Pagi:
Selepas bangun tidur, semasa perut masih kosong:
          - Ambil 2-3 sudu besar PMC yang disejukkan di dalam peti sejuk, masuk ke dalam cawan.
          - Campurkan dengan air. Jika lalu, boleh makan kosong begitu sahaja dengan air. Namun, boleh bancuh dengan air berperisa, seeloknya air yang mengandungi Vitamin C (untuk kesan maksimum dan lebih cepat) seperti Ribena atau Oren Sunquick.
          - Biarkan perut kosong selama setengah jam setelah mengambil PMC, kemudian barulah sarapan.

~Googled~

Waktu Malam:
Sebelum tidur:
          - Ambil 2-3 sudu besar PMC. Bancuh seperti cara di atas.

Sukatan pengambilan PMC:
- Kanak-kanak 3 tahun ke atas: 1 kali sehari
   1 sudu kecil (pagi atau malam)

- Remaja: 2 kali sehari
   1 sudu besar (pagi dan malam)

- Dewasa & warga emas: 2 kali sehari
   2-3 sudu besar (pagi dan malam)

Perkara yang Dilarang:
Minuman yang bergas & mengandungi kafein seperti:
- Teh
- Nescafe
- Kopi
* Kafein menyerap dan buang Vitamin C, kolagen & glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

~Googled~

Kategori yang Dilarang Mengambil PMC:
- Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah
- Wanita yang baru bersalin, juga wanita yang baru menjalani Caesar
- Wanita mengandung (4 bulan ke bawah)

Sumber: Kak Filla, SINI


P/S: Part 5 akan menerangkan cara PMC digunakan sebagai masker.