23 August 2014

Selamat 'Kembali' Mangsa MH17~~

22 Ogos 2014 - Malaysia Berkabung.


Sebak.
Ya, perkataan yang sesuai utk menggambarkan Dyh setiap kali berita mengenai kepulangan mangsa MH 17 dipaparkan.

Meleleh air mata apabila melihat anak-anak mangsa MH 17 yang tidak berdosa, yang ditinggalkan ibu/ bapa ketika masih kecil.






Sabarlah sayang.
Ibu/ bapa kalian menanti di syurga abadi.
Aunty di sini hanya mampu mendoakan semoga kalian diberi kekuatan dalaman dan luaran untuk menghadapi hari yang mendatang.
Semoga kalian membesar menjadi bangsa yang berjaya dunia akhirat.

Ya Allah, Kau peliharalah anak-anak kecil ini, Ya Allah.
Ya Allah, Kau penuhkan jiwa mereka dengan kebahagian supaya dapat menutup kekosongan tiada beribu/ berayah.
Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui segala di langit dan di bumi.
Ya Allah...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Al-Fatihah.

Sumber: klik sini & sini