10 June 2012

MeMpeRkeNaLkAn...


2 April lalu, Dyh dan Hubby menerima berita gembira dari Abah Dyh ...
Rupanya Angah Dyh sudahpun bergelar Papa...

Ingat tak entry lepas, Dyh ada tunjuk gambar sanding Dyh kat Taiping...
Dalam gambar tu kan ada 2 pasang pengantin...
Yang sepasang pengantin tu Dyh dan Hubby...
Sepasang lagi Angah dan isterinya, Kak Zaza...
Angah ni, Abg Dyh, anak kedua dalam family...

Kitorang nikah beza seminggu je, tapi, rezeki Angah datang dulu untuk menimang cahaya mata...
Syukur, alhamdulillah...

Mereka ni dapat baby boy.
Jadinya, ni nephew Dyh yang kedua lah...
Sebelum ni dah ada seorang nephew, Muhammad Daniel Stephen, anak Yong, kakak Dyh...
Dan baby boy ni jugak adalah cucu Tok Din dan Opah Za yang ke-7...
Juga cucu yang kedua untuk Atok Mad dan Nenda Ana...

Hujung minggu tu jugak Dyh dan Hubby ke Rawang untuk melawat baby ni...
Namanya Zayn Zariff... mungkin hasil gabungan nama parents kot... Zaquan dan Zaza... maka jadi la Zayn Zariff...hehe... 
Kiranya ni family ZZ la ni ek...hehe

~Nyenyaknya Zariff tido...~
~Atok dan Opah datang dari 
Taiping nak tengok Zariff ye...~
~Shaya panash la Opah...huhu~
~Atok, tolong tutup mata shaya, 
shaya shilau la dengan cahaya...~
~Beshnya Opah lap peluh shaya...~
~Assalamualaikum, nama shaya Zayn Zariff...
Shomel tak shaya?~
~Cian shaya demam kuning, 
tu sebab Opah shaya jemur shaya
 bawah matahari pagi...~
~Bila Opah balik Taiping, 
mesti Zariff riiindu kat Opah nanti...~
~Ini kakak shepupu shaya, 
nama dia Najatul Shuhada Stephen... 
Dia pun shomel kan~
~Ini Pak Su shaya... Dia ingat dia shomel la tu~
~Tapi memang Pak Su shomel pun...hehe~
~Eh, ni shapa pulak ni~
~Ooo, Papa Mama shaya rupanya, 
patutla macam kenal je~
~Shaya shelalu main macam ni, 
cak, cak.!~
~Bila Zariff beshar sikit nanti, 
Papa Mama bawa shaya main 
kat playground macam kat 
belakang tu yer...hehe.~



ALaHaI...SuAmiKu...


Pertengahan bulan Mei haritu, Dyh dan Hubby berkunjung ke Klinik Kesihatan Larkin...
My encik Hubby mengadu yang gigi bongsunya sakit...
So, hari tu jumpalah kami dengan doktor gigi...

Selepas diperiksa, doktor rujuk Hubby ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk di X-ray giginya, kemudian diarahkan untuk kembali ke klinik tersebut semula selepas dapat hasil ujian X-ray...
Sebenarnya, gigi bongsu Hubby tumbuh separuh, dan berlubang kat situ, so, doktor tak dapat nak decide sebab gambaran keseluruhan gigi tak nampak...

Kami berdua pun bergegas  ke HSI...
Kat HSI, mujurlah masa menunggu tak lama... ada la dalam 15 minit tunggu, nama Hubby pun dipanggil masuk untuk X-ray...
Lepas dpt keputusan X-ray, kami bergegas ke Klinik Kesihatan Larkin, waktu tu dah pukul 11 pagi...
Klinik tutup pukul 12 tengahari, jadi ada 1 jam lagi untuk kejar masa... 
Kalau tak sempat, kena tunggu waktu petang la pulak untuk jumpa doktor tu...

Dalam perjalanan ke klinik, sempat lagi Dyh dan Hubby belek-belek filem X-ray tu...
Haha... Ni hasil X-ray tu:

~Jeng,jeng,jeng.... ni la rupanya gigi Hubbyku...
Cuba tengok betul-betul kat 
hujung kiri dan kanan gigi tu~
~Close up gigi bahagian kiri. 
Nampak tak, siap baring lagi gigi tu... 
Mentang-mentanglah gigi bongsu, 
ikut suka dia je nak tumbuh...Haha~
~Ni gigi bahagian kanan. Pun sama cara baringnya. 
Macam sehati sejiwa la pulak dia dengan
 gigi bongsu kiri kat atas tu kan....~

Kitorang dah dapat agak apa yang doktor kat klinik tu akan bagitau...
Maybe need an operation to remove both tooth...
Lagi sekali Hubby kena refer kat Hospital, bukan HSI, tapi, kat Hospital Sultanah Aminah (HSA) pulak sehari selepasnya....

Kat HSA, Dyh tak dapat ikut sebab kena masuk ofis, so sorang-sorang la Hubby ke sana...
Doktor kat HSA bagi option, sama ada nak operate atau tak nak operate (but with one condition, Hubby must take good care of his dental hygiene)....
My Hubby insisted to just go on with operation (sebenarnya Hubby dah lama ada problem ni, cumanya sebelum ni doktor suruh jaga kebersihan gigi je)...

Akhirnya, doktor tu bagi appointment date untuk operate sebelah gigi dulu.... kena datang HSA 4 Julai ni...
Sementara tarikh tu, doktor bagi ubat tahan sakit, C.Mefenamic Acid, dan 2 lagi antibiotik T.Metronidazole dan C.Amoxycillin... 
Sementara nak tunggu date tu, bertahan yer, Abg...