14 July 2014

Pengalaman Bersalin 5


Bersambung dari episod sebelum ini....

Nurse marah Dyh sebab minum air selusuh sebelum masuk ke Labour Room.

Huhu. Ye ke macam tu. Nape orang lain start minum air selusuh masa 9 bulan. Ramai je yang buat macam tu. Ni Dyh baru minum seminggu. Pastu Dyh teringat, mak Dyh ada bagi minum air akar patimah masa waktu melawat tengahari tadi, tu pun penyebabnya ke.. Huhu. Mak dapat dari besan dia. Besan dia pesan akar tu untuk Dyh. Takpe la, Dyh dah selamat minum pun. Baru2 ni ada terbaca kat internet, air akar patimah ni jangan minum, sebab boleh membahayakan ibu dan bayi yang dikandung. For more info, cuba google tentang ni.

Beberapa minit kemudian, doktor pun datang. Dia seluk lagi. Sakit lagi. Huhu. Bukaan dah 4 cm. Dah boleh masuk labour room. Doktor bantu pecahkan air ketuban Dyh. Nurse call labour room, tapi bilik penuh, ramai yang nak bersalin. Aduuuuh... Dyh tak tahan sangat ni..rasa nak teran terus je...huhu. Nurse cakap paling awal malam tu baru boleh tolak ke labour room. Sekarang baru time Maghrib, rasa lamaaaa lagi nak malam. Ya ampun... rasa tak mampu dah nak tunggu nak tahan sakit ni...huhu.

Syukur sangat 5 minit lepas tu, nurse cakap labour room dah ada bilik kosong. Alhamdulillah... Nurse pun tolak Dyh dengan wheelchair, ke bilik Dyh dulu. Dia suruh bukak selipar, panty, bra, minum air selusuh, makan apa2 yang ada. Sebab dia kata, selalunya anak pertama lambat nak bersalin, kena tunggu 6-12 jam dalm labour room. Dalam labour room tak boleh makan minum. Aduhai...dah la Dyh dah habis muntahkan nasi beriani lunch tadi. Sekarang mana ada selera nak makan apa2. Tu pun Mr.J pujuk dan suap makan kurma 2-3 biji, untuk tenaga katanya. TQ, sayang. Time ni mak abah dah turun ke ruang menunggu di luar labour room.

7.30 malam, dah siap minum makan semua, baru ditolak ke labour room. Time ni dah tak nampak orang sekeliling dah, sebab terlampau sakit. Masuk labour room, Mr.J kena tunggu luar sekejap. So, Mr.J sempat solat Maghrib. Diorang prepare bilik tu dulu, suruh Dyh baring, monitor CTG semua. Kemudian tinggalkan Dyh sorang2. Dyh rasa makin sakit sampai takde sela. Sakit berpanjangan... Sampai satu tahap, Dyh sakit sangat sampai terteran sendiri, bila teran, rasa air meleleh banyak dari Miss V, tak tau la tu air ketuban atau urine..Huhu. Banyak kali Dyh terteran, memang rasa lega... Tiba2 ada bunyi dari mesin kat sebelah Dyh, taktau la mesin apa, bunyi macam urgent. Dyh dah risau dah, adakah sebab Dyh terteran banyak kali tu, so effect mana2 bacaan di mesin tu...wallahualam.

Dalam keadaan macam tu, Dyh jadi risau tak tenteram. Terus terpanggil2 nurse atau doktor di luar bilik tu, kat situ memang tempat diorang berkumpul. Panggil mula2 perlahan, lama2 suara Dyh makin kuat, sebab seorang pun staff tak menyahut. Lama jugak Dyh terjerit2 panggil, baru la ada sorang nurse menyahut dari luar. Menyahut tapi tak masuk dalam bilik Dyh. Lama lepas tu baru dia masuk dengan muka annoying dia, tu pun sebab Dyh masih terpanggil2. Hadoi...nape la macam tu, kalau urgent case dia buat macam tu, memang terlambat lah nak bertindak...

Dia masuk, tengok2 kat mesin yang berbunyi2 tu, pastu dia panggil doktor. Doktor masuk dan seluk. Dah 9 cm tau... Baru lah kelam kabut diorang siapkan peralatan untuk sambut baby... Ha, tau pun cemas. Tadi time Dyh terpanggil2, korang relax sangat kan, ingat Dyh mengada2 la nak menjerit2 kan...huhu. Kiranya beza untuk bersalin dalam satu jam selepas masuk labour room. Dah prepare peralatan semua, doktor suruh Dyh teran.

Dyh cakap Dyh nak husband Dyh masuk dalam tu. Diorang ckp tengah panggil. Ok, by that time Mr.J pun muncul dengan bersemangatnya. Nampak benar semangat dia tu... Haha. Dia pergi dekat Dyh, sebelah tangan dia pegang tangan Dyh, sebelah tangan lagi pegang dahi Dyh. He was so supportive. Bila Dyh push dia pun push sekali, I can feel that! Haha. Amazingly, Dyh tak rasa sakit bila 9 cm tu. Maybe sebab ramai orang kerumun Dyh. Ada 1 orang doktor perempuan, nurse kat kiri kanan perut Dyh, dan beberapa orang lain lagi yg Dyh tak perasan sangat. Doktor pesan, bila sakit, push. Tapi Dyh tak rasa pulak sakit yang nak meneran tu, so Dyh just push bila dah rasa ready.

Mr.J memang sangat excited dan supportive. Eh. Tadi kan dah cerita. Hehe. Dyh time saat2 nak bersalin tu boleh rasa nak tergelak sebab dia.

Mr.J:
Ok, Dyh. Abg kira satu, dua, tiga, pastu kita push sama2 tau.
Satu, dua, tiga...arghhhhh
#hahaha...dia push sekali#

Nasib dia tak terBer atau terKench. Kata push sekali kan. haha. Bayangkan la, kan dia push sekali Dyh, sambil dia push dia genggam kuat tangan Dyh sambil tekan dahi Dyh ke bawah. Ni buli namanya...Hahaha. Ok, sekali tu je rasa nak tergelak.

Lepas tu Dyh dah rasa tak larat nak push. Diorang, doc, nurses, Mr.J semua bagi kata2 semangat yang tak putus2...

Push..push...sikit lagi...ha, nampak dah kepala baby...sikit lagi...come on...u can do it...yes, macam tu la... pandai pun... push lagi..push..push...

Datang sorang lagi doc, rasanya ni bos segala doc kat situ.Tiba2 Dyh rasa MissV digunting oleh doc boss tu...auch.... huhuhu, nape gunting saya doc... pastu dia very polite... dia lelaki...

ok puan, push...sikit lagi...sikit lagi...yeah, kepala dah keluar, lagi puan, push, push, push....

Nurse yang di kiri kanan perut Dyh tu, diorang tolak perut Dyh dalam usaha membantu keluarkan baby. Untuk push yang terakhir tu, memang Dyh amik nafas dalam2, pastu push secara kuat dan lama. Pastu rasa licin je baby keluar dari Miss V. Legaa...Fuhh...

Maka lahirlah seorang bayi berjantina lelaki, yang amat sihat dan sempurna bagi mommy dan daddy, walaupun beliau sumbing di bibir. Allahuakbar, kuasa Allah sayang, Allah menyapa kita dengan dugaan ini. Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas kurniaan Mu yang tidak terperi ini. Hamba Mu ini amat bersyukur, amat amat bersyukur.

Alhamdulillah, baby mommy, selamat datang ke dunia yang penuh dengan liku2 hidup yang penuh cabaran dan dugaan serta muslihat. Mommy Daddy akan cuba yang terbaik untuk mendidik kamu, sayang. Moga kamu menjadi anak yang soleh, mendengar kata, rajin solat, petah berkata2, bijak, serta berguna kepada sekalian alam. Semoga dikurniakan kesihatan yang terbaik sepanjang hayatmu sayang.

bersambung...















No comments:

Post a Comment