14 July 2014

Pengalaman Bersalin 7


Bersambung dari episod lepas, selepas keluar hospital, Dyh pulang ke rumah. Dalam perjalanan, singgah kedai peralatan kesihatan untuk membeli pelampung untuk lapik Dyh duduk semasa berpantang nanti. Sakit wooo duduk tanpa pelampung...

Dyh dijaga sepenuhnya oleh emak Dyh sepanjang berpantang. Set berpantang yang Dyh guna ialah Set Tanamera.

Salah satu item Tanamera ni ialah Cold Pressed Virgin Coconut Oil, boleh guna seawal 30 minggu kandungan. Sapu kat stretched mark dan MissV utk elak koyak semasa bersalin. Tapi Dyh tak amal sangat, so banyak stretch mark dan koyak of course.

Setiap pagi, mandi dengan air rebusan Herbal Bath Tanamera, sabun guna Brown Formulation Soap Tanamera. Cuci MissV pun guna Feminine Herbal Wash Tanamera atau air garam atau air dettol cair-cair, baru rasa nyaman.

Kemudian lepas mandi, sapu Firming Herbal Blend Paste Tanamera, kemudian berbekung guna Abdominal Wrap Tanamera. Rasa berangin dan kejap je perut dengan bekung tu.

Lepas siap semua, sembur wangi-wangian Lavender Floral Water Tanamera. Rasa wangi je... Boreh body scrub Dyh pakai selang 2-3 hari. Berkesan hilangkan daki seluruh badan.

Kemudian, sarapan. Emak bancuh horlicks panas makan dengan biskut kepala lutut. Sodap ooo... Lepas tu baru minum Herbal Tea Tanamera.

Tengahari pulak makan nasi panas plus ikan bilis goreng plus lada hitam sangai. Sayur sawi mesti ada. Kadang-kadang emak masak sayur lobak putih. Nyams...

Menu petang sama macam sarapan. Pun nyams...

Malam Dyh elak makan, konon nak diet. Emak marah sebab dia kata nanti badan masuk angin. Dyh degil jugak.. huhu.. gemuk sangat nih...so just minum horlicks jer... sampai naik muak.

Most of the menu, Dyh yang tentukan. Sebabnya, first, nak diet. Second, sebab taknak emak Dyh penat masak renyah2 utk Dyh, dahla kena jaga Dyh, jaga baby lagi, masak makan Mr.J lagi. Penat tu...


bersambung..

No comments:

Post a Comment