14 July 2014

Dugaan Pertama Wajdi: Pembedahan Plastik


Isma Wajdi bin Jazlan telah selamat menjalani pembedahan plastik mencantum sumbing di bibirnya.
Pembedahan berlangsung pada 2 April 2014 di HSA.
Warded pada 1 April 2014.
Mommy dan Daddy berkampung di HSA selama 8 hari untuk menjaga bayi kami yang sulung ni.

Pengalaman berkampung di hospital amatlah tak seronok sebab:
1. Tidur mommy di atas katil bayi Wajdi, manakala Daddy di atas kerusi malas.
2. Banyak kanak-kanak yang sakit, kesian.
3. Hanya mommy dan daddy yang melayan Wajdi. Atok Opah dan MamaDa hanya datang ketika waktu melawat. Opah kesiankan Daddy, jadi ganti Daddy satu malam di hospital.

Namun, keadaan menjadi seronok apabila:
1. Wajdi dibedah dan tidak sumbing lagi...yeah
2. Mommy Daddy bercuti 2 minggu dari pejabat.
3. Boleh jumpa atok opah setiap hari sebab atok opah datang dari kampung.

Sebelum dibedah, Wajdi perlu puasa beberapa jam. Semasa di dewan bedah, hanya mommy yang teman bawa Wajdi masuk. Wajdi menangis-nangis sepenuh hati. Mommy tahu dia lapar. Nurse menolong dengan suap gauze bersih dicelup air gula di bilik bedah. Huhu..Kesian anak mommy.

Kemudian Wajdi dibius. Wajdi perlahan-lahan tertidur di pangkuan mommy akibat ubat bius. Nurse suruh mommy kucup dahi anak mommy. Mommy kucup sepuas hati dahi anak mommy dengan perasaan yang sebak. Dalam hati mommy doa moga selamat semuanya. Mommy berlalu keluar dengan linangan air mata. Perasaan bercampur baur, sedih, sayu, teringat tangisan wajdi sebentar tadi, menguatkan lagi tangisan mommy.

Ya Allah, selamatkanlah bayiku Ya Allah. Permudahkanlah segalanya Ya Allah.

Di luar dewan bedah, daddy sedang menunggu. Mommy merapati dan duduk di sebelahnya. Daddy bertanya keadaan di dalam dewan bedah. Mommy mula bercerita, namun tak dapat dihabiskan. Hanya esakan dan air mata yang menceritakan segalanya.

Pembedahan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Terdengar suara memanggil dari dalam dewan bedah.

Waris Isma Wajdi bin Jazlan..

Mommy tersentak.

Yer....

Mommy bangun meluru ke dewan bedah. Daddy terpaksa menunggu di luar lagi.
Di dalam dewan bedah, mommy diiringi ke satu kawasan khas yang menempatkan pesakit-pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan. Mommy terus menerkam ke katil Wajdi.

Wajdi kelihatan amat lena. Bibir atas Wajdi berplaster. Mommy hanya duduk di birai katil Wajdi sambil mengharapkan Wajdi terjaga. Sesekali, mommy menjeling ke arah mesin yang memaparkan bacaan tekanan darah dan bacaan oksigen Wajdi. Bacaan normal, alhamdulillah.

Beberapa minit kemudian, Wajdi masih tidak sedar akibat kesan ubat bius. Mommy memerhati keadaan sekeliling. Seorang demi seorang pesakit tersedar. Setelah tersedar, mereka akan ditolak menggunakan kereta sorong ke dalam wad masing-masing diiringi waris yang menunggu.

Mommy kerling Wajdi, masih tidak sedar. Kemudian, doktor menyuruh mommy gerakkan Wajdi, bimbang kerana sudah terlalu lama tidur.

Mommy cuba gerakkan Wajdi. Tepuk bahu, geletek kaki, cubit pipi, namun masih lena. Mommy mula gelisah. Wajdi amat lena sehingga berdengkur, sayang. Mommy bergenang air mata, sambil cuba mengejutmu dari tidur yang lena. Setelah hampir 2 jam setengah, Wajdi masih tidak bangun. Doktor-doktor di situ cuba mengejutmu. Dan akhirnya, Wajdi sedar. Alhamdulillah. Mommy amat gembira sehingga tak putus-putus ucap syukur pada Allah.

Kamu anak yang kuat sayang. Jagamu dari kesan bius tadi, tanpa tangisan. Hanya sinar matamu yang memandang mommy. Ketika di dalam wad, Wajdi juga tidak banyak menangis. Hanya menangis kerana mahu hisap puting kosong sebelum tidur, tapi tak boleh sayang, hanya boleh menyusu dari botol bersudu sahaja. Itu pesan Dr. Moon.

Setelah 8 hari di dalam wad, Wajdi dibenarkan pulang ke rumah setelah jahitan dibuka. Dr. Moon pesan agar membeli Dermatix untuk disapu di kawasan luka jahitan untuk meminimumkan parut.

Mommy Daddy kembali bekerja setelah beberapa hari keluar wad. Atok Opah ambil alih menjaga Wajdi di rumah kerana Wajdi belum sesuai untuk diasuh oleh pengasuh lagi. TQ Opah dan Atok...


Katil bayi tempat Wajdi dan Mommy tidur selama 8 hari di HSA.


Stroller yang amat berjasa. Stroller diangkut ke dalam wad untuk dijadikan kereta Wajdi. Menjadi rutin Mommy Daddy bawa Wajdi dalam stroller untuk lawat kawasan dalam wad kanak-kanak, HSA. 


 Intan payung Mommy. Love you so much, sayang.


TQ Daddy, sanggup bersusah senang menjaga Wajdi .

No comments:

Post a Comment