03 September 2013

Kisah Mak Buyong ~ 36 Minggu




Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar, usia kandungan Dyh dah memasuki 36 minggu...

Perasaan bila dah masuk minggu-minggu genting ni susah nak digambarkan.
Kadang-kadang rasa happy sgt nak timang org baru...
Kadang rasa berdebar-debar...
Takut tu jangan cerita la...

Emosi mak buyong pun berombak-ombak...
Sekejap happy sangaaat...
Sekejap marah sangaaaat...
Sekejap sedih sangaaaat...

Kalau sedih sangaaat tu, time makan nasi pun boleh menitis-nitis air mata...
*takmakanlapar*
*hatisedihjugak*
Tu yang sambil makan, sambil menangis, kat kedai mamak pulak tu...huhu...
Sabo je la en. Suami melayan...huahuahua....

Dyh bnyk refer pada blog mommy-mommy utk buat persediaan...
Selain tu mak dan mertua pun bnyk bg nasihat...

Baby pun aktif bergerak dlm perut ni ha...
Bila Baby jarang gerak, risau jugak...
Tapi tak lama, lepas tu Baby buat stunt balik...hehe...

Paling obvious Dyh perasan, Baby ni tak mesra daddy la...

Yang kelakarnya, bila Baby tengah sesedap rasa stunt dlm perut ni,
tiba-tiba dia boleh stop stunt, sebab en. Suami ajak main sama...
haha...sentap daddy tau, Baby...

Kalau en. Suami panggil nama Baby pun, Baby akan stop gerak walaupun time tu Baby tgh gerak-gerak...
haha...sentap lagi...cian en. Suami...

Barang persediaan menyambut org baru pun sikit-sikit dah ready...
Beg hospital Baby dan mommy pun dah siap, cuma tunggu nak angkut masuk kereta je...

Satu je yg tak settle lg.
Kitorang tak survey lg mana dewan bersalin kat HSA...
Plan nak bersalin kat HSA sbb dekat dgn rumah...
Takpe, weekend ni la gi survey...
Harapnya sempat la nak gi survey sebelum bersalin...


Pic googled
Baby ambil tempat yg betul yer baby... 
Nanti senang mommy nak lahirkan Baby k....

"La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"



02 September 2013

Gemuk...~

Ada sesiapa yang pernah, sedang atau akan dilabelkan gemuk..?
Sila mengaku dalam hati...huhu...

Kenapa eh sesetengah orang suka sangat nak mengomen tentang sifat fizikal seseorang?

"Dyh... sepanjang mengandung ni dah naik berapa kilo?..."
*sambilpandangperutdanpunggungyanggemukitu*

"Dyh... dulu masa mula-mula kahwin, nampak manis je... sekarang...laaaagi manis..."
*cakapjeladahgemuk*

"Eh eh... ni mana satu adik mana satu kakak ni..."
*senyummatakeatas*

"Dyh...makin sihat eh..."
*sihatsangaaaaat*

Senyum je la...dalam hati nanges...huhu...

Please la...tolong la....
Kalau nak bermanis mulut dgn org, jangan la terlalu jujur...
Konon open la...speak your mind la...

Jaga la sikit perasaan org yang mendengar tu...
Dah la Dyh ni jenis awkward dgn org yg tak biasa...
pastu bila sembang, asyik la dok ulang pasal gemuk..gemuk... lagi la rasa down kan...

Gemuk ke kurus ke...kan ke manusia jugak...
Ada hati jugak...
Siapa yang nak jadi gemuk kan....
Ada ke org yg sesaje nak gemuk?

Kalau org yg dok mengata tu dia sendiri tiba2 gemuk...baru dia rasa....
betapa 'struggle'nya nak kurus balik....

Lebih menyakitkan hati kalau org yg mengata tu dia sendiri pun gemuk...
Cakap kat org lebih, tapi sedar tak dia sendiri pun macam tu..huhu...

Dyh tak faham la dgn org yg mcm ni...
Apa yg dia dpt dgn mengata org walaupun secara depan org tu?

Dyh pun bukannya pandai jaga hati org, tp, sebolehnya taknak la ckp ttg kelemahan org tu time bersembang dgn dia...
Tp, lain org lain mulut kan...

  Ni satu lg 'peel' org...huhu
Sabo je la...









31 January 2013

Aku & Kolagen - Part 5 (PMC sebagai Masker)


           Untuk pengetahuan pembaca sekalian, selain untuk dimakan, PMC juga boleh dibuat mask. Bagaimana caranya? Akan diterangkan di bawah:

Cara memakai Mask menggunakan PMC:

1. Cuci muka 2-3 kali (supaya pori-pori muka terbuka luas).
2. Sapu rata gumpalan kolagen di seluruh muka (kolagen akan diserap melalui pori-pori yang terbuka luas).
3. Biarkan selama 15-30 minit atau semalaman sebelum dicuci.

* Elok diamalkan setiap hari setiap malam sebelum tidur.

~ Rancangan NONA di TV3 pernah membuat liputan mengenai PMC~

P/S: Setakat itu sahaja entri bersiri mengenai PMC. Jika ada info tambahan lain mengenai kolagen, Dyh akan kongsikan lagi bersama pembaca sekalian.




Aku & Kolagen - Part 4 (Pengambilan PMC)


Salam 1 Malaysia semua.

Part 4 kali ini akan Dyh kongsikan cara pengambilan PMC atau rumpai laut.

Cara Mengambil PMC:

Ambil 2 kali sehari, sekali waktu pagi, dan sekali lagi di waktu malam.
Banyakkan minum air kosong.

Waktu Pagi:
Selepas bangun tidur, semasa perut masih kosong:
          - Ambil 2-3 sudu besar PMC yang disejukkan di dalam peti sejuk, masuk ke dalam cawan.
          - Campurkan dengan air. Jika lalu, boleh makan kosong begitu sahaja dengan air. Namun, boleh bancuh dengan air berperisa, seeloknya air yang mengandungi Vitamin C (untuk kesan maksimum dan lebih cepat) seperti Ribena atau Oren Sunquick.
          - Biarkan perut kosong selama setengah jam setelah mengambil PMC, kemudian barulah sarapan.

~Googled~

Waktu Malam:
Sebelum tidur:
          - Ambil 2-3 sudu besar PMC. Bancuh seperti cara di atas.

Sukatan pengambilan PMC:
- Kanak-kanak 3 tahun ke atas: 1 kali sehari
   1 sudu kecil (pagi atau malam)

- Remaja: 2 kali sehari
   1 sudu besar (pagi dan malam)

- Dewasa & warga emas: 2 kali sehari
   2-3 sudu besar (pagi dan malam)

Perkara yang Dilarang:
Minuman yang bergas & mengandungi kafein seperti:
- Teh
- Nescafe
- Kopi
* Kafein menyerap dan buang Vitamin C, kolagen & glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

~Googled~

Kategori yang Dilarang Mengambil PMC:
- Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah
- Wanita yang baru bersalin, juga wanita yang baru menjalani Caesar
- Wanita mengandung (4 bulan ke bawah)

Sumber: Kak Filla, SINI


P/S: Part 5 akan menerangkan cara PMC digunakan sebagai masker.







29 January 2013

Aku & Kolagen - Part 3 (Penyediaan PMC)


Bahagian ke-3 Aku & Kolagen akan Dyh terangkan cara~cara untuk memproses PMC dari keadaan mentah hingga ke bentuk agar~agar untuk dimakan & dibuat 'mask' muka.

Langkah 1:
           PMC mentah perlu di BASUH dan di RAMAS sebanyak 5-6 kali seperti basuh beras (untuk hilangkan bau hanyir).




Langkah 2:
          Setelah dibasuh, RENDAM PMC di dalam air (seeloknya gunakan air yang ditapis seperti Rx Water, BioAura dll. Sebab air itu nanti akan diserap ke dalam PMC. Kalau tiada, guna air yang telah dimasak. Masa mula-mula nak proses dulu, Dyh guna air paip je sebab tak tahu, huhu) semalaman (antara 4-6 jam).




PMC yang telah direndam akan mengembang seperti di dalam gambar di bawah.



          Air hasil daripada rendaman PMC tersebut jangan dibuang, simpan dalam botol dan di dalam peti ais. Awas, air tu bukan untuk diminum tetapi boleh digunakan untuk rendaman kaki (boleh mengurangkan tumit merekah) atau untuk disapukan ke kulit kepala (untuk rambut kelihatan sihat bersinar).


Langkah 3:
          PMC yang telah kembang tersebut seterusnya di REBUS di dalam periuk menggunakan api yang sederhana perlahan selama 30-45 minit. 100 gm PMC memerlukan 2.5 liter air (rumpai laut putih kuning) @ 2 liter (rumpai laut purple) untuk direbus. Air yang digunakan juga seeloknya air yang ditapis atau air masak. Kacau sehingga PMC hancur. Boleh juga campur dengan gula batu (bersifat ubat), tetapi, kalau hasil tapisan nak dibuat masker, jangan campur dengan bendasing lain.


Langkah 4:

          Biarkan PMC yang telah hancur menjadi sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan simpan di PETI SEJUK. Ia akan kelihatan seperti agar-agar.


          Oh ya, sebelum PMC dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai, TAPIS hasil rebusan PMC terlebih dahulu. Hasil tapisan tersebut diasingkan ke dalam bekas yang berlainan. Ya, inilah MASKER kita


Siap akhirnya...!!!
Sumber: Googled, SINI



P/S: Part 4 akan menerangkan cara PMC diambil/dimakan.


10 January 2013

Aku & Kolagen - Part 2 (Pengenalan PMC)


Bersambung dari Part 1.

          Sesi kali ini, Dyh nak kongsi dengan readers, info mengenai Pure Marine Collagen, untuk mengurangkan pembaziran air liur, sebut je PMC.


PMC ni ada banyak nama @ panggilan, antaranya:

- Ibu Kolagen
- Rumpai Laut (seaweed)
- Sea Bird Nest @ Sarang Burung Laut (masyarakat Cina lebih kenal PMC melalui nama ni).

Rumpai laut  Gred A adalah dari spesies:

- Euchema Cottonii @
- Euchema Kappayachus Alvarezi

          Rumpai laut jenis ini mempunyai jumlah kepekatan kolagen yang tinggi & dikenali sebagai Pure Marine Collagen.



~Googled~ Rumpai Laut yang baru dituai~

          Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

Kandungan dalam Rumpai Laut:


KOLAGEN 

10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 

37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 

550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 

40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 

21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 

2326 kali lebih banyak dari ikan.


          Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. 


          Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, dan A.


          Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

Sangat disarankan pengambilan untuk:

- Kulit bermasalah
   (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)

- Luka kemalangan/pembedahan 

   (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)

- Warga emas, sakit terlantar/uzur 

   (untuk memulihkan tenaga)

Kesan pengambilan kolagen asli:


-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


Sumber: SINI


          Menarik dan banyak khasiat PMC ni kan? First time Dyh baca, terus rasa nak cuba PMC ni. Manalah tau boleh dapat kulit yang halus, licin, dan gebu. Tak cuba tak tahu kan? 



P/S: Part 3 akan menerangkan cara penyediaan PMC.













Aku & Kolagen - Part 1 (Pendahuluan)


Hai Readers~~

          Dyh selama ni memang tercari~cari produk kolagen yang sesuai dan harganya berpatutan untuk diambil. Ada beberapa produk yang di'google' dan ada yang di'recommend' oleh kawan~kawan.

          Tujuan asal survey kolagen adalah untuk kecantikan kulitlah kan. Muka Dyh memang bermasalah dari zaman remaja lagi. Berjerawat, berminyak dan berparut. Masalah tu masih ada hingga sekarang. Resdung menjadi punca asal.

          Maka, rutin ke spa untuk rawatan resdung memang diamalkan sejak zaman universiti lagi bersama kakak tersayang, adalah sekali~sekala. Terutamanya, apabila muka terasa gatal~gatal, so, itu adalah isyarat supaya buat rawatan muka. Eh? Ye ke macam tu.

          Encik suami suruh je Dyh minum Vitagen plus Kolagen yang memang dijual di pasaran. Ok, tak nak derhaka, I ikut je. Hehe.

~Googled~

          Cuma, suatu hari, Dyh terbaca blog Misz Ella, tentang pengambilan PMC atau Pure Marine Collagen. Dia bercerita secara detail tentang PMC ni. Muka Misz Ella pun nampak haluuuus je, muluuuus je, sesuai la dengan nama blog beliau, Dari Jari-Jari Halusku. Maka, Dyh pun jatuh cinta. Bukan pada Misz Ella, tapi, pada PMC.

          Bermula dari situ, Dyh buatlah sedikit kajian tentang PMC ni. Google, buka blog~blog yang berkaitan, buka FB yang ada menjual PMC ni, dan lain~lain. Gigih tak? Huhu.

~Googled~ PMC mentah yang telah dikeringkan~

          Antara blog yang Dyh buat rujukan ialah blog ni, My Life ~ My Destiny. Dyh buat kompilasi berkaitan PMC, melalui blog beliau.

          Kemudian, bermulalah sesi 'online shopping'. Mulanya, Dyh nak beli melalui Misz Ella je, tapi, tiba~tiba ada idea untuk membeli dari penjual di sekitar JB je. Cepat sikit dapat barang yang dimahukan. Google punya google, maka jumpalah beberapa pengedar yang berkaitan.

          Finally, Dyh decide nak shopping di FB ni, Tunn Saila. 1 pek Kolagen Kuning Gred AA, 100gm hanya RM 20. Murahkan...?

          Maka bermulalah rutin baru Dyh sebagai pengguna PMC. Kini, hampir 3 minggu Dyh 'consume' PMC ni. Ada beberapa perubahan ketara yang muncul:

1) Penghadaman lancar -
          Rutin Dyh ke toilet sudah berubah, sebelum ambil PMC, jarang ke 'toilet'. Selepas ambil PMC, setiap hari mesti ke 'toilet'. Faham ye maksud Dyh, ke 'toilet' untuk melepaskan hajat yang terpendam, bukan saje~saje melawat. Huhu.

 ~Googled~

2) Penyingkiran toksin -
          Selepas ambil PMC, muka Dyh mengeluarkan banyak jerawat yang 'hidup'. 'Hidup' di sini maksudnya mengandungi nanah dan akan meletup~letup bila dipicit. Huhu. Normalnya, jerawat Dyh sebelum ni, tak 'hidup'. Mula-mula, terasa agak 'down' sebab jerawat keluar banyak, dan terfikir mungkin PMC tidak sesuai untuk Dyh. Tapi, ada pengedar PMC beritahu, salah satu 'effect' PMC ialah, menyingkirkan toksin dari badan, antaranya melalui jerawat. So, Dyh teruskan juga ambil PMC. Jerawat makin nak mengering sekarang, tungggulah beberapa minggu nanti, kita lihat apa keputusannya.

3) Muka tampak licin -
          Ok, 'effect' ni tak terjadi pada Dyh, tapi, ketara pada suami Dyh. Setiap kali Dyh ambil PMC, Dyh akan pastikan encik suami juga mengambilnya. Bila Dyh pakai 'mask' PMC, Dyh akan suruh dia 'tepek' juga di muka dia. Hehe. Kesannya, tak mengecewakan. Semasa di kampung, kakak Dyh tegur muka suami Dyh, nampak licin dan lain, parut tetap ada, tapi, kelicinan tekstur muka tu dah nampak lain. Wahh, ini sudah bagus. So, sekarang ni, suami Dyh pula yang beria nak ambil PMC. Amboi, Abg...~~


P/S: Part 1- Aku & Kolagen: Sesi pendahuluan. Part 2 akan bercerita lebih lanjut mengenai PMC.









09 January 2013

Lagu - Pelengkap Hidupku~~



Dear Readers~~

          Masih ingat dengan puisi "Pelengkap Hidupku" karya suami Dyh? Hehe. Kalau tak ingat, sila klik SINI.

          Kali ni, Dyh nak share lagu yang berkongsi tajuk dengan puisi tersebut. Lagu dendangan Eren ft. Romi. Rasanya mereka ni penyanyi dari negara jiran, Indonesia.

          Dyh suka dengar dan hayati lirik lagu ni. Liriknya amat sampai pada telinga yang mendengar.




Lirik Lagu Pelengkap Hidupku
Eren ft. Romi

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarangAku bagai bintang yang tak ditemani malamMelihat dirimu ada senyum canda dan tawaYang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadakuTeringat aku teringatTeringat saat kau masih ada di siniTemaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah akuBila ku di sampingmu peluk tubuhkuBila kau rindu aku panggil namakuKu datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskanTetaplah kau di sini arungi malamKarena hanya dirimu belahan jiwaPelengkapku di dunia


P/S: Walau macam mana kurangnya pasangan kita, namun jika direnung dalam~dalam, kita sebenarnya kekurangan tanpa mereka. Belajar menghargai~~ 

Entri Pertama 2013




Salam, Readers~

          Sapu~sapu sawang, lap~lap habuk, mop~mop background. Lama tak update blog. Alasan.... Hmmmm, tak ada masa.... Ye ke... Nama pun alasan kan.

          Tahniah, yer Dyh! 9 hari melewati 2013, baru nak update...  Nak cakap pasal azam tahun baru pun, rasanya readers dah tak nak baca. Hehe. In Shaa Allah akan Dyh usahakan untuk kembali aktif ber`blogging'.

           Nantikan kemunculan entri~entri baru Dyh yea. Plan nak review aktiviti~aktiviti 2012 yang dah lepas. Walaupun ada yang kata, barang yang lepas jangan dikenang, tapi, kenangan manis tak salah kan, untuk dikenang~kenang.

          Lagipun, semua kenangan tu dirakam menggunakan kamera digital, nak cuci, malas, ceh alasan lagi. Huhu. Jadi, dengan adanya blog ini, diharapkan agar kenangan Dyh bersama insan~insan di sekeliling Dyh dapat diabadikan. Jika suatu hari nanti, Dyh dah tiada lagi di muka bumi ini, maka insan~insan kesayangan Dyh bolehlah menjenguk blog yang tak seberapa ni. Huhu. Jiwang sikit, tetiba.


P/S: Kepada semua readers blog ni, Dyh doakan moga tahun 2013 ni dan tahun~tahun akan datang memberi impak yang baik kepada anda dan keluarga. Moga diberkatiNya. Aamin.