10 January 2013

Aku & Kolagen - Part 1 (Pendahuluan)


Hai Readers~~

          Dyh selama ni memang tercari~cari produk kolagen yang sesuai dan harganya berpatutan untuk diambil. Ada beberapa produk yang di'google' dan ada yang di'recommend' oleh kawan~kawan.

          Tujuan asal survey kolagen adalah untuk kecantikan kulitlah kan. Muka Dyh memang bermasalah dari zaman remaja lagi. Berjerawat, berminyak dan berparut. Masalah tu masih ada hingga sekarang. Resdung menjadi punca asal.

          Maka, rutin ke spa untuk rawatan resdung memang diamalkan sejak zaman universiti lagi bersama kakak tersayang, adalah sekali~sekala. Terutamanya, apabila muka terasa gatal~gatal, so, itu adalah isyarat supaya buat rawatan muka. Eh? Ye ke macam tu.

          Encik suami suruh je Dyh minum Vitagen plus Kolagen yang memang dijual di pasaran. Ok, tak nak derhaka, I ikut je. Hehe.

~Googled~

          Cuma, suatu hari, Dyh terbaca blog Misz Ella, tentang pengambilan PMC atau Pure Marine Collagen. Dia bercerita secara detail tentang PMC ni. Muka Misz Ella pun nampak haluuuus je, muluuuus je, sesuai la dengan nama blog beliau, Dari Jari-Jari Halusku. Maka, Dyh pun jatuh cinta. Bukan pada Misz Ella, tapi, pada PMC.

          Bermula dari situ, Dyh buatlah sedikit kajian tentang PMC ni. Google, buka blog~blog yang berkaitan, buka FB yang ada menjual PMC ni, dan lain~lain. Gigih tak? Huhu.

~Googled~ PMC mentah yang telah dikeringkan~

          Antara blog yang Dyh buat rujukan ialah blog ni, My Life ~ My Destiny. Dyh buat kompilasi berkaitan PMC, melalui blog beliau.

          Kemudian, bermulalah sesi 'online shopping'. Mulanya, Dyh nak beli melalui Misz Ella je, tapi, tiba~tiba ada idea untuk membeli dari penjual di sekitar JB je. Cepat sikit dapat barang yang dimahukan. Google punya google, maka jumpalah beberapa pengedar yang berkaitan.

          Finally, Dyh decide nak shopping di FB ni, Tunn Saila. 1 pek Kolagen Kuning Gred AA, 100gm hanya RM 20. Murahkan...?

          Maka bermulalah rutin baru Dyh sebagai pengguna PMC. Kini, hampir 3 minggu Dyh 'consume' PMC ni. Ada beberapa perubahan ketara yang muncul:

1) Penghadaman lancar -
          Rutin Dyh ke toilet sudah berubah, sebelum ambil PMC, jarang ke 'toilet'. Selepas ambil PMC, setiap hari mesti ke 'toilet'. Faham ye maksud Dyh, ke 'toilet' untuk melepaskan hajat yang terpendam, bukan saje~saje melawat. Huhu.

 ~Googled~

2) Penyingkiran toksin -
          Selepas ambil PMC, muka Dyh mengeluarkan banyak jerawat yang 'hidup'. 'Hidup' di sini maksudnya mengandungi nanah dan akan meletup~letup bila dipicit. Huhu. Normalnya, jerawat Dyh sebelum ni, tak 'hidup'. Mula-mula, terasa agak 'down' sebab jerawat keluar banyak, dan terfikir mungkin PMC tidak sesuai untuk Dyh. Tapi, ada pengedar PMC beritahu, salah satu 'effect' PMC ialah, menyingkirkan toksin dari badan, antaranya melalui jerawat. So, Dyh teruskan juga ambil PMC. Jerawat makin nak mengering sekarang, tungggulah beberapa minggu nanti, kita lihat apa keputusannya.

3) Muka tampak licin -
          Ok, 'effect' ni tak terjadi pada Dyh, tapi, ketara pada suami Dyh. Setiap kali Dyh ambil PMC, Dyh akan pastikan encik suami juga mengambilnya. Bila Dyh pakai 'mask' PMC, Dyh akan suruh dia 'tepek' juga di muka dia. Hehe. Kesannya, tak mengecewakan. Semasa di kampung, kakak Dyh tegur muka suami Dyh, nampak licin dan lain, parut tetap ada, tapi, kelicinan tekstur muka tu dah nampak lain. Wahh, ini sudah bagus. So, sekarang ni, suami Dyh pula yang beria nak ambil PMC. Amboi, Abg...~~


P/S: Part 1- Aku & Kolagen: Sesi pendahuluan. Part 2 akan bercerita lebih lanjut mengenai PMC.









1 comment:

  1. Penghadaman lancar - best tu kalau boleh jadi rutin harian..

    ReplyDelete