09 January 2013

Entri Pertama 2013




Salam, Readers~

          Sapu~sapu sawang, lap~lap habuk, mop~mop background. Lama tak update blog. Alasan.... Hmmmm, tak ada masa.... Ye ke... Nama pun alasan kan.

          Tahniah, yer Dyh! 9 hari melewati 2013, baru nak update...  Nak cakap pasal azam tahun baru pun, rasanya readers dah tak nak baca. Hehe. In Shaa Allah akan Dyh usahakan untuk kembali aktif ber`blogging'.

           Nantikan kemunculan entri~entri baru Dyh yea. Plan nak review aktiviti~aktiviti 2012 yang dah lepas. Walaupun ada yang kata, barang yang lepas jangan dikenang, tapi, kenangan manis tak salah kan, untuk dikenang~kenang.

          Lagipun, semua kenangan tu dirakam menggunakan kamera digital, nak cuci, malas, ceh alasan lagi. Huhu. Jadi, dengan adanya blog ini, diharapkan agar kenangan Dyh bersama insan~insan di sekeliling Dyh dapat diabadikan. Jika suatu hari nanti, Dyh dah tiada lagi di muka bumi ini, maka insan~insan kesayangan Dyh bolehlah menjenguk blog yang tak seberapa ni. Huhu. Jiwang sikit, tetiba.


P/S: Kepada semua readers blog ni, Dyh doakan moga tahun 2013 ni dan tahun~tahun akan datang memberi impak yang baik kepada anda dan keluarga. Moga diberkatiNya. Aamin.

No comments:

Post a Comment