05 August 2015

Perkembangan Wajdi ~~ 1 tahun 10 bulan



Dah nak masuk usia 2 tahun anak Mommy.
Keletah memang dah pelbagai.
Lasak toksah cakap.
Terhantuk kepala banyak kali.
Terjatuh bangun semula pun selalu.


Baru-baru ni, terjatuh nangis beria.
Rupanya dahi berdarah. Atas sikit je dari mata.
Ya Allah, Allah pelihara.


Sebut Mommy & Daddy dah fasih.
Perkataan yang selalu disebut:


1. Mami (Mommy)
2. Dedi (Daddy)
3. Tu Tu; sambil tunjuk ibu jari ke mulut (Susu)
4. Baa..Baa (Nak tengok kartun Timmy Time kat phone)
5. Taatit (Sakit)
6. Maamam (Makan)
7. Atah (Atas)
8. Bawah (Bawah / Atas; masih keliru)
9. Birk (Bird)
10. Kkakkakk (Kakak)
11. Vaavii (Lori) err...

Dah boleh bina ayat dari 2 perkataan.

1. Nak Tu Tu
2. Nak Maamam

Tapi, kalau mommy sebut apa-apa ayat untuk ajar dia, dia ada usaha nak ikut sebut jugak.
Dah mula boleh tunjuk gambar yang sama (Banding dan beza).

Mula hafal jalan.
Kalau tengah dalam kereta, Daddy drive, dia akan tunjuk jalan yang dia nak pergi, kalau tak ikut, merengek-rengek dia.

Suka main lari-lari dan lompat-lompat.
Kalau dia tak puas hati, dah pandai pukul-pukul manja...tapi sakit wooo...

Boleh nyanyi sikit-sikit.
Kalau nyanyi lagu happy birthday, dia akan ikut rentak tapi hanya sebut Yuuuu (You)...
Lagu Twinkle-twinkle little star, hanya sebut Taarr (Star)
Lagu Allah Selamatkan Kamu, hanya sebut Mmmuu (Kamu)

Bila tanya; mana Mami?
Tuuu (sambil tunjuk Mommy)

Mana Dedi?
Tuuu (sambil tunjuk Dadddy)

Mana Wajdi?
Tuuu (sambil tunjuk dada dia)

Mana Opah?
Nerrr (mana)??? (sambil angkat kening tangan dua belah tanya mana la konon)

Paling obvious, kalau nak tidur, Wajdi akan pegang jari kelingking kiri Mommy dan guna untuk korek hidung dia. Biasa dia niii...

Pagi tadi Mommy dan Daddy hantar ke taska.
Dalam kereta Wajdi masih tidur dalam dakapan Mommy.
Tapi, bila sampai taska je, dia terjaga.
Menangis taknak teacher.
"Nak Car...nak car..."
Cian la pulak. Selalu ok je, tadi pulak nangis.
Takpe Wajdi, petang ni Mommy Daddy ambil yer.

No comments:

Post a Comment