03 January 2017

Salahkah Aku~~



Salahkah aku.
Jika aku diam.
Jika aku menyendiri.
Jika aku sibuk menyiapkan kerja sendiri.

Salahkah aku.
Jika aku tak kacau orang lain.
Jika aku tak sibuk hal orang.
Jika aku memang pemalu.

Salahkah aku.
Jika aku tak aktif berwhatsapp.
Jika aku tak aktif bermedia sosial.
Jika aku simpan semua hal aku.

Salahkah aku.
Jika anakku kenyang minum susu lembu.
Jika anakku terjaga oleh penjaga di Taska.
Jika anakku menangis mahu ikut aku ke tempat kerja.

Salahkah aku.
Hidup dalam dunia penuh insan yang hasad.
Berjumpa dengan insan yang pandang harta.
Bergaul dengan insan yang tak pernah fikir rajuk hatiku.

Salahkah aku.
Jika aku penat untuk hadap insan hipokrit.
Jika aku lemas dalam dunia birokrasi.
Jika aku tak kuasa melawan penindasan orang atasan.

Mujur aku.
Mak abah.
Suami.
Anak-anak.
Mujur mereka penguat jati diriku,


Salahkah aku.
Noktah.

No comments:

Post a Comment