Minggu ni, kalau diikutkan jadual kerja Dyh di Ofis..
Tapi, kena ganti rakan sekerja yang ada operasi di Selangor...
Maka, bertugas lah Dyh di port Tanjung Kupang...
Tanjung Kupang ni jauh sikit je dari JB...
Kena drive jauh sikit je dari biasa...hehe
Aktiviti sama jugak macam tugas di BSI (Bangunan Sultan Iskandar) hari tu..
Screen borang kastam yang melalui Farmasi...
Kawal pengimportan item Farmasi yang diimport ke Malaysia...
Cuma lori-lori ni masuk dari Singapore melalui Second Link lah...
Kalau kat BSI tu, lori masuk melalui Tambak Johor...
Best jugak keje sini, sebab ofisnya agak tertutup berbanding di BSI...
So, kalau nak bersambil-sambil tu rasa free je...hehe...
Tandas pun dekat, nak solat pun dalam ofis ni jer...giler best!
Cuma agak terkesima sikit, sebab semalam ada agent dari xTx yang call mengadu...
Me:
Hello, Farmasi Tanjung Kupang....
Agent:
Hello, eh ada pulak Farmasi yang angkat call...Sape ni?
Me:
Saya Hidayah..Nape, sebelum ni takde pegawai yang angkat call ke?
(pelik)
Agent:
Sebelum ni langsung tak angkat call, hantar faks pun macam terima tak terima jer ni...
Me:
Ooo.. sebenarnya memang kita ada problem dengan faks machine ni, tapi, sekarang dah OK..
(nombor faks pejabat ni sama dengan nombor telefon, so kekeliruan memang ada)
Agent:
Masalahnya dah lama dah jadi macam ni...Berbulan-bulan dah... Bila faks borang tak sampai, bila nak call tanya dah dapat faks ke belum, tak angkat phone.. Check kat kastam, borang tak lepas lagi...Susah la kami macam ni...
Me:
La ye ke... Maaf la encik yer, saya ni pegawai pengganti kat sini, jadi tak tau pulak ada masalah macam ni kat sini... Tapi, baru-baru ni memang ada pegawai sini yang dah bagitau boss tentang masalah ni.. So, boss suruh handle machine faks tu manual untuk terima panggilan atau faks...sebelum ni auto masuk faks...
Agent:
Yang peliknya awak pegawai pengganti pun boleh jer terima faks, terima call... macam mana pegawai yang lain, yang tak jawab call, tak terima faks... Ni actually masalah teknikal atau manpower ni? Kadang-kadang saya kena datang dari XXX ke Tg Kupang untuk releasekan borang. Saya nak call boss awak buat aduan tentang ni...
Me:
Actually boss kita pun dah sedia maklum problem ni...
Agent:
Saya nak call boss awak jugak. Mana la tahu kalau ada aduan dari luar, problem tu dapat settle segera. Maybe suruh separate kan nombor telefon dan faks... Awak jangan risau, saya tak akan kondem pegawai situ, just aduan untuk selesaikan masalah. Kita pun tak suka nak komen, marah-marah orang....
Me:
Ok, nombor ofisnya 0x-xxxxxxx... Maaf yer encik, atas kesukaran yang pihak encik hadapi...
So... aduan tu buat Dyh terfikir...
Hmmm... problem ni dah lama jadi...
Kesian agent tu, susahkan dia dan rakan-rakan dia...
Dyh ni susah nak kesian kat agent tau, tapi, problem ni, memang kesian la kat diorang...
Dyh masa hari pertama jadi pengganti pun, kelam-kabut bila dengar phone bunyi...
Ni bunyi panggilan call ke atau faks sampai?
Jadi, Dyh ambil inisiatif sendiri untuk settle kan hal tu...
Ni dia:
~Cara nak elak kekeliruan semasa angkat call dan terima faks... Walaupun kecil je sumbangannya, tapi, harap dapat membantu pegawai/pegawai pengganti di sini... Sudah selamat ditampal di bahagian memo dekat dengan mesin faks... Moga tiada kekeliruan lagi lepas ni...~ |
~Ha, ni la dia telefon dan mesin faksnya... disebabkan beliau-beliau ini la, keadaan huru-hara sikit...hehe~ |
Wah.. siap ade buat manual lg.. mantap lah dayah
ReplyDeleteHuhu...
DeleteDyh amat kelam kabut masa first day ganti kadir sbb bulan2 seblm ni, kan mesin tu auto masuk faks...
Pastu, time ganti mggu lepas, manual...
Taktau mcm mana nak buat..tekan butang mcm2, still takleh...
Last2 call Adnan...
Tu pun still blur jugak...
Pastu, bila dah bnyk kali masuk faks, bnyk kali handle, dah mahir la..hehe...
Tu yg buat manual tu, takut next visit lupa lagi...hehe...