15 August 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua~ Part 1~


Mengandungkan Kazim, mami banyak rehat di rumah.
Unpaid leave 3 bulan, kerja 2 minggu, then bersalin.

Awalnya Mami Dedi plan bersalin di Hospital Putrajaya.
Tapi masa check up 8 bulan, nurse ada inform tentang Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8 Putrajaya (PBBR).
Mami adalah calon yang layak untuk bersalin di situ.

Antara kriteria yang layak untuk bersalin di PBBR ialah:
1. Bersalin anak kedua
2. Ibu tiada masalah kesihatan yang lain

Dedi dah memang maklum PBBR tu, tapi, beberapa minggu sebelum bersalin, still round-round kawasan luar PBBR untuk ambil mood. Nervous semestinya untuk Mami.

Seminggu sebelum due date, ada satu malam, Mami mula ada contraction. Rasa semacam senggugut. Kejap rasa, kejap OK. Waktu tu dah rasa cuak. Sebab kalau boleh taknak bersalin lagi, nak rehat dulu. Haha, asyik nak rehat je...

Rasa senggugut tu time Wajdi tak pernah rasa.
Almaklumlah, anak first induce, masuk ubat terus sakit nak bersalin je...
Ni pengalaman lain pulak, walaupun dah kali kedua, masih tak pandai nak agak tu sakit nak bersalin atau just sakit manja-manja je.
So, relaks sambil bagitahu Dedi.
Esoknya, Mami EL dan terus ajak Dedi balik Taiping untuk ambil Wajdi & Mak Abah.
Nasib la takde kontraksi sepanjang perjalanan pergi & balik ke Taiping.

Esoknya hari Rabu, Mami dapat MC walapupun takde tanda apa-apa lagi, tapi dah tak larat nak ke tempat kerja.
Khamis pagi bangun tido ada perasan air di underwear, terus cuak. Air ketuban ke? Tapi sikit je, Nak kena gi klinik ke tak? OMG masa tu memang terus ready untuk bersalin.

Ajak Dedi ke PBBR (walaupun Dedi ada meeting, tapi terpaksa bawa mami ke PBBR jugak sebab Mami risau kalau lambat ke PBBR, risau baby effect nanti)

So kat PBBR, Mami ke kaunter pendaftaran dulu, guna eGL, so its free..
Kemudian diarahkan ke kaunter saringan.
Nurse cek BP, cek air kencing, kemudian diarahkan baring di atas katil sambil monitor pergerakan baby & kadar contraction. Nurse cakap contraction takde. Kat rumah sebelum tu bukan main rasa ssenggugutnya.

Kemudian doktor pun datang.
Doktor seluk (OK, first time kena seluk setelah 2 tahun lebih tak kena seluk, memang tak suka, huhu). Ohh, sebelum tu dia ada masukkan satu alat untuk kesan air ketuban la kot. Then dia bertanya dalam nada marah. Dia pertikaikan berul ke air ketuban Mami dah keluar.

Waktu tu dah la takut sebab dah nak bersalin, doktor marah lagi...memang terketar-ketar la jawab soalan doktor. Mami memang confirm la tu air ketuban, mana ada air lain dah, tapi doktor marah cakap tu bukan air ketuban.

Kemudian Mami tanya la macam mana nak confirm kalau air ketuban keluar. Dia boleh tanya Mami semula, ni anak kedua kan... memang la anak kedua doc, tapi anak pertama induce, saya tak lalui tanda-tanda bersalin biasa ni ha...

Serius doktor tu tak mesra langsung la.
Dia suruh balik rumah dulu.
Mami minta MC tak bagi, dia bagi time slip je.
Terpaksa Mami ke klinik swasta untuk dapatkan MC pulak.
Doktor klinik swasta tu pun geleng kepala je bila tau Mami tak dapat MC dari PBBR.

Malamnya, time tengok TV, layan Jedi, dah mula rasa contraction. Mild je... Boleh layan la lagi, sebab rasa macam senggugut. Setiap setengah jam rasa on & off. Kemudian makin kerap, setiap 15 minit.

Bila contraction setap 15 minit, memang Mami akan suruh Dedi urut belakang Mami sehingga lega. Maknanya Dedi tidur, kemudian mami kejut untuk urut, kemudian tido lagi, dan berulang la setiap 10/5 minit. Waktu tu Jedi belum tidur lagi, so dia tengok je Mami dia sambil lali nak tidur, sambil pegang jari kelingking Mami (itu tanda dia nak tido).

Lepas tu, contraction makin kerap, lebih kurang setiap 5-8 minit.
Haaa time tu memang dah rasa nak meneran je.
Elok pulak timing Jedi baru tido time tu, so bagitau Dedi nak terus gi PBBR, rasa nak bersalin dah.

OK, let me tell.
Kalau rasa contraction, tapi still rasa malas nak ke hospital, then itu cuma kontraksi manja-manja.
Kalau rasa contraction, rasa nak teran je, haaa... tu kena terus ke hospital.
Tapi lain orang lain rasa, itu situasi Mami.

Ok, sambung cerita.
Keluar bilik, panggil Mak cakap nak ke PBBR dah, so salam cium, minta maaf kat Mak, then terus naik kereta ke PBBR.

Masa dalam kereta tu, memang dah tak keruan, rasa nak teran je. Masib la jalan tak banyak kereta. So Dedi pecut sikit. Sampai ke PBBR, ada auto gate + guard.

Dedi angkat tangan sambil tersengih kat guard, ayat dia
" Hehe...dia (sambil tunjuk Mami)...hehe"

bersambung...

No comments:

Post a Comment